Daulat Tuanku Al Sultan Kelantan
>> 30 Mac 2009
Daulat Tuanku
Daulat Tuanku
Daulat Tuanku
Hari ini dan esok (30 & 31 Mac) adalah hari keputraan al Sultan Kelantan
Semoga Allah Melanjutkan Usia al_Sultan dan Raja Perempuan kami..
ihklas dari : www.umnopengkalankubor.blogspot.com
Rosakkan Bendera/banner Lawan - Bermaruahkah?
Kenapa harus begini jadinya?
Apa kata mari kita amalkan kempen pilihanraya yang bersih dan harmoni
Semangat kemasyarakatan dan kejiranan kita pupuk walaupun berlainan ideologi politik.
Tepuk dada..tanya iman.
Kredit untuk : otai
KOTA BHARU: Keyakinan rakyat kepada Umno dan kerajaan akan kembali kukuh sekiranya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kembali menyertai Umno, kata anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali.Read more...
Ibrahim berkata, Dr Mahathir yang juga bekas Presiden Umno mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap suasana politik negara dan ia mampu menarik sokongan rakyat terhadap kerajaan yang semakin menurun sebelum ini.
"Pengaruh Tun Mahathir bukan sahaja mampu menarik bangsa Melayu menyokong semula Umno tetapi turut memberikan keyakinan kepada bukan Melayu untuk menyokong kerajaan," katanya selepas majlis pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena ulang tahun ke-59 Keputeraan Sultan Kelantan di Istana Balai Besar di sini hari ini.Ibrahim mengulas pengumuman Dr Mahathir pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini akan menyertai semula Umno pada satu tarikh sesuai.
Katanya pengaruh Dr Mahathir itu bukan sahaja mempunyai erti yang sangat besar kepada rakyat negara ini tetapi juga turut diakui oleh masyarakat antarabangsa dan sebab itu Umno perlu menerima pandangannya jika pemimpin itu kembali ke dalam Umno.
"Saya rasa tidak lama lagi Tun (Mahathir)...akan menyertai semula Umno dan kini sedang melihat perkembangan dalam parti itu," katanya.Ibrahim yang rapat dengan Dr Mahathir juga turut membayangkan akan membuat "satu kejutan" terhadap senario politik dan juga menunggu masa yang sesuai untuk membuat pengumuman itu.
"Saya orang kerdil dan tidak penting, tapi Tun yang lebih penting (untuk masuk Umno)," katanya.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik pengumuman Dr Mahathir itu dan katanya ini menunjukkan bahawa beliau sangat sayangkan parti terbesar bangsa Melayu itu.
"Umno sentiasa buka pintu kepada Tun dan mampu berperanan penasihat kepada kepimpinan baru negara," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.Pada majlis pengurniaan itu, Dr Ahmad Zahid adalah penerima tunggal Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK).
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Mustapa Mohamed pula menyifatkan kemasukan semula Dr Mahathir ke dalam Umno satu petanda yang baik untuk penyatuan bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini.
Mustapa yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani amat berharap Dr Mahathir segera berbuat demikian untuk memperkukuhkan bukan sahaja parti tetapi memberi kekuatan kepada kerajaan.
"Negara perlukan buah fikiran bernas daripada pemimpin seperti Tun dan juga Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mempunyai kemampuan tinggi untuk membawa negara ke mercu kejayaan," katanya. - Bernama
Bukit Gantang: Kempen BN guna pendekatan mesra rakyat
TAIPING: Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir berkata Barisan Nasional (BN) akan menggunakan pendekatan mesra rakyat dalam kempennya bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.
Beliau berkata pada pilihan raya kecil itu, BN turut menunaikan permintaan pengundi yang mahukan calon anak tempatan.
"Saya amat yakin calon BN Ismail Saffian yang juga anak tempatan mempunyai kebolehan untuk meneruskan agenda pembangunan untuk rakyat dan negeri," katanya kepada pemberita selepas majlis pemimpin bersama rakyat di Taman Kaya di sini hari ini.
Beliau juga menasihatkan pengundi supaya membuat penilaian sebaik-baiknya dalam memilih calon pada hari pengundian 7 April ini dengan memastikan calon yang berkemampuan membawa pembaharuan dan bukan sekadar pandai bercakap, dipilih.
Zambry berkata pengundi tidak harus terpedaya dengan dakwaan pembangkang kononnya pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang merupakan proses pungutan suara terhadap BN.
"Referendum (pungutan suara) itu kata mereka (pembangkang) adalah satu hukuman kepada kerajaan BN, jika mereka menang pilihan raya kecil ini," katanya.
Pada majlis itu, Zambry turut menerima borang permohonan untuk menyertai Umno daripada kira-kira 150 penduduk setempat.
Ismail, 49, yang berasal dari Kampung Kubu, Bukit Gantang menghadapi tentangan dua calon lain pada pilihan raja kecil itu iaitu Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, 52, dari Pas dan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris, 42.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Roslan Shaharum dari Pas pada 9 Februari lalu, akibat serangan jantung.
Pada pilihan raya umum 8 Mac, 2008, Roslan memenangi kerusi berkenaan setelah menewaskan calon BN Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi dan calon Bebas, M Mohganan dengan majoriti 1,566 undi. - Bernama
Tok Pa - Sene' Kiro, Muddoh Baso
KUALA LUMPUR - “Saya lebih gemar masuk ke kampung-kampung, sembang-sembang dan minum ko:pi dengan mereka. Itu saya rasa strategi diminati,” kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mustapa Mohamed.Read more...
:Beliau memperoleh undi terbanyak, 2,259, daripada 49 calon bertanding bagi jawatan MT pemilihan parti Khamis lalu berkata, beliau selesa dengan imej ‘orang kampung’ yang ‘mudah baso’ (dialek Kelantan yang bermaksud mudah didampingi).
:Anak kelahiran Bachok, Kelantan yang lebih dikenali sebagai ‘Tok Pa’ ini berkata, sebagai Ahli Parlimen Jeli, mewakili kawasan pedalaman yang dulunya antara yang jauh ketinggalan daripada arus kemodenan, membuatkan beliau lebih selesa bersikap seperti ‘orang kampung’.
:“Sekaligus ini mewujudkan hubungan rapat dan mesra saya dengan akar umbi. Saya orang kampung, gaya saya gaya kampung, saya lebih gemar masuk ke kampung-kampung...” katanya apabila ditanya rahsianya menjadi pilihan tertinggi perwakilan UMNO.
:Mustapa, lulusan sarjana ekonomi dari University Boston, Amerika Syarikat, pertama kali bertanding jawatan MT UMNO pada pemilihan 1993 dan mendapat tempat ketujuh dengan 1,280 undi.
:Pada pemilihan 1996, beliau menduduki tempat ketiga dengan 1,484 undi dan pemilihan UMNO 2000, kedudukannya berganjak ke tempat kedua dengan 1,628 undi.
:Pada pemilihan 2004, beliau bertanding jawatan Naib Presiden, tetapi tewas.
:Mustapa yang pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin selama sedekad antara 1984 hingga 1991 berkata, barisan pimpinan baru UMNO diketuai Datuk Seri Najib Tun Razak perlu berusaha memulihkan imej UMNO secepat mungkin dalam memastikan ahli akar umbi parti terbesar orang Melayu ini tidak berterusan gelisah dengan masa depannya.
:Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang disenangi kawan dan lawan ini berkata: “Kita kena kembalikan keyakinan rakyat. Itu penting. Pemimpin UMNO perlu bersama-sama Presiden baru melakukan perubahan radikal untuk menarik semula sokongan rakyat kepada UMNO,” katanya.
:Mustapa pernah dilantik Menteri Pembangunan Usahawan, Menteri Kewangan Kedua, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi sejak dilantik menteri penuh 14 tahun lalu.
Sumber : Sinar Harian
N1-Pengkalan Kubor
>> 29 Mac 2009
Dun Pengkalan Kubor (N.1) di pegang oleh calon dari Barisan Nasional,
biodata calon adalah seperti di bawah.
Nama : DATUK HJ NOOR ZAHIDI B HJ OMAR
Parti : UMNO
DUN : N1
Kawasan : Pengkalan Kubor
--------------------
Maklumat PRU 12 - N1 Dun Pengkalan Kubor
--------------------
Calon 1 : DATUK HJ NOOR ZAHIDI B HJ OMAR
Parti : BN
Bil Undi : 7643
Status : Menang (Majoriti 100 undi)
Calon 2 : HASSAN BIN BERAHIM
Parti : PKR
Bil Undi : 7543
--------------------
JUMLAH PEMILIH : | 20,311 | ||||
KERTAS UNDI DITOLAK : | 263 | ||||
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : | 15,488 | ||||
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : | 39 | ||||
PERATUSAN PENGUNDIAN : | 76.25% | ||||
MAJORITI : | 100 |
----------------------------
P/N/DISTRICTS | Dun Name | District Name |
019/01/01 | P Kubor | Pengkalan Kubor |
019/01/02 | P. Kubor | Kampung Ketil |
019/01/03 | P. Kubor | Kampung Tebing |
019/01/04 | P. Kubor | Kampung Geting |
019/01/05 | P. Kubor | Simpangan |
019/01/06 | P. Kubor | Tujoh |
019/01/07 | P. Kubor | Telaga Bata |
019/01/08 | P. Kubor | Bunohan |
019/01/09 | P. Kubor | Jubakar Darat |
019/01/10 | P. Kubor | Kampung Bendang Pak Yong |
019/01/11 | P. Kubor | Kampung Telok Jering |
-----------------
PS : Blog ni dah lama sebenarnya.. tapi saya menyepikan diri kerana berlaku perpecahan dalam UMNO sendiri.. jadi hari ini saya kembali untuk berjuang semula sebagai blogger setelah UMNO disinari kembali dengan NUR dari Allah taala..
Assalamualaikum dan Salam Perjuangan..
Read more...
Rakyat - Parti - Kerajaan

Rakyat - Parti - Kerajaan
Konsep parti menguasai kerajaan ditambah dengan komponen rakyat.
Parti memahami denyut hati rakyat. Diterjemahkan dalam bentuk dasar dan tindakan oleh kerajaan. Apabila kerajaan dikuasai oleh parti melaksanakan kehendak rakyat, UMNO jadi gagah perkasa.
Kredit : Utusan