Siapa pengganti Anwar?

>> 31 Mac 2010

Artikel dibawah di ambil dari blog Harimau


Dari : Harimau

Sehingga minggu lepas, Harimau cukup mengagumi Anwar Ibrahim. Namun setelah bermuhasabah diri, Harimau tidak sanggup berketuakan apatahlagi berPerdana Menterikan seorang pemimpin yang "lemah tenaga batin' dalam berpolitik.

Berikut adalah kelemahan Anwar Ibrahim yang paling ketara:

  • terperangkap (jika ia tuduhan palsu) dengan tuduhan liwat sebanyak 2 kali.
  • tidak dapat menewaskan pemimpin UMNO paling gagal iaitu Pak Lah di PRU yang lalu.
  • tidak mampu menafikan (secara meyakinkan) dakwaan UMNO bahawa beliau adalah pengkhianat negara.
  • membiarkan pemimpin Cina,India dan blogger bukan Islam membuat keputusan dan akur dengan desakan mereka.
  • tidak mampu mengekang ahli ParlimenPKR yang semakin berkurangan di Parlimen.
  • tidak bijak memilih calon bagi Pilihanraya yang lalu.
  • tidak mampu menentang kaedah pimpinan Perdana Menteri mutakhir.
  • tidak mampu menamakan pengganti beliau yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia yang akan datang (seandainya beliau "gugur" dan disemadikan).
  • membiarkan bukan Islam menjadi kuasa yang dominan di dalam Pakatan Rakyat.
Jika kita perhatikan, Cina-cina Pakatan Rakyat lebih menduduki kerusi-kerusi kepimpinan Pakatan Rakyat manakala Melayu Islam cuma menjadi blogger, Setiausaha dan jurucakap bawahan. Jika ada pangkat pun, mereka tiada kuasa untuk membuat keputusan; jauh lagi untuk bersuara membela diri (rujuk kes pemecatan Zul Nordin).

Adapun Melayu yang menjadi orang kanan Anwar telah pun menuduh Anwar meliwatnya.

Pakatan Rakyat perlu bersyukur kerana mereka ada PAS yang mengaku bahawa perjuangan mereka adalah berlandaskan Islam.

Tetapi, yang penting bukanlah kuantiti Pemimpin PAS yang duduk di kerusi kepimpinan Pakatan Rakyat tetapi SIAPA YANG MEMBUAT KEPUTUSAN dalam Pakatan Rakyat.

Lim Kit Siang menulis seolah-olah BENAR Anwar adalah peliwat. Daripada siapa agaknya Ah Siang mendapat maklumat? Adakah dari Karpal singh? Segalanya mungkin kerana Karpal Singh lebih tahu dari kita semua malah lebih tahu dari Wan Azizah sendiri. Bukankah Karpal Singh juga terlibat bagi pengendalian kes liwat Anwar yang mutakhir? Bukankah Anwar akan memberi segala fakta-fakta yang BENAR kepada peguam-peguam beliau?

“If he is jailed, our motto will be free Anwar, vote PR!” said the DAP stalwart during the Selangor Pakatan Rakyat (PR) Convention. { blog Ah Siang}


Bagaimana kenyataan sebegitu rupa boleh dikeluarkan jika Ah Siang yakin Anwar tidak bersalah? Jika Anwar dipenjarakan, siapa calon Perdana Menteri bagi Pakatan Rakyat?

Siapa nak jawab ni? Banyak soalan dah ni!

Akhir qalam, pada 1998, Anwar dipecat Mahathir tanpa diberi ruang membela diri. Kita marah dan kita tidak suka.

Kenapa Anwar sanggup berbuat perkara yang sama kepada Zul Nordin?

Jika kalian kata Tun Mahathir bangsat kerana bersikap diktator, maka Anwar adalah 10 kali bangsat kerana lebih kejam terhadap Zul Nordin.

Nasib baik Zul Nordin tidak dituduh meliwat!

Read more...

Projek Altantuya: Anwar melenting

>> 26 Mac 2010



KUALA LUMPUR 25 Mac - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melenting apabila ditanya tentang dakwaan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin tentang usaha mengaitkan Perdana Menteri dengan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Malah ketua pembangkang itu menuduh wartawan yang bertanyakan soalan tersebut telah dibayar oleh pihak tertentu.

Anwar yang dikerumuni wartawan sebaik sahaja keluar dari Mahkamah Tinggi di sini hari ini berkata, beliau tidak perlu menjawab soalan itu sebaliknya menegaskan dakwaan tersebut sepatutnya dijawab sendiri oleh Zulkifli.

"Kenapa awak nak tanya saya? Lebih baik awak tanya Zulkifli sendiri berhubung dakwaan itu, dia tidak sebut nama saya semasa membahaskan ucapannya di Parlimen semalam.

"Berapa banyak dakwaan dia pun saya tak tahu. Anda sebagai wartawan sepatutnya bertanya kepada Zulkifli bukan bertanya kepada saya.

"Pertanyaan ini tidak mematuhi etika kewartawanan. Siapa yang membayar anda untuk menanyakan soalan ini?" katanya ketika ditemui selepas sebutan kes liwatnya terhadap bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Semalam, Zulkifli semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat membuat pendedahan yang beliau pernah diberi tawaran supaya mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan Altantuya.

Tanpa mendedahkan pihak terlibat, Zulkifli berkata, antara tugasnya ialah mendapatkan pengakuan bersumpah daripada Perdana Menteri dan isterinya selain diminta membuat surat akuan bersumpah Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan tersebut.

Sementara itu, pada Rabu minggu lalu, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) juga menggegarkan sidang Dewan Rakyat apabila 'memecahkan tembelang' Anwar berhubung rancangan mengambil alih kerajaan Pusat pada 16 September 2008.

utusan

Read more...

UMNO jangan dok 'syok' sangat

>> 25 Mac 2010

Zahrain, tukang bogelkan DS Anwar


UMNO jangan dok syok sangat dengan pendedahan demi pendedahan dari wakil Bebas ini. Baik UMNO dok diam-diam dan buat kerja untuk rakyat. Usah dok jadi nasi tambah, kang tak pasal-pasal kena batang hidung sendiri lak

Biarkan wakil Bebas dengan pendedahan mereka. Pemimpin UMNO tak payah la jadi tukang tambah, tukang sibuk serta tukang sambung cerita.. Tengok dari jauh dah la..

Dok diam-diam dan teruskan buat kerja. Mana-mana pemimpin yang tengah tidur, ada baiknya bangkit dan berkhidmat untuk rakyat. Biar rakyat yang menilai situasi Pakatan Pembangkang.

Umno; Kurangkan berpolitik..banyakkan buat kerja.

Jangan sampai rakyat ungkit, "kami hanya dapat tengok muka YB kami masa dekat-dekat nak ngundi aja".

Zulkifli Nordin, bogelkan DS Anwar sekali lagi. Agaknya.. apa Anwar 'pakai' sekarang?
Cawat kote?

Read more...

Fatwa Lompat Parti yang Menarik

>> 24 Mac 2010


LOMPAT PARTI DARI PERSPEKTIF PAS

1. MENURUT KAMUS POLITIK PAS, SEKIRANYA SEORANG ADUN ATAU AHLI PARLIMEN UMNO/BN MELOMPAT MASUK ATAU KELUAR DARI PARTI BN MAKNA IANYA ADALAH “SATU KURNIAAN ALLAH”...

HarakahDaily.net (25/1/09) - Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, juga menyifatkan 'penghijrahan' Adun Bota itu sebagai hukuman terhadap pemimpin Umno yang mengecam Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohd Nizar selama ini. "Perkembangan ini amat membanggakan kita dan sewajarnya kita perlu bersyukur kepada Allah di atas kurniaan yang amat besar ini,"

2. PERPINDAHAN ADUN DAN AHLI PARLIMEN ITU DARI UMNO KEPADA PAS PULA DILIHAT SEBAGAI “KEMBALI PADA AJARAN ISLAM YANG SEBENAR”...

HarakahDaily.net (26/6/09) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat" Penyertaan ahli Umno bersama PAS sebenarnya bukan melompat parti sebaliknya kembali pada ajaran Islam sebenar," katanya. - mj/mks. _

3. SEKIRANYA TERDAPAT MANA-MANA AHLI PARLIMEN YANG MELOMPAT PARTI WALAUPUN IANYA TIDAK BERMARUAH TETAPI BAGI MEMENUHI NIAT HATI ANWAR IBRAHIM UNTUK MEMBENTUK KERAJAAN PERSEKUTUAN PADA 16 SEPTEMBER (TAHUN TIDAK DIMAKLUMKAN KERANA TIDAK TAHU BILA AKAN DIJAYAKAN ATAU MUNGKIN TIDAK AKAN BERJAYA LANGSUNG) DIANGGAP SEBAGAI “SOAL MARUAH PERLU DIKETEPIKAN”...

HarakahDaily.net (12/9/08) - "Betul lompat parti tak bermaruah, tetapi dalam usaha Pakatan Rakyat nak bentuk kerajaan 16 September ini bagi mengantikan BN yang rasuah, soal maruah perlu diketepikan,"

4. APA PULA PANDANGAN PAS SEKIRANYA AHLI PARLIMEN ATAU ADUN PAKATAN RAKYAT KELUAR DARI PR ATAU BERTINDAK MENJADI ADUN BEBAS...???

5. MEMPERSOALKAN TINDAKAN SESEORANG ADUN ITU YANG DITUDUH DICULIK OLEH UMNO DAN DIPAKSA MENYOKONG BN SEHINGGA BERJAYA MENUMBANGKAN PAKATAN RAKYAT DI PERAK...

HarakahDaily.net (27/4/09) - "Mana baik meletak jawatan secara terhormat atau menculik wakil rakyat dan kemudian memaksa mereka menyokong parti tertentu sehingga menyebabkan sebuah kerajaan tumbang”.

6. MENGHUKUMKAN SALAH DISISI ISLAM MENCULIK WAKIL RAKYAT DAN MENUDUH DS NAJIB SEBAGAI PUNCA BERLAKUNYA PENCULIKAN ADUN DI PERAK SEHINGGA MENUMBANGKAN KERAJAAN ADIK KEMBAR PAS IAITU DAP DI PERAK...

HarakahDaily.net (16/2/09)- Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata,"Bagi saya sahlah Najib punca kekalutan politik di Perak. Menculik wakil rakyat adalah salah dalam Islam. Malangnya perkara itu berlaku ketika Najib bakal menduduki kerusi Perdana Menteri tidak lama lagi.

7. ULASAN TERBARU PAS DIBUAT OLEH MAHFUZ YANG MENGATAKAN ISU ADUN PKR ISYTIHAR KELUAR PKR DAN PAKATAN RAKYAT SEBAGAI SATU PROSES PEMBERSIHAN DALAM PAKATAN RAKYAT ITU SENDIRI...

BUKIT MERTAJAM: PAS menganggap tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd Radzhi Salleh keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai proses pembersihan wakil rakyat yang tidak berintegriti dalam pakatan pembangkang.


8. ITULAH PANDANGAN PEMIMPIN PAS DALAM ISU PERPINDAHAN WAKIL RAKYAT DARI UMNO/BN KE PAKATAN RAKYAT DAN PERPINDAHAN WAKIL RAKYAT PAKATAN RAKYAT KE DALAM UMNO/BN...

9. TERDAPAT DUA HUKUM DAN PANDANGAN YANG BERBEZA DIGUNAKAN OLEH PEMIMPIN PAS INI...

10. YANG JELASNYA SEKIRANYA PENGHIJRAHAN ITU KE DALAM PAKATAN RAKYAT MAKA IANYA ADALAH SATU TINDAKAN YANG BAIK DAN DIPANDANG MULIA DISISI AGAMA DAN MARUAH...BERLAINAN PULA KALAU PERPINDAHAN ITU MENGAITKAN WAKIL RAKYAT PAKATAN RAKYAT KE DALAM BN/UMNO...

11. ADAKAH TERDAPAT DUA JENIS HUKUM DALAM ISLAM AJARAN RASULLULLAH??? ATAU INI ADALAH HUKUM YANG HANYA DIPAKAI DALAM AJARAN ISLAM YANG DIPERKENALKAN OLEH PAS...???

Tunjang Langit


Apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota dari Umno, Datuk Nasarudin Hashim melompat dari BN ke Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini, terdapat pelbagai reaksi dari pemimpin politik dan orang ramai. Sudah tentu ada pro dan kontra. Pemimpin pembangkang nampaknya begitu teruja membuat kenyataan yang wakil rakyat sudah menunjukkan gelombang sehingga tukar parti yang mungkin akan membuka jalan kepada wakil rakyat BN yang lain untuk mengikut langkah beliau. Manakala BN hanya menganggap itu hanya isu terpencil dan usaha terdesak pembangkang untuk mempertahan kuasa di Perak.

Apapun, marilah kita lihat apa pendapat Tok Guru Nik Aziz dalam perkara ini.

Tajuk: Tiada Maruah Lompat Parti – Nik Aziz
Written by Syah (Malaysia Today)
Friday, 12 September 2008 14:35

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melabelkan usaha untuk menarik wakil rakyat melompat parti bagi menjatuhkan sesuatu kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat merupakan sesuatu perbuatan yang tidak bermaruah. Beliau berkata perkara tersebut telah berlaku sejak dari dahulu lagi dan PAS cukup berpengalaman dengan perkara tersebut. "Apabila melompat mana ada maruah. Daripada zaman Datuk Ibrahim Fikri dan Datuk Asri Muda lagi, wakil rakyat Pas berdepan ajakan lompat meninggalkan Pas dan masuk Umno.

Tajuk: Lompat Parti Kerja Orang Tak Bermaruah - Nik Aziz
Laman WEB PAS KUBANG PASU
Saturday, March 22, 2008

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata perbuatan melompat parti hanya dilakukan orang yang tidak bermaruah. Sehubungan itu, beliau yang juga Mursyidul Am PAS berharap undang-undang untuk menghalang perbuatan itu terutama dalam kalangan ahli politik yang menang pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, digubal segera.

"Memang melompat (parti) ni bukan kerja orang politik, kerja orang makan upah... Bukan manusia (kalau) boleh dijual beli ni," katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis kesyukuran Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Mohd Zaid Ibrahim di kediamannya di sini, pada hari Sabtu.

Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Mohd Zaid yang menyarankan undangundang anti lompat parti digubal bagi mengelak perbuatan itu berlaku secara berleluasa.Katanya, beliau sangat bersetuju dengan cadangan seumpama itu bagi mengelak wakil rakyat termasuk daripada PAS berhadapan dengan perkara seumpama itu.

Tajuk: Tak Salah Lompat Parti – Nik Aziz
Written by Syah
Wednesday, 17 September 2008 15:36

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan pendapat beliau bahawa tidak salah untuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih kerajaan dengan cara memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) lompat parti. Beliau mendakwa ianya selaras dengan kehendak demokrasi, mengikut peruntukan undang-undang dan sejajar dengan tuntutan masa dan keadaan. "Kalau Anwar tidak buat macam itu, nak buat macam mana lagi, sementara menunggu pilihan raya, buat macam ini dulu.

"Dalam pilihan raya, jika berlaku penipuan dan rasuah, tidak akan ada perubahan kuasa itu," katanya. Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan turut memaklumkan tarikh penubuhan kerajaan baru tidak penting dan apa yang penting ialah merealisasikan hasrat pembangkang bila sampai masanya. Ianya berikutan kegagalan Anwar membentuk kerajaan baru semalam. –Malaysia Today

Wak Sapu

Read more...

Akan berkecil hati kah Ehud Barak dengan Najib?

(gambar dari Senjaliza)


Duta Israel di Malaysia (DS Anwar) memperkenalkan kepada rakyat Malaysia tentang One Israel yg kita tidak pernah tahu sebelum ini.

Duta Israel tersebut menegaskan, 1Malaysia iaitu buah fikiran Najib sebenarnya di tiru dari One Israel. Nampak gayanya DS Anwar tidak berpuas hati dengan slogan yg serupa dengan negara mentornya ini.

Buat masa ini, Ehud Barak belum lagi membuat kenyataan rasmi mengecam Najib kerana meniru slogan One Israel yang di cetus oleh beliau satu masa dulu.

Cuma yang terhegeh-hegeh, tergedik-gedik ialah duta beliau di Malaysia.

Yang peliknya, pencetus idea one Israel tidak nampak apa-apa reaksi tentang hal ini, cuma duta beliau agak ke hadapan.

Dah jadi lumrah, tukang kipas akan terlebih over dari bosnya..

Bersediakah Najib untuk disaman RM100 juta dari duta Israel di Malaysia kerana meniru slogan one Israel?

Read more...

Kemarau : Tuhan Marah Kepada BN?

>> 21 Mac 2010

Hanya doa pemimpin PAS yang diterima Tuhan!


Malam tadi atas jemputan kawan saya menghadiri satu majlis penubuhan AJK Penganjur lawatan YBM Tengku Razaleigh Hamzah ke Sabah pada 2hb April 2010. Saya hadir sebagai wakil NGO. Saya telah meletakkan syarat kepada penganjur supaya program mesti bebas daripada politik. Saya tegaskan matlamat membawa Ku Li ke Sabah untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai isu royalti minyak Sabah. Tambahan pula Ku Li adalah pemimpin UMNO dan MP yang mewakili BN.

Saya bagaimanapun begitu terperanjat bila wakil Persatuan Anak Terengganu yang mempengerusi mesyuarat dan merupakan pengerusi penganjur menyelit ucapan politik. Katanya kemarau yang dialami rakyat Sabah sekarang berpunca daripada bala dan malapetaka yang diturunkan kerana Allah S.W.T tidak memberkati kepimpinan negara hari ini.

Tiba-tiba mesyuarat yang dihadiri NGO berubah menjadi majlis ceramah PAS. Katanya PAS akan menganjur program sembahyang hajat memohon hujan dan menjemput Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman menjadi imam. "Itu pung kalau Musa Aman datang. Kalau tak datang saya sendiri jadi imam" kata ustaz itu berseloroh dan mempersenda Ketua Menteri Sabah dengan loghat Terengganu yang pekat.

Biar betul ustaz ini. Bukankah majlis sepatutnya membincangkan program lawatan Ku Li dan soal royalti minyak? bisik hati saya.

Datuk Kalakau Untol yang duduk sebelah kanan saya juga ternganga mulut mendengar fatwa Ustaz tersebut. Kalakau yang mewakili mewakili USDA atau Persatuan Dusun Sabah bisik ke telinga saya, "Apa hal ini brader?" Saya hanya geleng kepala. Kalakau yang telah menyertai PKR baru-baru ini adalah seorang tokoh politik yang berpengalaman. Beliau pernah jadi Timbalan Menteri dan dua penggal sebagai senator. Tapi apa yang beliau dengar malam tadi barangkali tidak dijangkakan.

Budaya politik baru sudah masuk ke Sabah? Di Semenanjung apa juga isu termasuk kemarau dan banjir akan dipolitikkan. Kuasa Tuhan juga dipolitikkan.

Daerah Kota Belud yang merupakan tempat lahirnya UMNO di Sabah menerima kejutan budaya politik sebegitu baru-baru ini ketika daerah itu dilanda banjir. Namun banjir kali ini tidak seperti banjir sebelumnya kerana bencana alam kali ini dikatakan berpunca daripada kesalahan kerajaan BN kerana membina jalan raya atau lebuh raya Kota Belud By-Pass. Tetapi sebelum ada jalan raya yang menjadi kemudahan rakyat itu, daerah Kota Belud pernah juga berlaku banjir!

Sekarang Kota Belud mengalami musim kemarau seperti kebanyakan daerah di Sabah, apakah fatwa Ustaz dari PAS itu juga menjadi punca utama kemarau di Kota Belud, iaitu Tuhan menghalang hujan turun kerana tidak merestui kepimpinan daerah itu?

renung-renungkanlah...

Dari : Sini (Musli Oli)

Read more...

Sahabat Karib Anwar Musuh Islam : MILF (Fatwa)

>> 20 Mac 2010

Kenali sifat Anwar melalui rakan-rakan karibnya

Boleh juga rujuk sini dan sini untuk mengatahui perihal sahabat baik Anwar bernama Joseph Estrada.

Joseph Estrada, sahabat baik Anwar yang banyak membunuh
ummat Islam Filipina
. Estrada juga melanggar perjanjian gencatan senjata yang
dibuat antara OIC dengan kerajaan Filipina, semasa beliau berkuasa.


MANILA: Pejuang pemisah Moro mengisytihar bekas pemimpin Filipina yang digulingkan, Joseph Estrada, sebagai musuh Islam dan menggesa pengundi menolak cubaan beliau untuk kembali menjadi presiden.

Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) mempersetujui fatwa yang dikeluarkan sekumpulan ulama di Mindanao menjelang pilihan raya presiden pada Mei depan.

"Selepas mengkaji tindakan dan dasar Estrada sebelum dan selepas pemilihan beliau sebagai presiden hingga sekarang, kami mendapati beliau adalah musuh Islam yang sebenar," menurut MILF yang memetik kenyataan Majlis Tertinggi Ulama Bangsamoro.

Estrada, bekas pelakon filem yang menentang rundingan damai, kini di tangga ketiga dalam undian pendapat selepas sembilan tahun beliau digulingkan dalam rampasan kuasa tentera berikutan prosedur penyingkiran beliau kerana rasuah. - AFP

Dari : Bharian

Read more...

Saifuddin Mengaku PKR tipu rakyat?

>> 19 Mac 2010

Mari baca 'pengakuan' Su Agung PKR, Saifuddin Nasution, dimana Zahrain akan terus 'membongkar' penipuan & keburukan PKR.


Dari : Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution menyifatkan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim sebagai ‘tentera upahan’ Barisan Nasional (BN) untuk mendedahkan kepada umum agenda politik pembangkang.

Katanya, sebelum ini tidak pernah menteri-menteri hadir dan menunggu sehingga lewat petang semata-mata untuk mendengar usul yang dibahaskan oleh Zahrain.

“Bayan Baru (Zahrain) kini dijadikan sebagai watak baru dan penting dalam pasukan tentera upahan untuk membongkar 1001 rahsia dan kelemahan Pakatan Rakyat (PR) termasuklah PKR serta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Menurutnya, PR tidak gentar untuk menghadapinya malah menganggap ianya hanya ancaman kecil.

“PR tidak akan terkalih untuk berdepan dengan BN sebagai musuh tetap nombor 1 kita,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, semalam.

Read more...

Anwar Tidak Layak Jadi Ahli Politik Malaysia

Rakan karib Anwar iaitu Estrada, memulakan semula perang dengan MILF. Sebelum ini, gencatan senjata dan perjanjian damai di lakukan antara OIC dengan Kerajaan Filipina. Estrada rakan karib Anwar memulakan semula 'penyembelihan' ummat Islam Filipina.



Oleh : AL Muslimin
(Arkib:2008)



Melihat kepada tindak tanduk Anwar yang rela menghancurkan negara dengan taktik rampas kuasa melalui politik lompat berlarutan hanya kerana ingin menjadi PM , maka saya rumuskan bahawa Anwar tidak layak langsung menjadi ahli politik Malaysia jauh sekali menjadi PM. Mungkin pengikut fanatik anwar akan marah berasap tetapi itu lah rumusan peribadi saya. Seorang ahli politik mestilah seorang yang berhemah dan sentiasa mementingkan kesajahteraan rakyat dan negara walaupun begitu bersemangat untuk membawa kesajahteraan kepada rakyat. Semua ahli politik mahukan perubahan kepada negara untuk penambahbaikan tetapi mereka tidak harus melampaui tata susila sehingga sanggup membiarkan rakyat gelisah kerana untuk menarik 30 MP untuk mengkhianati parti mereka .Anwar telah meletakkan negara dalam krisis kepimpinan berpanjangan. Bagi Anwar, beliau melakukan nya dengan sangat seronok sekali. Anwar sanggup melakukannya dan saya anggap beliau tak layak langsung menjadi ahli politik masyarakat kerana tak mungkin seorang gila kuasa dan tidak menghormati kesajahteraan negara boleh menjadi ahli politik yang baik.

Memang mengikut pelembagaan Malaysia Anwar boleh meneruskan permainan budak budak nya sehingga dua tahun atau tiga tahun walaupun 16 september telah meletakkan nya sebagai seorang pembohong namun beliau mesti ingat rakyat dan negara ada had dan kesabaran melayan kerenah nya.Saya rasa Anwar akan terus menggunakan taktik teka teki lompak parti untuk merampas kuasa kerana beliau telah tidak ada nilai murni sebagai seorang rakyat yang perihatin.

Taktik Anwar hanyalah senang iaitu
1. Mensabotaj semua rancangan kerajaan untuk tidak mestabilkan negara
2. Menimbulkan benci orang bukan melayu kepada kerajaan sekarang
3. Tidak menamatkan cerita 30 mp bn lompat ke PR dan membiarkan teka teki berlarutan
4. Melagakan pimpinan PAS untuk memastikan PAS bukan penghalang
5. Mengutuk konsep politik mempertahankan Melayu Muslim atas alasan itu perkauman
6. Memainkan 'play innocent game' atau ' game kamu jahat aku baik'.
7. Bergabung dengan persatuan extremis china dan india untuk menimbulkan kebencian terhadap kerajaan memerintah menyamai pakatan northern alliances afghanistan

Adakah taktik Anwar ini akan berjaya. Jawapan nya ialah ' tidak'.

Rakyat Malaysia adalah rakyat yang matang dan Anwar sebenarnya memandang rendah kematangan budaya politik rakyat Malaysia. Fokus Anwar kepada MP Sabah Sarawak melompat parti mungkin kerana Anwar merasa orang Sabah Sarawak bodoh tetapi ini tidak betul sama sekali. Orang Sabah dan Sarawak adalah bumiputera yang prihatin.
Perkara yang akan menyekat mainan politik Anwar untuk terus meracau dan mengacau keharmonian kaum ialah sejarah Malaysia itu sendiri. Malaysia telah di dirikan bersama atas persefahaman orang melayu dan bukan melayu untuk merdeka dan mereka telah melalui satu proses penyatuan yang amat hebat iaitu apabila mereka menghadapi ancaman kominis Bintang Tiga secara bersama dan kita telah berjaya menghancur revolusi bersenjata mereka di hutan belentara. Malang sekali kita alpa bahawa socialism itu masih hidup dalam sanubari mereka yang pernah cuba menhancurkan kita.
Saya sangat yakin bahawa element yang berada di belakang Anwar adalah element socialist saki baki kominis dahulu yang mempunyai dendam lama. PAP dan DAP adalah parti dari akar socialist yang sama dan kejayaan mendapat Singapura telah menyebabkan mereka masih menyimpan rasa manisnya merampas negara ummat islam milik orang melayu. Bagi saya Anwar hanyalah pawn atau biduk percaturan politik DAP untuk merampas Malaysia.


Bagi orang Melayu Muslim , kita sebenarnya belum membuat usaha maksima untuk mempertahankan tanah air kita dari di rampas oleh orang dagang yang bertandang di sini. UMNO memanglah sudah lemah tetapi PAS tidak patut juga lemah mempertahan ummah. PAS sekarang telah menjadi king maker yang sebenarnya walau pun istillah ini di benci oleh DAP dan cuba menukarnya kepada istilah lain. PAS sebenarnya masih terbelenggu dengan pemikiran politik lama yang menggangap umno sebagai musuh bukannya saudara yang perlu diberi tarbiyah dan di dampingi. Percaturan politik Anwar telah berjaya melagakan Ustaz nik aziz dengan Mustapa ali dan ini perlu di elakkan segera. Saya yakin sekarang telah terdapat hardcore Anwar propagandist yang bekerja siang dan malam untuk memecahkan jemaah PAS supaya PAS tidak akan menjadi penghalang kepada kerja buat Anwar yang gila kuasa.
Rumusan nya , tindakan PAS untuk tunggu dan lihat ada lah tepat dan syarat PAS meletakkan kepentingan Islam mengatasi segala gala nya adalah sangat tepat. Ini adalah garisan merah dan sesiapa yang berani melintasi nya akan terkorban.
Hasbunallah wa ni'mal wakeel
Allah hu Akbar

Read more...

Cuit : Tok Guru Oh Tok Guru..

>> 18 Mac 2010

LIM Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng gembira, Anwar Ibrahim puas
manakala Hadi Awang kelihatan serius di mesyuarat membincangkan kedudukan
pelan gagasan kerajaan perpaduan di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur kelmarin.
Idea Hadi itu ditolak.



Cuit - ZAINI HASSAN, Utusan Online (arkib : 24/6/2009)
zaini.hassan@utusan.com.my


SYABAS Pas kerana menolak gagasan perpaduan Melayu. Syabas Pas kerana bersekongkol dengan rakan-rakannya - yang asyik mengungkit mengenai isu biasiswa kepada anak-anak bumiputera miskin, isu untuk mengenyah DEB, isu-isu terlalu sensitif yang jika disebut di sini 'orang-orang tertentu' akan mengecap kita ini sebagai rasis.


Cita-cita Pas ialah mahu memerintah Malaysia dengan rakan-rakannya itu. Mungkin Nik Abdul Aziz Nik Mat terlalu mengidamkan menjadi Perdana Menteri. Jika diizinkan tuhan cita-citanya akan tercapai. Tolong, janganlah sesiapa mengatakan dia tok guru yang hanya mengajar agama - sebenarnya beliau ialah ahli politik totok yang dalam istilah Inggeris disebut political animal.


Beliau tidak percaya kepada pengertian kebangsaan - atau dalam konteks gagasan perpaduan, Melayu. Melayu bagi beliau ialah elemen assabiyah yang menurutnya tidak sehaluan dengan ajaran Islam. Teras beliau ialah Islam semata-mata. Bagi beliau Melayu itu tidak wujud.


Itulah antara kegagalan gagasan tersebut. Awal-awal lagi Nik Aziz menolaknya, walaupun kumpulan lain dalam Pas mahu rundingan itu dimulakan. Presiden Pas, Hadi Awang yang mencetuskan idea itu. Ia disambut oleh kumpulan bukan-Erdogan, terutama Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa. Sambutan Nasharudin itu mengakibatkan beliau 'menghilangkan diri' beberapa hari kerana dimarahi teruk oleh Mursyidul Amnya, Nik Aziz.


Nik Aziz meminta Nasharudin meletakkan jawatan dan masuk UMNO. Nik Aziz terlalu emosional kerana ada pihak yang cuba menghalang cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri.


Anwar Ibrahim yang bimbang melihat berlaku krisis keyakinan yang merugikannya dalam pakatan itu pergi menghadap Nik Aziz di Kota Bharu sebelah pagi Ahad - beberapa jam sebelum Hadi pulang dari luar negara malam itu.


Ternyata dalam pertemuan itu Anwar berjaya mempengaruhi Nik Aziz, atau mereka berdua merancang untuk 'menyelesaikan' kemelut ini - tanpa pengetahuan pencetus idea, Hadi.


Hadi yang ditemui pemberita di lapangan terbang KLIA berkata, Pas akan mengadakan perbincangan mengenai gagasan itu keesokan harinya.


Keesokan harinya (Isnin lalu) pakatan pembangkang yang dihadiri Anwar, Lim Kit Siang, anaknya Lim Guan Eng tersenyum puas. Hadi yang turut berada di dalam mesyuarat sejam pakatan itu di bangunan Parlimen terpaksa 'malu alah' dan bersetuju mengeluarkan satu kenyataan sebulat suara menolak gagasan itu. Kenyataan tiga perenggan itu ditandatangani oleh Anwar, Hadi dan Kit Siang.


Nasharudin tidak hadir dalam pertemuan itu.


Malamnya sebelum pertemuan itu, Nik Aziz di Kuala Krai menyerang UMNO. Beliau menyifatkan UMNO sebagai parti sesat seperti ajaran Ayah Pin. Parti yang membawa negara ini sehingga ke tahap ini - berbanding Pakistan, Bangladesh, Afghanistan dan negara-negara Islam lain - dicercanya sebegitu rupa.


Itulah Nik Aziz, ahli politik totok yang kita kenali lama dulu. Seorang yang kononnya berperwatakan lembut, tapi keras berpolitiknya. Dia menyamakan UMNO seperti Ayah Pin. Dia juga menyamakan UMNO seperti pengganas komunis.


"UMNO ialah pertubuhan sesat, sama dengan Ayah Pin. UMNO dan komunis adalah sama. UMNO ialah parti sosialis kerana menolak Islam. UMNO ialah parti Melayu bukan parti Islam," kata Menteri Besar Kelantan itu di satu ceramah di Kampung Laloh di Kuala Krai malam Ahad lalu.


"Bagaimana kita mahu bersetuju dengan UMNO? Mereka sekarang mahu minta kita lupa yang lepas dan bersatu dengan mereka. Mereka ini tidak tahu malu," katanya di hadapan rakan-rakan pakatannya Anwar dan Timbalan Pengerusi DAP, Tan Seng Giaw.


Awal hari itu (sebagaimana yang dilaporkan akhbar) Nik Aziz sudah mulai berlembut. Tapi beberapa jam kemudian di ceramah di Kuala Krai itu beliau buat pusingan-U di hadapan 5,000 penyokongnya dengan menghentam UMNO dalam kempen menjelang pilihan raya kecil Manek Urai 14 Julai ini.


Itulah Nik Aziz yang kita kenali. Beliau boleh membuat pusingan-U yang tajam. Itu pasal kita kata beliau bukan tok guru ajar mengaji, tapi ahli politik totok yang berjuang atas nama prinsipnya yang kental.


Berkata di hadapan pengikutnya yang fanatik itu, Nik Aziz menganggap UMNO tidak layak memerintah negara ini. Semasa mengucapkannya, beliau langsung tidak sedar UMNO sudahpun memerintah negara ini selama 52 tahun dengan jayanya. Pas tidak pernah.


Tambah beliau, umat Islam wajib menolak UMNO jika mereka takutkan Allah.


Benar Pas sudah memerintah beberapa negeri di negara ini. Di Kedah dan Kelantan mungkin tiada masalah kerana ramai rakyatnya 'Melayu', tapi corak pemerintahan Pas di Perak yang terikat kepada master DAP telah menunjukkan hitam putih corak pemerintahannya.


Belumpun panas duduk di kerusi Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin sudahpun meluluskan hak milik tanah di kampung baru untuk selama 999 tahun (atau dibulatkan 1,000 tahun). Orang Perak sendiri terkejut, teruja dengan tindakan Pas Perak itu. Kita yakin corak inilah yang akan diterapkan apabila mereka memerintah Malaysia kelak.


Kini Nik Aziz merasakan Pas dan pakatan pembangkangnya yang layak memerintah negara ini. Jika tidak layak pun jangan bimbang, mereka akan dipimpin (ditunjuk ajar) oleh sebuah negara jiran yang yakin Malaysia kini sudah pun berada di persimpangan jalan. Negara itulah yang kini melatih Pulau Pinang dengan menghantar beberapa penasihat ke negeri itu.


Nik Aziz merasakan pakatannya sudah kuat. Memang benar mereka sudah kuat. Mereka kuat apabila orang Melayu lemah. Memang benarpun orang Melayu kini sudah terlalu lemah. Gagasan perpaduan bagi Nik Aziz tidak boleh dilaksanakan sama sekali - sama seperti kata-kata Karpal Singh "langkah mayatnya dulu" jika Malaysia mahu menjadi negara Islam.


Memetik kata-kata Bisik-Bisik Awang Selamat kelmarin "… sekiranya gagasan ini berjaya, ia akan menjadi satu pelan politik yang terhebat dalam sejarah tanah air."


"… tapi untuk merealisasinya bukan mudah. Pakatan pembangkang seboleh mungkin tidak mahu melihat rancangan itu berjaya."


Kenapa mereka tidak mahu melihat ia berjaya? Kerana jika gagasan ini berjaya, pakatan itu akan hancur lebur. Dan orang Melayu akan kembali kuat.


Apa pun tahniah dan syabas sekali lagi kepada Anwar dan Kit Siang serta tentunya tok guru Nik Aziz kerana berjaya menggagalkan gagasan itu.

Read more...

Katak dah mula bogelkan Anwar

>> 17 Mac 2010

Lompat keluar jadi Bebas adalah HARAM, lompat masuk Pakatan HALAL - Fatwa dewan pemuda hamPAS


Ia bagai satu kejutan.Kejadian ini berlaku selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Permatang Pauh dan selaku Ketua Pembangkang menguasai sidang Dewan Rakyat selama kira-kira tiga jam membahaskan usul ucapan terima kasih titah Yang Dipertuan Agong.

Dewan gamat sekali sekala semasa perbahasannya yang berakhir pada jam 5 petang.

Segalanya bermula bila bekas Ahli Parlimen PKR Bayan Baru,Datuk Seri Zahrain Hashim pula bangun berucap sebagai pembahasa kedua.

Tanpa banyak membuang masa dan di luar dugaan para Ahli Parlimen dan pembangkang,beliau terus masuk gear lima membuat pendedahan apa yang didakwanya pembohongan pimpinan PKR untuk meyakinkan mereka gerakan 16 September untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional boleh berjaya.

Beliau mendakwa antaranya mereka diberitahu bahawa Yang Dipertuan Agong sedang menunggu di istana untuk mendapatkan kenyataan jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional yang melompat (30 orang) bagi dibolehkan pihak pembangkang bentuk kerajaan.

Katanya Yang Dipertuan Agong juga dikatakan kononnya merestui Anwar jadi Perdana Menteri keenam.

Dakwanya lagi mereka juga diberitahu bahawa angkatan tentera menyokong mereka.

”Kami disogok cerita kononnya Panglima Angkatan Tentera dan angkatan tentera memberi sokongan pembentukan kerajaan oleh Pakatan Rakyat yang diketuai oleh ( Ahli Parlimen) Permatang Pauh,”katanya.

Menurutnya salah seorang Timbalan Speaker Dewan Rakyat juga dikatakan sudah bersiap sedia untuk istihar Anwar sebagai Perdana Menteri.

Pendedahan ini telah mencetuskan suasana gamat dan kecoh dalam Dewan Rakyat.

Ini bila sebilangan Ahli Parlimen pembangkang bangun untuk mempertikaikan pendedahan Zahrain.Pada ketika yang sama para ahli parlimen Barisan Nasional berteriak membantah.

Keadaan menjadi bertambah gamat bila Anwar tiba-tiba kelihatan bersiap hendak keluar dari dewan ketika Zahrain sedang membuat pendedahan.

Anwar bagaimanapun tidak mempedulikan tempik sorak para ahli parlimen Barisan Nasional yang meminta jangan keluar dan dengar pendedahan Zaharain.

Beliau melangkah keluar dari dewan pada 5.10 petang.Zahrain pula teruskan ucapannya.

Sidang Dewan Rakyat terpaksa ditangguhkan pada tepat jam 5.30 petang.

Zahrain akan menyambung ucapannya esok.

Difahamkan Anwar tidak akan hadir sidang Dewan Rakyat esok kerana akan berlepas ke luar negara malam ini.

Ditemui para wartawan sejurus keluar dari dewan, Anwar enggan mengesah atau menafikan pendedahan oleh Zaharin.

Sementara itu Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu,Zulkifli Nordin ketika ditemui Agendadaily untuk ditanya apakah pendedahan Zahrain ini merupakan kejutan yang beliau maksudkan bakal meletup di Dewan Rakyat beberapa hari lalu.

”Ini bukan kejutan saya.Saya yang terkejut”katanya.

Namun katanya apa yang didedahkan oleh Zahrain itu betul.-17/3/2010

Agenda Daily

Read more...

Rekod BN 50 tahun, perlukah di nilai?

>> 15 Mac 2010

Dari : Utusan Online

PUTRAJAYA 14 Mac - Rakyat perlu membuat penilaian terhadap rekod Barisan Nasional (BN) yang berjaya menerajui negara ini selama lebih 50 tahun dengan baik.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, mereka tidak seharusnya terpengaruh sehingga beralih sokongan kepada pembangkang semata-mata kerana rasa tidak puas hati berkaitan isu-isu kecil.

"Rakyat perlu menilai rekod baik BN selama ini dan terus memberi peluang kepada parti itu untuk meneraju dan memajukan negara.

"Jangan bertindak ikut emosi sehingga 'membakar kelambu' semata-mata kerana seekor nyamuk," katanya selepas merasmikan Program Juara Rakyat di sini.

SM: Perlukah dibuat penilaian?

2. Pemimpin dulu-dulu, betul-betul berjuang untuk agama, bangsa dan negara. Pemimpin sekarang, lebih kepada membesar tembolok sendiri.

3. Rakyat hidup di zaman/masa sekarang, dan juga untuk hidup esok..esok dan seterusnya. Takkan sifir '50 tahun' nak digunapakai lagi.

4. UMNO/BN memang banyak membuat jasa sejak 50 tahun lagi. Jadi, adakah pemimpinnya juga masih orang yg sama? Sudah tentu tidak.

5. Parti yg sama, tetapi pemimpin berubah-rubah dan bersalih ganti.

6. Sepatutnya pemimpin UMNO/BN yg perlu menilai..samada perjuangan mereka masih sama dengan pemimpin yang terdahulu.

Nota : Segelintir je. Yg lain bagus-bagus.

Read more...

Pemuda BN Lancar Rally 1Malaysia

>> 14 Mac 2010

Dari : Utusan Online


KUALA LUMPUR 13 Mac - Pemuda Barisan Nasional (BN) akan melancarkan program Rally 1Malaysia pada 17 April nanti bagi mendidik dan menarik lebih ramai generasi muda menghayati konsep 1Malaysia.

Pengerusinya, Khairy Jamaluddin berkata, program yang bakal dilangsungkan di Stadium Nasional itu akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Penyertaan nanti terbuka kepada semua generasi muda tanpa mengira latar belakang bagi mendidik mereka mengenai konsep 1Malaysia.

"Walaupun konsep 1Malaysia telah diterima baik khususnya oleh golongan muda tetapi program seperti ini penting bagi memastikan semangat tersebut sentiasa subur,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat Pemuda BN di Wisma MCA, di sini hari ini.

Menurut Khairy, pada pelancaran program Rally 1Malaysia itu nanti, pihaknya juga akan melancarkan satu lagi program susulan iaitu Jom One Malaysia.

Jelasnya, Jom One Malaysia merupakan program jelajah seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak bagi memperkenalkan lagi konsep 1Malaysia khusus kepada penduduk di kawasan pedalaman.

Dalam perkembangan berasingan, Khairy berkata, keputusan kerajaan untuk tidak membentangkan bacaan kali kedua dan ketiga Rang Undang-Undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai cukai tersebut secara tepat.

"Kita melihat masih ramai rakyat yang tidak memahami dengan jelas apa itu GST dan pada masa yang sama juga, isu ini menjadi modal kepada pembangkang untuk memfitnah kerajaan," katanya.


Kenapa tidak di letakkan nama, Jom Satu Malaysia (Bahasa Melayu) atau Let's One Malaysia (BI Sepenuhnya). Bila lagi nk betulkan bahasa sendiri.

Sure Heboh kena belasah sampai jadi Jom Heboh

Read more...

Syekh Yusof al-Qardhawi patut dengar juga penjelasan Saiful

CD yang di canang rata ritik oleh penyokong DS Anwar, ke serata pulusuk alam. Patutkah Syekh Yusof mendengar dari pihak Anwar sahaja?



Cara yang terbaik, Syekh Yusof mengambil kira aduan dari kedua dua pihak. Tetapi oleh kerana pandangan antarabangsa terhadap DS Anwar adalah adalah yang baik-baik belaka, maka keluarlah kenyataan dari mulut Syekh Yusof-menyokong Anwar.

Jika di selak kembali sejarah, Mohd Sabu pernah menceritakan perihal Anwar yang dipandang mulia di peringkat antarabangsa, dan ditutup keburukkan yang dilakukannya.



(Sedikit sedutan dari buku Layakkah Anwar Ketuai Reformasi? Wawancara Ahmad Lutfi Othman dengan Ahli Parlimen PAS, Haji Mohamad Sabu, pada 14 Jun 1998, jam 11.15, di pejabat urusan TAMADUN)


Soalan : Katanya imej Anwar di peringkat antarabangsa diakui masih hebat?

Mat Sabu : Masih hebat! Sehingga apabila saya pergi ke Pakistan, pemimpin-pemimpin Jamaat Islami di peringkat atasan begitu menghormati Anwar. Tetapi apabila saya menceritakan kepada mereka yang saya menjadi Ahli Parlimen sudah lapan tahun..

pada mula saya masuk dahulu saya dapati daripada empat jenis judi dikeluarkan tetapi apabila Anwar menjadi Menteri Kewangan, judi yang telah dihalalkannya telah bertambah menjadi sembilan jenis termasuk judi lumba kuda. Dahulu ada tiga tempat judi lumba kuda iaitu Ipoh, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Apabila dia menjadi Menteri Kewangan, ia telah bertambah di Sabah sehingga menimbulkan kemarahan ahli-ahli Parlimen di sana dan juga menimbul bantahan di Sarawak apabila judi lumba kuda juga hendak diwujudkan di sana.

Begitu juga Genting Highlands menjadi pusat judi ketiga besar di dunia sekarang di bawah Menteri Kewangan yang berkuasa sekarang ini. Jadi, apabila saya ceritakan perkara ini kepada Jemaat Islami itu, mereka terkejut.

Katanya: ”We have a different view!” ”Kami tidak pernah mendengar cerita-cerita seperti ini!”

Kata saya, sama ada orang beri fakta salah kepada kamu atau kamu naif dalam memahami keadaan itu. Sambung saya lagi Timbalan Perdana Menteri kami mempunyai hubungan yang baik dengan taukeh judi, Lim Goh Tong.

Pada masa dia menjadi Ketua Pemuda, Anwar mudah mendapat bantuan Yayasan Gerak Bakti daripada taukeh judi.

Akhirnya kata ketua Jamaat Islami, ”kita ada gambaran yang lain selama ini.”

Begitu juga mereka mendapat gambaran yang salah tentang Malaysia terkenal sebagai negara Islam dan ekonomi yang hebat. Saya akui ia memang betul di luar negara tetapi mereka tidak bertanya pun orang Islam memiliki ekonomi sebanyak mana? 18 peratus ekonomi itu adalah hasil gabungan MARA, agensi kerajaan dan pemilik Bumiputera Islam. Kalau ditolak itu semua ternyata pemilik ekonomi Islam tinggal di bawah paras 18 peratus. Jadi dari segi kek ekonomi orang Islam di Malaysia kurang 18 peratus!

Saya pernah membentangkan kertas kerja di Afrika Selatan menceritakan hal murtad dan dadah di Malaysia. Semasa saya bercakap itu ada di antara mereka yang mencebik mulut. Mereka tidak percaya jika murtad berlaku di negara yang dianggap negara Islam seperti Malaysia.

Selepas beberapa lama saya bercakap itu, mereka berjumpa saya dan ucap tahniah. Mereka mengakui apa yang saya katakan itu benar. Begitulah imej Mahathir dan Anwar di negara-negara luar. Begitu hebat sekali. Sehingga saya beritahu beribu-ribu orang Islam Malaysia sudah murtad, mereka tidak percaya kerana di tempat mereka (Afrika Selatan) orang kulit hitam berlumba-lumba masuk Islam.

Di India sendiri,orang Hindu ramai masuk Islam dan adalah pelik jika ada orang Islam masuk agama Hindu. Begitulah anggapan awal mereka. Sehingga mereka bertanya apa sebenarnya yang Anwar telah buat untuk membantu Islam?

Jadi, gambaran media asing terhadap Islam di Malaysia berjaya digembar-gemburkan. Jadi kalau Anwar menjadi PM, media berjaya meyakinkan negara Islam lain bahawa Anwar adalah pemimpin Islam yang unggul dan dia boleh muncul sebagai pemimpin terhebat di OIC selain Iran.

(lagi sedutan)

Soalan : Anwar pernah diserang hebat atas dakwaan terbabit dengan skandal seks. Bagi pandangan Saudara, adakah tuduhan itu memberi kesan buruk kepadanya?

Mat Sabu : Ya, skandal seks itu kita lihat macam boleh menjatuhkannya..tetapi kita sendiri tidak tahu sejauh mana benarnya tuduhan itu. Tetapi dengar khabar baru-baru ini ada percubaan untuk membunuh orang yang menulis surat sumpah yang mengaku melakukan homoseks dengannya tetapi katanya yang menjadi mangsa ialah isteri penulis berkenaan. Cerita seperti ini mudah tersebar. Saudara harus menyiasatnya. Media di negara ini, berbeza dengan suratkhabar di luar.

Di luar negara mereka mendedahkan skandal, tetapi di sini mereka menutupnya. Jadi ini seperti skandal dalam filem Hindustan. Jadi kalau kita menonton filem-filem Hindustan, pegawai polis dan gengster membuat pakatan jahat. Katanya, Anwar sendiri peminat filem Hindustan, mungkin beliau lebih maklum.



Soalan : Saya pernah berjumpa dengan beberapa orang ulamak yang di luar PAS, apabila ditimbulkan dakwaan skandal seks Anwar, mereka menyifatkannya tidak lebih daripada fitnah semata-mata.

Mat Sabu : Apabila orang itu mempunyai watak seperti itu, yang selama ini nampak bersih, kita menganggapnya sebagai fitnah. Apa yang kita mahu di sini adalah Anwar mestilah membersihkan dirinya. Membersihkan diri bukannya dengan berdiam begitu sahaja atau menafikannya kepada pihak akhbar.

Anwar harus mengambil tindakan undang-undang dan membawa mereka menuduhnya ke pengadilan. Jika tidak, saya rasa ia akan timbul lagi dalam perhimpunan Agung UMNO. Kita dengar khabar ada buku akan keluar tentang skandal ini. Selagi ia tidak membersihkan tuduhan skandal seks ini akan terus berputar. Kita pun tidak mahu TPM kita teraniaya.

Anwar sendiri selepas tercetusnya peristiwa ini, lebih kurang enam bulan dia tidak bercakap soal-soal agama, hanya kebelakangan ini dia kembali berkhutbah. Jadi kita nampak berlaku perubahan ketara lima enam bulan dia mengambil cuti untuk tidak bercakap soal-soal agama dan khutbah.

Hanya sekarang dia baru hendak berkhutbah. Barangkali baginya masyarakat sudah lupa. Kita tidak menuduh Anwar tetapi yang kita pelik, mengapa dia tidak membersihkan dirinya setakat ini?

Read more...

Kemelut Politik Kelantan

>> 13 Mac 2010

Oleh : Arifomar

Tidur nyeyak UMNO Kelantan, tidur sampai PRU13


Salam tuan, Saya seorang pembaca blog tuan dan saya dapati maklumat yang tuan paparkan khususnya berhubung Undang2 amat informatif sekali. Saya ingin sekali berkongsi sedikit maklumat yang saya perolehi dari rakan2 saya di Kelantan. Walaupun saya sudah tinggal menetap di Selangor tapi saya masih mengikuti perkembangan politik di negeri saya. Saya juga selalu pulang ke Kota Bharu sekiranya ada urusan keluarga.

Saya sebenarnya amat kecewa dengan kedudukan ekonomi negeri Kelantan setelah Pas memenangi 4 PRU yang lalu. Semua infrastruktur yang ada hari ini boleh dikatakan peninggalan zaman BN.Pertamanya biarlah saya katakan saya tidak menjadi ahli kepada mana2 parti politik. Tapi secara tradisinya saya adalah pengundi/penyokong BN bermula dari Parti Perikatan (ketika itu belum boleh mengundi) sehinggalah sekarang.

Saya amat sedih kerana sehingga sekarang UMNO masih tidak dapat mengugat kedudukan PAS di Kelantan walaupun realitynya PAS tidaklah kuat mana sebagai sebuah organisasi. Pas juga banyak menghadapi masalah dalaman sebagaimana parti2 lain. Cuma kelebihan pada PAS ialah mereka pandai bermuka2 dan menutup kemelut daripada pengetahuan rakyat. PKR langsung tiada impak di Kelantan bergantung semata2 kepada ihsan PAS. Kemenangan PAS dalam PRU 12 di Kelantan baru2 ini bukan ukuran kekuatan PAS di Kelantan tapi lebih kepada kelemahan UMNO itu sendiri.

Apa yang akan saya sampaikan ini mungkin tuan sudah maklum. Saya percaya Tuan boleh menyemak/mempastikan ketepatan maklumat saya ini kerana saya percaya tuan mempuyai rangkaian maklumat tuan sendiri.

1. TGNA adalah satu liabiliti kepada PAS Kelantan sekarang. Beliau dikatakan semakin beronar setelah kematian Tok Guru Lubuk Tapah yang beliau segani dan takut untuk menyanggah.

2. Pun begitu beliau masih dihormati oleh sebilangan besar rakyat Kelantan. Menyebabkan usaha untuk menyingkir beliau dijalakan secara berhati2.

3.Tok2 guru pondok di kelantan sangat marah kepada PAS khususnya TGNA disebabkan oleh isu Mauludurrasul SAW.

4. Yang paling lantang mengkritik TGNA ialah Tok Guru Pondok Geting. Beliau dikatakan pernah mengharamkan anak2 muridnya mengundi PAS. (akan cuba dapat maklumat yang lebih terperinci kesahihannya.)

5. Kini Tuanku Al Sultan telah berangkat pulang ke KB maka exco2 PAS secara senyap2 atau terang2 memohon menghadap bagi mecari politcal mileage. Kerusi MB lahtu.

6. Tuanku dipercayai boleh tip the scale kerana Tuanku amat dihormati dan disegani oleh rakyat jelata.

7. Dalam scenario ini TGNA sangat keberatan menghadap Tuanku kerana kesalahan2 beliau terhadap Tuanku.

8. Malang seribu kali malang dalam keadaan yang sedemikianpun UMNO Kelantan masih tidur.Tuan boleh menyemak dan pastikan maklumat saya ini .Sekian dan wassalam.


Baca seterusnya : Penghuni Gua

Read more...

Cili kasi taruk

>> 11 Mac 2010

Maaf la kalu pedas.

Padde doh..bo lah


Walaupun segelintir begini, nama parti boleh busuk..
Rakyat dok perati..

Read more...

Anwar Suka Cakap Besar

>> 08 Mac 2010

Oleh : Al Muslim

"Kenali sifat & keperibadian Anwar: Sebegitu rakan-rakannya, sebegitulah perangainya"


Saya melihat Anwar suka cakap besar berkaitan sesuatu perkara. Anwar suka di kelilingi oleh microphone dan reporter yang besar besar tetapi kadang kadang perkara yang di cakap tak pun besar. Saya rasa Anwar suka sangat publisiti dan spot light dan bombastic words dalam press statement. Kalau melihat bahasa di gunakan dalam press statement Anwar, semuanya bombastic mr bola bola dan biasanya perkataan itu tidak selalu di guna dalam normal political press statement. Adakah Anwar juga mahu meng impress kan orang dengan perkataan yang hebat hebat. Dalam blog dan ucapan, Anwar juga mencerita dia berjumpa dengan raja itu raja ini, personaliti ini personaliti itu dengan bangga tetapi bagi mereka yang tahu personaliti tersebut , mendengar namanya telah cukup meluat. Terbaru Anwar menyebut telah bertemu dengan pengurus dana trilion dollar america. Adakah ini satu lagi mr fantastic bombastic Anwar?


ini lah kata kata Anwar dalam blog nya untuk menunjukkan beliau hebat dan berkawan dengan fund manager trillionaire seolah olah ekonomi Malaysia berada di tangan nya. Mungkin mesej nya "You get it if you abide with me , you lose it if you thrash me. " Dalam blog posting nya ini Anwar turut menuduh Bank Negara dari segi pengurusannya. Ini berat.

"Saya telah bertemu dengan ramai pengurus dana di rantau ini, yang mewakili aset yang berjumlah USD 1 trillion dan mereka telahpun menyatakan sokongan mereka kepada perubahan menyeluruh di Malaysia termasuklah kebebasan kehakiman, media dan pihak polis serta agensi pencegah rasuah yang lebih professional, juga peraturan yang mesra pelabur dan jaminan tiadanya campur tangan ahli politik di dalam pengurusan Bank Negara. Inilah antara polisi yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat untuk dilaksanakan, dan insiatif inilah yang gagal diambil oleh pentadbiran sekarang terutamanya selepas 8hb Mac 2008."


Anwar pernah menulis dalam blog nya menceritakan pertemuan nya dengan bekas president Estarada filifina. Mungkin beliau bangga dapat makan malam dengan Estarada tetapi kalau orang tahu siapa estrada sudah tentu hendak termuntah kalau di sebut nama estrad. Estarada laknatullah adalah personaliti yang menyambung pembunuhan rakyat muslim moro selepas perjanjian damai OIC semasa Marcos dan Estrada juga adalah individu yang menyokong perang besar besaran dan terbuka keatas rakyat islam moro dalam konflik sekarang di filifina. Oleh itu bila nak bermegah dengan kawan yang hebat , pasti lah mereka benar benar hebat , kalau tidak orang akan melabel kita dengan ,' sebegitu kawan , sebegitulah perangainya"

Read more...

Zaid Juga Katak

Zaid kata..:

Tapi dia lak..spesis katak jenis apa? Puru?, pisang?, gomok?, gong?

Read more...

Belajar Peribahasa Bersama Dato Nik Aziz

Peribahasa;

1. "Sedihnya, ribut tidak, hujan pun tidak, tiba-tiba bah melanda!"
2. "Umpama meminang anak dara orang dengan perwatakan lebai, alih-alih bertukar rupa menjadi pencuri" (Selalunya lebai ni orang jantan..emm)
3. "Ini bukannya udang di sebalik batu, bahkan buaya, ada buaya di sebalik batu!"

sian kat udang, kena reject!!

"Habuan-habuan"

Read more...

Akhirnya Anwar mengaku juga

>> 06 Mac 2010

Anwar akui PKR sedang hadapi masalah



MELAKA: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui parti itu sedang menghadapi masalah apabila beberapa wakil rakyatnya keluar parti, baru-baru ini. Beliau menyifatkan masalah berkenaan sebagai pengajaran yang baik dalam memilih calon wakil rakyat yang taat dan setia kepada parti pada masa depan. "Ini masalah kita, ada pengajaran juga...sekarang ini Keadilan menghadapi masalah sedikit tetapi pengajaran yang baik," katanya ketika menyampaikan ceramah politik di Pulau Gadong dekat sini, malam tadi.
Baru-baru ini, PKR menerima tamparan apabila tiga Ahli Parlimennya iaitu Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai) mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas. Anwar berkata semua wakil rakyat PKR dan pemimpin parti itu akan dikenakan mengikuti program tarbiah supaya mereka betul-betul bersemangat kental bagi menghadapi cabaran dan setia kepada parti. - Bernama

-------------------------

s.m : Mati-mati dia mengatakan Najib bayar anak buahnya supaya lompat parti jadi Bebas. PAS yg nak bagi tarbiah kepada DAP pasal Islam rasanya tak jalan lagi, dewasa ini nampak macam PAS je yg acap follow kata-kata DAP.

Read more...

Zulkifli Nordin bertindak keluar s.p.d

>> 04 Mac 2010

Zulkifli Noordin bertindak keluar sesi panel disiplin

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, bertindak keluar sesi panel lembaga disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung isu kalimah Allah kerana tiga daripada empat anggotanya adalah bukan Islam.

Zulkifli mendesak supaya panel lembaga disiplin bagi menyiasat kenyataannya berhubung isu kalimah Allah itu dianggotai umat Islam.

Facebook Bharian..

-------

Perihal agama kita orang kafir yg tentukan ke?

Read more...

UMNO T.Merah : Kemenangan Datuk Ikmal meragukan?

Bekas Setiausaha Umno Tanah Merah digugur keahlian

TANAH MERAH: Bekas Setiausaha Umno Bahagian Tanah Merah, Amran Abdul Rahman, 46, digugur keahliannya dalam Umno setelah membawa perkara parti ke mahkamah dalam saman pemula terhadap Ketua Umno Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz, dan Timbalan Ketua Umno bahagian, Baharuddin Yusof.

Setiausaha Umno Bahagian Tanah Merah, Ahmad Ismail berkata beliau menerima surat pengesahan dari ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Surat bertarikh 1 Mac memaklumkan Amran yang juga ahli cawangan Simpan 3 Seri Mahligai digugurkan setelah membawa perkara parti ke mahkamah," katanya.

Pada 17 Februari lalu, Amran mengemukakan saman pemula ke atas Ikmal Hisham dan Baharuddin di Mahkamah Tinggi Kota Baharu kerana menganggap kemenangan kedua-dua pemimpin bahagian itu meragukan.

Pada pemilihan 2008, Ikmal Hisham menang tanpa bertanding untuk jawatan Ketua Umno bahagian Tanah Merah setelah mendapati 92 daripada 108 cawangan yang berdaftar di bahagian itu mencalonkannya manakala Baharuddin mengalahkan penyandang Datuk Saari Hassan dalam pertandingan satu lawan satu. - Bernama

-----------

Ulasan;

Kijang juga mendapat tahu, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian akan membuat laporan polis di atas pengumuman itu kerana menjejaskan kredibiliti mereka yang tidak berhasrat untuk bertanding dan juga mereka yang berhasrat bertanding tetapi dikatakan tidak layak untuk bertanding kerana tidak cukup pencalonan.

Ini kerana Ikmal tidak seharusnya membuat pengumuman kerana menurut peraturan, pengumuman rasmi hanya boleh buat tujuh hari selepas semalam bagi member ruang untuk protes.

Selain itu pengumuman hendaklah dibuat oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Tan Sri Annuar Musa.

“Bagaimana pengumuman dibuat sebelum tamat tempoh masa protes yang diberikan? Ia sewajarnya selepas 17 Oktober ini,” tanya seorang rakan yang menelefon Kijang.

Beliau juga kecewa dengan Jawatankuasa Pemilihan dan Pemantauan Umno Kelantan.
Bahagian Tanah Merah pada 7 Oktober lalu membuat ketetapan membantah pengendalian persidangan tahunan cawangan Umno dalam bahagian itu.

Mesyuarat itu yang dikendalikan Jawatankuasa Pemilihan dan Pemantauan Umno Kelantan sejak Sabtu lalu hingga 8 Oktober 2008 dipengerusikan Tuan HashimTuan Yaakob.

Pemangku ketuanya, Nik Kemruzaman Sulong, berkata sebelum ini bantahan itu dibuat mereka kerana keputusan dan tindakan jawatankuasa berkenaan yang didakwa tidak telus sehingga berlaku beberapa kejadian yang disifatkan melanggar peraturan ketika mesyuarat berlangsung.

Ulasan oleh; Kijang-jantan (Oktober 2008)

----

Media pembangkang dah siap isi peluru,

Peluru mereka (ialah), YG KURUP DI SIMPAN, YG CUBA MENCARI KEBENARAN DI BUANG

Kenapa tak tunggu 'Pengadilan' selesai, baru buat keputusan.

# Harap ada berita yg menyenangkan esok

Read more...

Konflik PKR bukan kayu ukur kekuatan UMNO

>> 03 Mac 2010

KUALA LUMPUR 2 Mac – Ahli-ahli UMNO diingatkan supaya tidak leka dan mengandaikan kononnya parti terbesar orang Melayu itu semakin kuat ekoran tindakan beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar dari parti itu.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan, keadaan yang berlaku dalam PKR itu tidak ada kena mengena dengan UMNO.

Katanya, ia cuma boleh memberi gambaran bahawa parti yang diterajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim itu semakin ditolak oleh rakyat.

Apa yang penting, kata beliau, UMNO perlu muncul sebagai sebuah parti terbaik dalam konteks membela, menjaga dan memelihara kebajikan rakyat.

“Jangan sesekali kita andaikan UMNO menjadi kuat berikutan keluarnya beberapa pemimpin PKR sejak akhir-akhir ini. Tindakan pemimpin-pemimpin terbabit tidak ada kena mengena dengan kita.

“Keadaan itu tidak boleh dijadikan kayu pengukur terhadap kekuatan UMNO dan mesej ini perlu disampaikan kepada semua pihak di dalam UMNO,’’ katanya.


Baca lagi...

--------

Masa parti lawan huru hara ni lah, masa yg terbaik untuk UMNO bekerja keras & menjaga kebajikan rakyat.

UMNO jgn dok sedap dengan situasi PKR sekarang.

Read more...

Muka-muka YB PKR yg bakal berparti Bebas

Muka-muka 'bakal' Bebas dari PKR

Ingatkan YB Ibrahim Ali - P.Mas yg memegang status Juara Katak tunggal, rupanya ramai lagi yg bakal bersama-sama merebut geleran tersebut. Gambar-gambar bakal 'member' Tok Him ada di bawah.


Gambar di ambil dari M.I.M

# Tok Him dah habis quota lompat

Read more...

AP Bangan Serai keluar PKR

Lagi Ahli Parlimen PKR keluar parti jadi Bebas

03/03/2010 12:17pm

KUALA LUMPUR 3 Mac - Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri hari ini umum keluar PKR kerana kecewa pakatan pembangkang mengkritik institusi raja dan kehakiman dan tidak puas hati sikap PKR menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Beliau juga meletak semua jawatan dalam parti dan menjadi Ahli Parlimen Bebas - Utusan

Read more...

Pemimpin PKR Bodoh Sombong?

>> 02 Mac 2010

Kecoh lagi perihal orang-orang kuat PKR lompat parti.

Apa kata Desperado;


1. Hari ini seolah menjadi satu trend, apabila kamu asalnya ahli Umno, kemudian menyertai parti pembangkang dan akhirnya masuk kembali ke dalam Umno, maka kamu akan dijulang laksana 'hero'.

2. Kamu akan dijemput memberikan ceramah untuk mem'bantai' parti pembangkang, mendedahkan maklumat sulit kononnya parti pembangkang tak berguna satu sen pun, seolah kamulah pejuang sebenar kerana berani mempersoalkan kredibiliti parti pembangkang yang pernah kamu sertai, lantas keluar daripada parti pembangkang dan seterusnya menyertai Umno; Demi perjuangan Melayu & Islam yang sebenar?

http://pilihan-anda.blogspot.com/2010/03/umno-tak-perlu-bangga-terima-budak-ni.html

Ulasan dari Mesin Taip Buruk berbunyi...

Tapi sebaliknya PKR lebih gemar menyalahkan orang lain daripada memperbaiki diri mereka. Orang kata, puak2 seperti ini adalah golongan bodoh sombong. Sudah bodoh, sombong pula. Nyatalah mereka adalah jenis pemimpin dan parti yang lebih gemar menyapu sampah di bawah karpet daripada menyelesaikan masalah itu.

http://mesintaipburuk.blogspot.com/2010/03/pkr-salahkan-orang-lain-bila-rumah.html

Komen dari blog Bicara Nobisha pula berbunyi...

Setiap kali apabila ada pemimpin parti itu keluar PKR, reaksi mereka ialah “Baguslah, ini satu proses pembersihan.” Mereka lupa bahawa yang keluar ini bukanlah budak hingusan di cawangan, tetapi pemimpin yang kemudiannya diangkat mewakili masyarakat. Sekiranya pemimpin perlu dibersihkan dengan cara keluar parti, maka PKR berhadapan dengan masalah yang cukup besar!

http://nobisha.com/home/archives/75

Read more...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP