Nizar tidak dipecat, sebaliknya disingkirkan: Gani

>> 05 Mei 2009

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Rayuan Kuasa-Kuasa Khas di sini hari ini diberitahu Sultan Perak tidak memecat Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar, sebaliknya beliau disingkirkan daripada jawatan itu mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, berkata penyingkiran Nizar dilakukan mengikut peruntukan Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak berikutan Nizar kehilangan kepercayaan Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak.

Gani berhujah demikian dalam semakan kehakiman dikemukakan Nizar untuk mendapatkan pengisytiharan beliau masih Menteri Besar Perak yang sah.

-Bernama 05/05/09


1 comments:

TAAVEEKUN PERAK Selasa, 05 Mei, 2009  

Hidup Rakyat Perak! Hidup Malaysia moga moga Tuhan menunjuk jalan kepada Sultan Perak dan Tokoh tokoh Poltik BN dan PR mencapai jalan selesai munasabah untuk Rakyat Perak dan Rakyat Malaysia.
Apa maknanya mendapat Teraju Kuasa sekiranya tak ada Rakyat dan Negara diperintah!

Catat Ulasan

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP