Akhirnya Anwar mengaku juga

>> 06 Mac 2010

Anwar akui PKR sedang hadapi masalah



MELAKA: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui parti itu sedang menghadapi masalah apabila beberapa wakil rakyatnya keluar parti, baru-baru ini. Beliau menyifatkan masalah berkenaan sebagai pengajaran yang baik dalam memilih calon wakil rakyat yang taat dan setia kepada parti pada masa depan. "Ini masalah kita, ada pengajaran juga...sekarang ini Keadilan menghadapi masalah sedikit tetapi pengajaran yang baik," katanya ketika menyampaikan ceramah politik di Pulau Gadong dekat sini, malam tadi.
Baru-baru ini, PKR menerima tamparan apabila tiga Ahli Parlimennya iaitu Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai) mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas. Anwar berkata semua wakil rakyat PKR dan pemimpin parti itu akan dikenakan mengikuti program tarbiah supaya mereka betul-betul bersemangat kental bagi menghadapi cabaran dan setia kepada parti. - Bernama

-------------------------

s.m : Mati-mati dia mengatakan Najib bayar anak buahnya supaya lompat parti jadi Bebas. PAS yg nak bagi tarbiah kepada DAP pasal Islam rasanya tak jalan lagi, dewasa ini nampak macam PAS je yg acap follow kata-kata DAP.

Read more...

Zulkifli Nordin bertindak keluar s.p.d

>> 04 Mac 2010

Zulkifli Noordin bertindak keluar sesi panel disiplin

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, bertindak keluar sesi panel lembaga disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung isu kalimah Allah kerana tiga daripada empat anggotanya adalah bukan Islam.

Zulkifli mendesak supaya panel lembaga disiplin bagi menyiasat kenyataannya berhubung isu kalimah Allah itu dianggotai umat Islam.

Facebook Bharian..

-------

Perihal agama kita orang kafir yg tentukan ke?

Read more...

UMNO T.Merah : Kemenangan Datuk Ikmal meragukan?

Bekas Setiausaha Umno Tanah Merah digugur keahlian

TANAH MERAH: Bekas Setiausaha Umno Bahagian Tanah Merah, Amran Abdul Rahman, 46, digugur keahliannya dalam Umno setelah membawa perkara parti ke mahkamah dalam saman pemula terhadap Ketua Umno Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz, dan Timbalan Ketua Umno bahagian, Baharuddin Yusof.

Setiausaha Umno Bahagian Tanah Merah, Ahmad Ismail berkata beliau menerima surat pengesahan dari ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Surat bertarikh 1 Mac memaklumkan Amran yang juga ahli cawangan Simpan 3 Seri Mahligai digugurkan setelah membawa perkara parti ke mahkamah," katanya.

Pada 17 Februari lalu, Amran mengemukakan saman pemula ke atas Ikmal Hisham dan Baharuddin di Mahkamah Tinggi Kota Baharu kerana menganggap kemenangan kedua-dua pemimpin bahagian itu meragukan.

Pada pemilihan 2008, Ikmal Hisham menang tanpa bertanding untuk jawatan Ketua Umno bahagian Tanah Merah setelah mendapati 92 daripada 108 cawangan yang berdaftar di bahagian itu mencalonkannya manakala Baharuddin mengalahkan penyandang Datuk Saari Hassan dalam pertandingan satu lawan satu. - Bernama

-----------

Ulasan;

Kijang juga mendapat tahu, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian akan membuat laporan polis di atas pengumuman itu kerana menjejaskan kredibiliti mereka yang tidak berhasrat untuk bertanding dan juga mereka yang berhasrat bertanding tetapi dikatakan tidak layak untuk bertanding kerana tidak cukup pencalonan.

Ini kerana Ikmal tidak seharusnya membuat pengumuman kerana menurut peraturan, pengumuman rasmi hanya boleh buat tujuh hari selepas semalam bagi member ruang untuk protes.

Selain itu pengumuman hendaklah dibuat oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Tan Sri Annuar Musa.

“Bagaimana pengumuman dibuat sebelum tamat tempoh masa protes yang diberikan? Ia sewajarnya selepas 17 Oktober ini,” tanya seorang rakan yang menelefon Kijang.

Beliau juga kecewa dengan Jawatankuasa Pemilihan dan Pemantauan Umno Kelantan.
Bahagian Tanah Merah pada 7 Oktober lalu membuat ketetapan membantah pengendalian persidangan tahunan cawangan Umno dalam bahagian itu.

Mesyuarat itu yang dikendalikan Jawatankuasa Pemilihan dan Pemantauan Umno Kelantan sejak Sabtu lalu hingga 8 Oktober 2008 dipengerusikan Tuan HashimTuan Yaakob.

Pemangku ketuanya, Nik Kemruzaman Sulong, berkata sebelum ini bantahan itu dibuat mereka kerana keputusan dan tindakan jawatankuasa berkenaan yang didakwa tidak telus sehingga berlaku beberapa kejadian yang disifatkan melanggar peraturan ketika mesyuarat berlangsung.

Ulasan oleh; Kijang-jantan (Oktober 2008)

----

Media pembangkang dah siap isi peluru,

Peluru mereka (ialah), YG KURUP DI SIMPAN, YG CUBA MENCARI KEBENARAN DI BUANG

Kenapa tak tunggu 'Pengadilan' selesai, baru buat keputusan.

# Harap ada berita yg menyenangkan esok

Read more...

Konflik PKR bukan kayu ukur kekuatan UMNO

>> 03 Mac 2010

KUALA LUMPUR 2 Mac – Ahli-ahli UMNO diingatkan supaya tidak leka dan mengandaikan kononnya parti terbesar orang Melayu itu semakin kuat ekoran tindakan beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar dari parti itu.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan, keadaan yang berlaku dalam PKR itu tidak ada kena mengena dengan UMNO.

Katanya, ia cuma boleh memberi gambaran bahawa parti yang diterajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim itu semakin ditolak oleh rakyat.

Apa yang penting, kata beliau, UMNO perlu muncul sebagai sebuah parti terbaik dalam konteks membela, menjaga dan memelihara kebajikan rakyat.

“Jangan sesekali kita andaikan UMNO menjadi kuat berikutan keluarnya beberapa pemimpin PKR sejak akhir-akhir ini. Tindakan pemimpin-pemimpin terbabit tidak ada kena mengena dengan kita.

“Keadaan itu tidak boleh dijadikan kayu pengukur terhadap kekuatan UMNO dan mesej ini perlu disampaikan kepada semua pihak di dalam UMNO,’’ katanya.


Baca lagi...

--------

Masa parti lawan huru hara ni lah, masa yg terbaik untuk UMNO bekerja keras & menjaga kebajikan rakyat.

UMNO jgn dok sedap dengan situasi PKR sekarang.

Read more...

Muka-muka YB PKR yg bakal berparti Bebas

Muka-muka 'bakal' Bebas dari PKR

Ingatkan YB Ibrahim Ali - P.Mas yg memegang status Juara Katak tunggal, rupanya ramai lagi yg bakal bersama-sama merebut geleran tersebut. Gambar-gambar bakal 'member' Tok Him ada di bawah.


Gambar di ambil dari M.I.M

# Tok Him dah habis quota lompat

Read more...

AP Bangan Serai keluar PKR

Lagi Ahli Parlimen PKR keluar parti jadi Bebas

03/03/2010 12:17pm

KUALA LUMPUR 3 Mac - Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri hari ini umum keluar PKR kerana kecewa pakatan pembangkang mengkritik institusi raja dan kehakiman dan tidak puas hati sikap PKR menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Beliau juga meletak semua jawatan dalam parti dan menjadi Ahli Parlimen Bebas - Utusan

Read more...

Pemimpin PKR Bodoh Sombong?

>> 02 Mac 2010

Kecoh lagi perihal orang-orang kuat PKR lompat parti.

Apa kata Desperado;


1. Hari ini seolah menjadi satu trend, apabila kamu asalnya ahli Umno, kemudian menyertai parti pembangkang dan akhirnya masuk kembali ke dalam Umno, maka kamu akan dijulang laksana 'hero'.

2. Kamu akan dijemput memberikan ceramah untuk mem'bantai' parti pembangkang, mendedahkan maklumat sulit kononnya parti pembangkang tak berguna satu sen pun, seolah kamulah pejuang sebenar kerana berani mempersoalkan kredibiliti parti pembangkang yang pernah kamu sertai, lantas keluar daripada parti pembangkang dan seterusnya menyertai Umno; Demi perjuangan Melayu & Islam yang sebenar?

http://pilihan-anda.blogspot.com/2010/03/umno-tak-perlu-bangga-terima-budak-ni.html

Ulasan dari Mesin Taip Buruk berbunyi...

Tapi sebaliknya PKR lebih gemar menyalahkan orang lain daripada memperbaiki diri mereka. Orang kata, puak2 seperti ini adalah golongan bodoh sombong. Sudah bodoh, sombong pula. Nyatalah mereka adalah jenis pemimpin dan parti yang lebih gemar menyapu sampah di bawah karpet daripada menyelesaikan masalah itu.

http://mesintaipburuk.blogspot.com/2010/03/pkr-salahkan-orang-lain-bila-rumah.html

Komen dari blog Bicara Nobisha pula berbunyi...

Setiap kali apabila ada pemimpin parti itu keluar PKR, reaksi mereka ialah “Baguslah, ini satu proses pembersihan.” Mereka lupa bahawa yang keluar ini bukanlah budak hingusan di cawangan, tetapi pemimpin yang kemudiannya diangkat mewakili masyarakat. Sekiranya pemimpin perlu dibersihkan dengan cara keluar parti, maka PKR berhadapan dengan masalah yang cukup besar!

http://nobisha.com/home/archives/75

Read more...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP