Katak dah mula bogelkan Anwar

>> 17 Mac 2010

Lompat keluar jadi Bebas adalah HARAM, lompat masuk Pakatan HALAL - Fatwa dewan pemuda hamPAS


Ia bagai satu kejutan.Kejadian ini berlaku selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Permatang Pauh dan selaku Ketua Pembangkang menguasai sidang Dewan Rakyat selama kira-kira tiga jam membahaskan usul ucapan terima kasih titah Yang Dipertuan Agong.

Dewan gamat sekali sekala semasa perbahasannya yang berakhir pada jam 5 petang.

Segalanya bermula bila bekas Ahli Parlimen PKR Bayan Baru,Datuk Seri Zahrain Hashim pula bangun berucap sebagai pembahasa kedua.

Tanpa banyak membuang masa dan di luar dugaan para Ahli Parlimen dan pembangkang,beliau terus masuk gear lima membuat pendedahan apa yang didakwanya pembohongan pimpinan PKR untuk meyakinkan mereka gerakan 16 September untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional boleh berjaya.

Beliau mendakwa antaranya mereka diberitahu bahawa Yang Dipertuan Agong sedang menunggu di istana untuk mendapatkan kenyataan jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional yang melompat (30 orang) bagi dibolehkan pihak pembangkang bentuk kerajaan.

Katanya Yang Dipertuan Agong juga dikatakan kononnya merestui Anwar jadi Perdana Menteri keenam.

Dakwanya lagi mereka juga diberitahu bahawa angkatan tentera menyokong mereka.

”Kami disogok cerita kononnya Panglima Angkatan Tentera dan angkatan tentera memberi sokongan pembentukan kerajaan oleh Pakatan Rakyat yang diketuai oleh ( Ahli Parlimen) Permatang Pauh,”katanya.

Menurutnya salah seorang Timbalan Speaker Dewan Rakyat juga dikatakan sudah bersiap sedia untuk istihar Anwar sebagai Perdana Menteri.

Pendedahan ini telah mencetuskan suasana gamat dan kecoh dalam Dewan Rakyat.

Ini bila sebilangan Ahli Parlimen pembangkang bangun untuk mempertikaikan pendedahan Zahrain.Pada ketika yang sama para ahli parlimen Barisan Nasional berteriak membantah.

Keadaan menjadi bertambah gamat bila Anwar tiba-tiba kelihatan bersiap hendak keluar dari dewan ketika Zahrain sedang membuat pendedahan.

Anwar bagaimanapun tidak mempedulikan tempik sorak para ahli parlimen Barisan Nasional yang meminta jangan keluar dan dengar pendedahan Zaharain.

Beliau melangkah keluar dari dewan pada 5.10 petang.Zahrain pula teruskan ucapannya.

Sidang Dewan Rakyat terpaksa ditangguhkan pada tepat jam 5.30 petang.

Zahrain akan menyambung ucapannya esok.

Difahamkan Anwar tidak akan hadir sidang Dewan Rakyat esok kerana akan berlepas ke luar negara malam ini.

Ditemui para wartawan sejurus keluar dari dewan, Anwar enggan mengesah atau menafikan pendedahan oleh Zaharin.

Sementara itu Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu,Zulkifli Nordin ketika ditemui Agendadaily untuk ditanya apakah pendedahan Zahrain ini merupakan kejutan yang beliau maksudkan bakal meletup di Dewan Rakyat beberapa hari lalu.

”Ini bukan kejutan saya.Saya yang terkejut”katanya.

Namun katanya apa yang didedahkan oleh Zahrain itu betul.-17/3/2010

Agenda Daily

0 comments:

Catat Ulasan

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP