Syekh Yusof al-Qardhawi patut dengar juga penjelasan Saiful
>> 14 Mac 2010
CD yang di canang rata ritik oleh penyokong DS Anwar, ke serata pulusuk alam. Patutkah Syekh Yusof mendengar dari pihak Anwar sahaja?
Cara yang terbaik, Syekh Yusof mengambil kira aduan dari kedua dua pihak. Tetapi oleh kerana pandangan antarabangsa terhadap DS Anwar adalah adalah yang baik-baik belaka, maka keluarlah kenyataan dari mulut Syekh Yusof-menyokong Anwar.
Jika di selak kembali sejarah, Mohd Sabu pernah menceritakan perihal Anwar yang dipandang mulia di peringkat antarabangsa, dan ditutup keburukkan yang dilakukannya.
(Sedikit sedutan dari buku Layakkah Anwar Ketuai Reformasi? Wawancara Ahmad Lutfi Othman dengan Ahli Parlimen PAS, Haji Mohamad Sabu, pada 14 Jun 1998, jam 11.15, di pejabat urusan TAMADUN)
Soalan : Katanya imej Anwar di peringkat antarabangsa diakui masih hebat?
Mat Sabu : Masih hebat! Sehingga apabila saya pergi ke Pakistan, pemimpin-pemimpin Jamaat Islami di peringkat atasan begitu menghormati Anwar. Tetapi apabila saya menceritakan kepada mereka yang saya menjadi Ahli Parlimen sudah lapan tahun..
pada mula saya masuk dahulu saya dapati daripada empat jenis judi dikeluarkan tetapi apabila Anwar menjadi Menteri Kewangan, judi yang telah dihalalkannya telah bertambah menjadi sembilan jenis termasuk judi lumba kuda. Dahulu ada tiga tempat judi lumba kuda iaitu Ipoh, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Apabila dia menjadi Menteri Kewangan, ia telah bertambah di Sabah sehingga menimbulkan kemarahan ahli-ahli Parlimen di sana dan juga menimbul bantahan di Sarawak apabila judi lumba kuda juga hendak diwujudkan di sana.
Begitu juga Genting Highlands menjadi pusat judi ketiga besar di dunia sekarang di bawah Menteri Kewangan yang berkuasa sekarang ini. Jadi, apabila saya ceritakan perkara ini kepada Jemaat Islami itu, mereka terkejut.
Katanya: ”We have a different view!” ”Kami tidak pernah mendengar cerita-cerita seperti ini!”
Kata saya, sama ada orang beri fakta salah kepada kamu atau kamu naif dalam memahami keadaan itu. Sambung saya lagi Timbalan Perdana Menteri kami mempunyai hubungan yang baik dengan taukeh judi, Lim Goh Tong.
Pada masa dia menjadi Ketua Pemuda, Anwar mudah mendapat bantuan Yayasan Gerak Bakti daripada taukeh judi.
Akhirnya kata ketua Jamaat Islami, ”kita ada gambaran yang lain selama ini.”
Begitu juga mereka mendapat gambaran yang salah tentang Malaysia terkenal sebagai negara Islam dan ekonomi yang hebat. Saya akui ia memang betul di luar negara tetapi mereka tidak bertanya pun orang Islam memiliki ekonomi sebanyak mana? 18 peratus ekonomi itu adalah hasil gabungan MARA, agensi kerajaan dan pemilik Bumiputera Islam. Kalau ditolak itu semua ternyata pemilik ekonomi Islam tinggal di bawah paras 18 peratus. Jadi dari segi kek ekonomi orang Islam di Malaysia kurang 18 peratus!
Saya pernah membentangkan kertas kerja di Afrika Selatan menceritakan hal murtad dan dadah di Malaysia. Semasa saya bercakap itu ada di antara mereka yang mencebik mulut. Mereka tidak percaya jika murtad berlaku di negara yang dianggap negara Islam seperti Malaysia.
Selepas beberapa lama saya bercakap itu, mereka berjumpa saya dan ucap tahniah. Mereka mengakui apa yang saya katakan itu benar. Begitulah imej Mahathir dan Anwar di negara-negara luar. Begitu hebat sekali. Sehingga saya beritahu beribu-ribu orang Islam Malaysia sudah murtad, mereka tidak percaya kerana di tempat mereka (Afrika Selatan) orang kulit hitam berlumba-lumba masuk Islam.
Di India sendiri,orang Hindu ramai masuk Islam dan adalah pelik jika ada orang Islam masuk agama Hindu. Begitulah anggapan awal mereka. Sehingga mereka bertanya apa sebenarnya yang Anwar telah buat untuk membantu Islam?
Jadi, gambaran media asing terhadap Islam di Malaysia berjaya digembar-gemburkan. Jadi kalau Anwar menjadi PM, media berjaya meyakinkan negara Islam lain bahawa Anwar adalah pemimpin Islam yang unggul dan dia boleh muncul sebagai pemimpin terhebat di OIC selain Iran.
(lagi sedutan)
Soalan : Anwar pernah diserang hebat atas dakwaan terbabit dengan skandal seks. Bagi pandangan Saudara, adakah tuduhan itu memberi kesan buruk kepadanya?
Mat Sabu : Ya, skandal seks itu kita lihat macam boleh menjatuhkannya..tetapi kita sendiri tidak tahu sejauh mana benarnya tuduhan itu. Tetapi dengar khabar baru-baru ini ada percubaan untuk membunuh orang yang menulis surat sumpah yang mengaku melakukan homoseks dengannya tetapi katanya yang menjadi mangsa ialah isteri penulis berkenaan. Cerita seperti ini mudah tersebar. Saudara harus menyiasatnya. Media di negara ini, berbeza dengan suratkhabar di luar.
Di luar negara mereka mendedahkan skandal, tetapi di sini mereka menutupnya. Jadi ini seperti skandal dalam filem Hindustan. Jadi kalau kita menonton filem-filem Hindustan, pegawai polis dan gengster membuat pakatan jahat. Katanya, Anwar sendiri peminat filem Hindustan, mungkin beliau lebih maklum.
Soalan : Saya pernah berjumpa dengan beberapa orang ulamak yang di luar PAS, apabila ditimbulkan dakwaan skandal seks Anwar, mereka menyifatkannya tidak lebih daripada fitnah semata-mata.
Mat Sabu : Apabila orang itu mempunyai watak seperti itu, yang selama ini nampak bersih, kita menganggapnya sebagai fitnah. Apa yang kita mahu di sini adalah Anwar mestilah membersihkan dirinya. Membersihkan diri bukannya dengan berdiam begitu sahaja atau menafikannya kepada pihak akhbar.
Anwar harus mengambil tindakan undang-undang dan membawa mereka menuduhnya ke pengadilan. Jika tidak, saya rasa ia akan timbul lagi dalam perhimpunan Agung UMNO. Kita dengar khabar ada buku akan keluar tentang skandal ini. Selagi ia tidak membersihkan tuduhan skandal seks ini akan terus berputar. Kita pun tidak mahu TPM kita teraniaya.
Anwar sendiri selepas tercetusnya peristiwa ini, lebih kurang enam bulan dia tidak bercakap soal-soal agama, hanya kebelakangan ini dia kembali berkhutbah. Jadi kita nampak berlaku perubahan ketara lima enam bulan dia mengambil cuti untuk tidak bercakap soal-soal agama dan khutbah.
Hanya sekarang dia baru hendak berkhutbah. Barangkali baginya masyarakat sudah lupa. Kita tidak menuduh Anwar tetapi yang kita pelik, mengapa dia tidak membersihkan dirinya setakat ini?
0 comments:
Catat Ulasan