Lagi Drama Pakatan Pembangkang
AWANG tidak hairan apabila Pemuda Pas Pulau Pinang mahu meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Penanti akhir bulan ini walaupun PKR, rakan dalam pakatan pembangkang, telah mengumumkan calonnya kelmarin.
Alasan Pemuda Pas mudah, ia permintaan akar umbi yang mahukan Pas mengambil balik kawasan itu.
Itulah realiti sebenar hubungan sesama parti dalam pakatan pembangkang Pas-PKR-DAP. Cukup rapuh dan ia amat sukar disembunyikan. Itu belum lagi kita melihat perbezaan dasar dan asas dalam perjuangan mereka.
Bagi Awang isu yang dibangkitkan oleh Pemuda Pas tersebut sebenarnya turut mendedahkan betapa keputusan PKR meletakkan calonnya lagi di kawasan itu tidak mendapat mandat padu daripada rakan politiknya.
Awang tetap percaya kesepakatan dalam pakatan pembangkang akan terus berjalan dalam bentuk yang tidak ke mana kerana asas perjuangan mereka bercanggah. Ia sekadar untuk menentang Barisan Nasional, tidak lebih daripada itu.
Apa pun, lebih 15,000 pemilih di Penanti akan berpeluang membuat penilaian baru terhadap gandingan Pas-PKR-DAP, jika ada pertandingan pada 31 Mei ini.
Awang – Tidak terkejut
--------------
Komen dari saya;
1. PKR meletakkan (mengumumkan) calonnya lebih awal kali ini.
2. PAS pula mahu meletakkan calon pilihan akar umbi dari PAS sendiri.
3. DAP pula tak puas hati dengan cara anwar dalam isu Fairus.
4. Di sini kita boleh lihat mereka ini seolah-olah bercakaran dan saling tak puas hati. (ada kemungkinan mereka mahu menutup beberapa kes menarik seperti isu Ely + Helmi, Fairus dan sebagainya). Drama ini boleh memesongkan pemikiran rakyat dari isu panas kepada perbalahan dalam Pakatan Pembangkang.
Pada hemah saya;
1. Ini mungkin drama terbaru anwar selepas beberapa episod dramanya yang lepas-lepas mendapat taraf 'temberang'.
2. Ada kemungkinan... beberapa hari sebelum penamaan calon, PKR akan batalkan calonnya dan memberikan laluan kepada PAS. Supaya menampakkan mereka saling merelakan atau mengalah serta menghormati rakan seangkatan. Mungkin DAP juga akan mengikut sama. Ini boleh menarik semula undi kepada mereka.
3. Dengan cara ini, pro-kerajaan akan memainkan isu 'perbalahan' dan bukan isu panas. Tapi perbalahan akan 'di tamatkan'.
4. Mungkin juga anwar mahu 'menarik' perhatian kepada kumpulannya (erdogan) dalam muktamar PAS nanti..
Ini adalah dalam batas pemikiran saya sahaja..
Wassalam..
Kelantan VS Selangor, tiada ke-parti-an dalam sukan
>> 25 April 2009
Musim ini Kelantan berjaya merialisasikan impian 39 tahun untuk ber aksi di perlawanan akhir bolasepak dan kemuncak piala FA di Bukit Jalil..
Siapa akan menang?!!
Sama-sama kita saksikan..
Kelantan yang dilihat turun sebagai 'underdog', mungkin akan berjuang habis-habisan untuk menghantar pulang piala FA ke negeri Cik Siti Wan Kembang.
Ahh..habuan tak usah kira, kerajaan negeri pun dah sanggup nak bagi hadiah jika berjaya mengondol piala FA nanti..
Harapan kami sebagai penyokong Pahlawan Merah tidak tinggi.. dapat masuk perlawanan akhir sudah memadai dan memberi 'kemenangan' pertama kepada kami. Menang di perlawanan akhir adalah satu BONUS kepada kami peminat bolasepak Kelantan..
Apapun.. Bolasepak Kelantan atau Pahlawan Merah adalah untuk semua rakyat Kelantan tanpa mengira fahaman politik...
"Gomo Kelate Gomo"
Lagu kita :
Olek Olek Olek Olek
Sumbat Gol Sumbat Gol
Olek Olek Olek Olek
Sumbat Gol Sumbat Gol
Kito anok Kelate
Bako ore berani
Bilo masuk pade
Kito gomo sengoti
Kito gomo sengoti...
Anwar usaha pujuk MP BN untuk bubar Parlimen
>> 23 April 2009
SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa berusaha memburu Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk memberikan persetujuan kepadanya agar dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kegiatan itu dedahkan bekas Exco Selangor, Datuk Fuad Hassan dalam blognya yang menceritakan pengalaman Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi dipujuk oleh Anwar.
Menurutnya, walaupun tarikh keramat 16 September tahun lalu, yang dikhabarkan berlakunya peralihan kuasa telah berlalu, Anwar masih lagi menjalankan kegiatannya mencari sokongan.
“Perkara ini didedahkan beliau (Mohd Puad) ketika menghadiri program Sembang Petang anjuran UMNO Bahagian Gombak, Ahad lalu.
“Mohd Puad menyatakan Anwar menghantar orangnya iaitu Dr Abdul Rahim Ghaus untuk memujuk dan berbincang mengenai pembentukan kerajaan pembangkang yang baru.
“Abdul Rahim menunjukkan surat yang ditujukan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi melantik Anwar sebagai Perdana Menteri, untuk menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika itu,” katanya.
Fuad berkata, Anwar dalam surat itu menyatakan Abdullah telah hilang sokongan oleh Ahli Parlimen termasuk dari BN sendiri.
Menurutnya, untuk meyakinkan Mohd Puad, satu panggilan telefon telah dibuat terhadap Anwar bagi membolehkan mereka berdua berbincang mengenainya.
“Mohd Puad menceritakan dalam perbualannya itu, Anwar meminta beliau menandatangani surat tersebut tanpa perlu keluar daripada BN, dan berjanji akan merahsiakan tandatangan itu kecuali tatapan Yang di-Pertuan Agong.
“Anwar cuba meyakinkan Mohd Puad dengan memberitahu empat sultan telah menyatakan sokongan, termasuk Yang di-Pertuan Agong, tetapi Mohd Puad telah menguatkan pendiriannya.
“Mohd Puad meminta tempoh bagi mendapat petunjuk daripada Allah SWT dan keesokan harinya, Abdul Rahim menelefon dan bertanyakan tentang pendiriannya.
“Jawapan diberikan Mohd Puad ketika itu adalah, kalau saya tandatangan surat persetujuan tersebut bermakna saya telah menjual negara, kalau saya tandatangan, saya akan dihalau oleh sultan dari negeri Johor yang merupakan tempat UMNO dinobatkan,” katanya.
Sebelum mengakhiri Sembang Petang itu, Mohd Puad berkata, jawatan itu bukan untuk dirinya, tetapi untuk bangsa dan agama dan beliau berharap akan istiqamah dengan perjuangan.
Fuad berkata, Anwar masih lagi tidak berpuas hati dan melakukan perkara sama dengan terus memujuk Ahli Parlimen dan difahamkan, ramai telah ditemui wakil beliau berhubung dengan perkara itu.
PS : Tak habis-habis dengan karenah Anwar, walau bagaimanapun..dia tetap mahu jadi PM walaupun terpaksa (dia relakan) mengadai Agama, Bangsa dan Negaranya sendiri Read more...
Najib hargai kritikan cara betul
>> 22 April 2009
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata beliau menghargai setiap kritikan tetapi ia hendaklah dibuat dengan cara yang betul, di tempat dan masa yang bertepatan.
Malahan, kata Perdana Menteri, jika tiada ruang untuk kritikan membina mahupun pertentangan pendapat yang dilakukan dengan cara yang betul dan dengan niat yang baik, ia akan merugikan kerajaan.
"Dalam perkhidmatan kerajaan, sebagai contoh, semestinya seseorang itu perlu setia kepada pemimpin. Tetapi seseorang itu hendaklah setia selagi pemimpin itu juga setia, komited kepada tugas dan berdedikasi," katanya dalam laman blog beliau, www.1malaysia.com.my, mengenai nilai kesetiaan dan penerimaan sebagai satu daripada nilai utama 1Malaysia.
Baca seterusnya
Toyota Camry bekas Exco Perak akan dilelong
>> 21 April 2009
IPOH: Kerajaan Perak akan melelong 16 kereta Toyota Camry 2.4 yang sebelum ini digunakan sebagai kenderaan rasmi Exco pakatan pembangkang ketika menerajui pentadbiran kerajaan negeri.
Menurut kenyataan tender terbuka yang dihantar ke bahagian iklan sebuah akhbar berbahasa Melayu di sini hari ini, lelongan kereta itu akan berlangsung di tempat letak kereta Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini mulai 9.30 pagi hingga 4 petang pada 4 hingga 18 Mei ini.
Kenyataan tender yang dikeluarkan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak itu menyatakan kenderaan berkenaan boleh dibeli secara pukal atau seunit dengan harga rizab RM148,000 sebuah.
Kereta itu adalah yang menggunakan nombor pendaftaran AGS10, AFD11, AFD22, AFD33, AFD55, AFD66, AFD77, AFD88, AFD99, AFD333, AFD999, AFF33, AFF88, AFF99, AGS828 dan AEU606 yang kesemuanya didaftarkan pada 9 Januari tahun ini.
Kenyataan tender itu turut menyatakan semua kenderaan itu adalah baru yang digunakan antara satu hingga dua bulan, perbatuan rendah dan masih dalam tempoh jaminan tiga tahun oleh syarikat pengeluar.
Kenderaan berkenaan juga mempunyai nombor pendaftaran orang kenamaan, cermin gelap bernilai RM2,000 serta bebas daripada sebarang kemalangan.
Bagaimanapun, difahamkan kereta rasmi dengan nombor pendaftaran AGS10 yang digunakan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, tidak akan dilelong kerana beliau dikatakan telah membuat tempahan membeli kereta tersebut.
Dokumen tender boleh didapati pada waktu pejabat mulai 4 Mei hingga 18 Mei ini di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Bahagian Pengurusan, Aras 3, Bangunan Perak Darul Ridzuan dengan harga RM20 senaskah.
Mereka yang ingin membeli kenderaan berkenaan perlu menghantar kembali surat tawaran tender itu sebelum jam 12 tengah hari pada 18 Mei ini. - Bernama
Diaorang kata...
>> 19 April 2009
Oleh kerana nak tunjuk mereka tu hebat, kuat dan berpengaruh.. mereka sempat me'riak' kan diri..
Ala.. kat Penanti, kami (PKR) letak batang pisang pun boleh menang, letak tunggul kayu pun boleh menang, majoroti besar lagi.. Fuhh.. Hebat. Ye la kan, Penanti tu ahli parlimennya siapa kan..
Patut la ADUN demo tak berkualiti.. Rupanya jenis & spesis yang sama dengan tunggul & batang pisang. Kerja tak buat, rakyat di 'tunggul kayukan'. Harapan rakyat 'di batang pisangkan'..
Sian kat rakyat.. Harapkan tunggul.. rupanya memang tunggul
Wassalam..
Resolusi 6 / 2009 : Video Palsu Cemarkan Imej PM Oleh PR
>> 18 April 2009
Resolusi 6 / 2009 : Video Palsu Cemarkan Imej PM Oleh PR
1. BPN merasa sangat kecewa, sedih dan marah dengan tindakan seorang bergelar Malaysianews yang telah membuat video klip menghina Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Seri Najib Tun Razak.
2. Ini kerana jelas ucapan yang diubah dan dicantum menzahirkan satu gambaran palsu yang berbeza sama sekali dengan ucapan sebenar YAB PM dan boleh menimbulkan keresahan berpanjangan rakyat yang pasti akan marah dengan tindakan tersebut.
2. BPN merasakan perbuatan ini sangat kotor, jijik dan tidak berbudi pekerti yang mulia kerana ia melibatkan maruah seorang Ketua Kerajaan bagi negara Malaysia.
3. Perbuatan sebegini perlu dihentikan dengan segera sebelum ia merebak atau menjadi perbalahan antara ahli parti politik pro atau anti kerajaan demi memastikan keamanan dan ketenangan rakyat Malaysia berkekalan sampai bila bila.
4. BPN mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan keras terhadap individu yang terlibat mencipta atau menyebarkannya, untuk menjadi pengajaran dan iktibar agar tidak lagi berulang pada masa masa akan datang.
SATU SUARA SATU ARAH SATU AKIDAH...
Disediakan :
Panglima Perang Cyber
Yang Dipertua Blogger Pembela Negara
Fairus letak jawatan ADUN Penanti
>> 16 April 2009
Bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan keputusannya meletak jawatan ADUN Penanti, berkuatkuasa hari ini.
Katanya, keputusan itu dibuat untuk membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat siswazah lanjutan.
Ia juga, katanya, untuk memberi masa kepadanya untuk bersama-sama dengan keluarga "yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya".
Kenyataan Fairus itu dikeluarkan oleh Biro Penerangan PKR.
"Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini," tambahnya.
Fairus yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung satu projek kuari di Pulau Pinang, meletakkan jawatan timbalan ketua menteri pada 8 April lalu.
Berikutan peletakan jawatannya itu, pilihanraya kecil perlu diadakan bagi kerus tersebut dalam tempoh 60 hari.
DUN Penanti terletak dalam kawasan parlimen Permatang Pauh yang diwakili oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketika diwawancara dengan akhbar berbahasa Cina - Nanyang - Fairus
memberi masa dua minggu kepada pucuk pimpinan PKR supaya membersihkan namany.
Beliau juga dilaporkan mendakwa segala tohmahan itu difitnah oleh orang dalaman parti itu sendiri.
Mengenai masa depannya, Fairus memberitahu akhbar berkenaan bahawa beliau ada banyak pilihan - keluar parti, letak jawatan, lompat parti atau menjadi ADUN bebas.
Beliau juga menyatakan akan menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang minggu depan.
Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/102483
Read more...
Calon TKM1: Guan Eng kesali Anwar
GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng kesal dengan kelewatan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan nama calon pengganti Timbalan Ketua Menteri (TKM) 1.Read more...
Menurutnya, walaupun kecewa dengan keadaan itu, beliau memahami tekanan politik yang dihadapi Anwar untuk membuat keputusan yang begitu penting.
“Saya akan memberikan lebih masa kepada Anwar untuk menyelesaikan isu ini.
“Masa tambahan ini diberi kepada Anwar untuk menyelesaikan masalah dalaman yang wujud dalam PKR dan mencadangkan calon yang benar-benar sesuai untuk menggantikan Mohammad Fairus,” katanya dalam kenyataan bertulis yang diedarkan kepada media selepas menyampaikan bantuan kepada sekolah-sekolah Tamil di Komtar semalam.
Guan Eng berkata, kelewatan itu menyebabkan pelbagai pihak membuat spekulasi kemungkinan Anwar mahu mengadakan satu pilihan raya kecil untuk kerusi Penanti yang kini diwakili Fairus.
Setiausaha Agung DAP itu berkata, pelbagai persoalan juga timbul selepas Anwar mengumumkan pengganti Fairus mesti seorang ADUN berbangsa Melayu.
“Ramai persoalkan kenapa ADUN Sungai Bakap, Maktar Shapee tidak dilantik terus menjadi TKM 1 kerana beliau sahaja ADUN Melayu PKR yang belum dilantik dalam barisan kepimpinan kerajaan negeri.
“Ada sesetengah pihak mempersoalkan kelewatan tindakan Anwar itu kerana hanya terdapat dua calon yang sesuai untuk menggantikan Fairus iaitu Maktar dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kasim,” katanya.
Menurutnya, segala persoalan itu akan terjawab dengan pengumuman Anwar kelak sambil berharap semua pihak dapat menunggu dengan sabar.
“Sehingga itu, saya akan mengambil alih tugas dan portfolio Fairus dengan dibantu oleh barisan Exco kerajaan negeri bila diperlukan.
“Saya juga berharap Anwar dapat membuat keputusan dengan cepat untuk me:nyelesaikan segala masalah berbangkit selepas peletakan jawatan Fairus berkuatkuasa 8 April lalu,” katanya.
:Jawatan TKM1 kosong sejak pengumuman perletakkan jawatan Mohammad Fairus dengan alasan melanjutkan pelajaran.
Sumber : Sinar Harian
PS : Banyaknya masalah, bila nk selesai ni?
Keputusan PRK Bukit Gantang (Penuh)
>> 15 April 2009
baca lagi : sini
Kesimpulannya; Kawasan yang peratusannya pengundi Cina ramai lebih cenderong menyokong PAS. Itulah hikmah pemberian dan pajakan tanah 999 tahun kepada kampung Cina.
Apapun, peratusan undi Melayu meningkat kepada BN..
Wassalam...
Jangan putar belit kenyataan saya: Muhyiddin
>> 14 April 2009
PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, meminta media tidak memutarbelitkan kenyataannya mengenai kemerosotan sokongan masyarakat Cina kepada Barisan Nasional (BN)dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak baru-baru ini.
"Janganlah sengaja nak membangkitkan isu untuk orang marah saya, (kononnya) sebagai TPM, (saya) tidak menghargai sumbangan masyarakat Cina. Pernah ke kita kata begitu?" katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat daripada pegawai-pegawai kanan Kementerian Pelajaran di sini hari ini.
Beliau sebelum itu menerima nota serah tugas sebagai Menteri Pelajaran daripada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang kini Menteri Dalam Negeri.MCA dan Gerakan dilaporkan melahirkan rasa tidak senang dengan kenyataan beliau bahawa kemerosotan sokongan masyarakat Cina seolah-olah menunjukkan bahawa masyarakat Cina tidak menghargai apa yang BN telah lakukan untuk mereka.
Muhyiddin berkata, beliau telah bercakap dengan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, yang menyatakan bahawa tidak ada apa-apa yang salah dengan kenyataannya itu.
"Saya rasa akhbar bahasa Cina tersalah lapor, sehingga saya dipandang serong oleh masyarakat Cina. Itu adalah sesuatu yang serius," katanya.Muhyiddin berkata, beliau menganalisis kedudukan di Bukit Gantang selepas turun berkempen serta membantu dan menjelaskan banyak perkara tetapi apabila dilihat kepada keputusannya, sokongan kaum Cina kepada BN di situ merosot dari tahun 2008.
"Bagi saya itu adalah serius walaupun kita cuba menyelesaikan masalah (kaum Cina) dan sebagainya, seolah-olah apa yang kita cuba selesaikan tidak dihargai...dalam konteks itu," katanya.
Muhyiddin berkata, bedah siasat bagi setiap pilihan raya kecil yang diadakan perlu dibuat dan dianalisis dengan berterus-terang.
"Kita tidak mahu sembunyikan apa-apa. Jika kaum Cina nampaknya tidak menyokong, tentulah ada sebabnya," katanya. - Bernama
Komen saya :
Ada kemungkinan sokongan dari kaum Cina & India adalah disebabkan oleh kepincangan dalam kelompok parti seperti MCA dan MIC.
Dan boleh di ramalkan juga, sokongan kaum Cina lebih kepada PAS (PR) mungkin disebabkan oleh kelebihan bekas MB Perak memberikan tanah selama 999 tahun dan 99 tahun kepada Kilang-kilang dan industri.
Pendek kata; Jika BN kalah pun, infrastruktur & kemudahan lain tetap dapat di nikmati juga, apatah lagi jika menang. TETAPI jika PAS disokong dan di menangkan, kedua-dua kaum ini akan dapat lebih dari yang ada. Kerana kita sedia maklum, parti PAS atau PR rela membuat apa sahaja untuk mendapatkan undi dari kedua-dua kaum ini, walaupun terepaksa bergadai.
Wassalam
Kabinet Baru Rakyat
>> 09 April 2009
KUALA LUMPUR 9 April - Berikut ialah senarai penuh barisan Kabinet baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi.
PERDANA MENTERI : Datuk Seri Najib Tun Razak
TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin
JABATAN PERDANA MENTERI:
Menteri:
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)
Timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr. Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T. Murugiah
KEMENTERIAN KEWANGAN:
Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan Menteri:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr. Awang Adek Hussin
KEMENTERIAN PELAJARAN:
Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Menteri:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr. Mohd Puad Zarkashi
KEMENTERIAN PENGANGKUTAN:
Menteri: Datuk Ong Tee Keat
Timbalan Menteri:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew
KEMENTERIAN PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Menteri: Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin
KEMENTERIAN DALAM NEGERI:
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat
KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Menteri: Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim
Timbalan Menteri:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie
KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Menteri: Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan Menteri: Noriah Kasnon
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Menteri: Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan Menteri:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI:
Menteri: Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan Menteri:
1. Datuk Dr. Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah
KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Menteri: Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Menteri: Datuk Dr. Maximus Ongkili
Timbalan Menteri: Fadillah Yusof
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Menteri: Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup
KEMENTERIAN PELANCONGAN:
Menteri: Datuk Ng Yen Yen
Timbalan Menteri: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Menteri: Datuk Noh Omar
Timbalan Menteri:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim
KEMENTERIAN PERTAHANAN:
Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
KEMENTERIAN KERJA RAYA:
Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng
KEMENTERIAN KESIHATAN:
Menteri: Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN:
Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA:
Menteri: Datuk Dr S.Subramaniam
Timbalan: Datuk Maznah Mazlan
KEMENTEIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Menteri: Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Menteri: Datuk Kong Cho Ha
Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Menteri: Datuk Seri Sharizat Jalil
Timbalan Menteri: Datin Paduka Chew Mei Fun
KEMENTERIAN LUAR:
Menteri: Datuk Anifah Aman
Timbalan Menteri:
1. A. Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong
KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN:
Menteri: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan Menteri: Datuk M. Saravanan
--------
PS : Tahniah utk Tok Pa dan Awang Adek
Keputusan Rasmi : BN Menang di Batang Ai
>> 07 April 2009
LUBOK ANTU: Calon Barisan Nasional (BN), Malcolm Mussen Lamoh menang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air dengan memperoleh majoriti 1,854 undi mengalahkan pencabarnya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Jawah Gerang.
Malcolm Mussen memperoleh 3,907 undi, manakala calon PKR, Jawah Gerang hanya mendapat 2,053 undi.
Pengumuman keputusan pilihan raya itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Nelson Mujah Girie tepat jam 7.45 malam di Pusat penjumlahan undi Kompleks Sukan Lubok Antu, di sini.
Pendedahan Besar atau Penipuan Besar
>> 05 April 2009
Datuk Seri Anwar Ibrahim, membuktikan beliau masih hebat berceramah apabila berjaya menarik lebih 7,000 membanjiri dalam dan luar Dewan Hock Seng, Sungai Lalang dalam kawasan DUN Bukit Selambau, Sungai Petani Sabtu malam.
Walaupun renyai-renyai,orang ramai terutama ahli dan penyokong PKR, DAP dan PAS mula berpusu-pusu sejak jam 8 malam kerana sejak Sabtu sudah heboh kononnya Ketua Pembangkang itu akan bikin gempar untuk umum satu perkara yang cukup besar.
Antaranya,orang kanan Penasihat PKR itu,Saifuddin Nasution ingatkan para wartawan bahawa para pengarang mereka pasti marah jika tak datang ke ceramah itu kerana sesuatu yang gempar pasal Datuk Seri Najib Tun Razak akan didedahkan oleh Anwar malam itu.
Menunggulah semua mereka dengan setia sambil mendengar beberapa pemimpin pembangkang bersilih ganti berceramah menghentam kerajaan termasuk ahli parlimen PKR Padang Serai, S.Gobalakrishnan.
Beliau mendakwa ada laporan polis oleh seorang individu di Kuah, Langkawi, Sabtu terhadap calon BN, Datuk S.Ganesan yang dikatakan melesapkan duit pembeli rumah pada tahun 1999.
Anwar hanya tiba di dewan itu kira-kira jam 11.15 malam.
Suasana dalam dewan masa ceramah Anwar di Bukit Selambau ketika ada gimik ' pendedahan gempar' pada sebelah malam Sabtu.
Bagaimanapun, Ketua Umum PKR itu yang hebat berucap juga hebat memperdaya lebih 7,000 orang yang tidak berganjak untuk mendengar pendedahan besar di majlis itu.
Kesimpulan, semua yang hadir tanpa disedari tertipu kerana Anwar tidak mendedahkan apa-apa yang mengejutkan hingga ke akhir ceramah berkempen bagi calon PKR, S.Manikuar sebaliknya berkata, akan buat demikian lepas menang tiga pilihanraya kecil ini.
“Kita sudah bincang semalam dan kita jangka.. kalau kita buat pengumuman itu malam ini, risikonya besar. Sebab itu saya mahu pada 7 haribulan, kita menang di Bukit Selambau, menang di Bukit Gantang dan menang di Batang Ai, dan saya akan buat pengumuman itu,” katanya.
Jelas Anwar hanya bikin gimik untuk lihat betapa ramai yang mahu mendengar ceramahnya selepas ada dakwaan mengatakan beliau tidak dilayan oleh penduduk Iban di Batang Ai ketika berkempen di kawasan itu beberapa hari lalu.
Pengesahan pelantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri baru dan penyertaan semula Tun Dr Mahathir Mohamad serta dua ahli keluarganya ke dalam parti UMNO, sedikit sebanyak turut menjejaskan beliau dan pembangkang.
Tidak hairanlah, dalam ceramah di tempat sama tengahari Sabtu yang hanya dihadiri kira-kira 150 orang. Beliau meminta Agendadaily bertanya UMNO, apabila diaju soalan sama ada tindakan Dr Mahathir itu akan memberi kesan kepada pembangkang.
Dalam ceramahnya malam tadi, Anwar seperti kempen di tempat lain di Bukit Selambau kerap memuji bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang memberi tanah kepada masyarakat Cina.
Turut dipujinya Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang setuju PKR letak calon India di Bukit Selambau walaupun kerusi itu diperuntukkan untuk calon Melayu serta setuju Manikumar dilantik Exco jika menang pada 7 April nanti.
Selain itu, Anwar mengakui mempertahankan Hindraf yang diharamkan kerajaan atas alasan kononnya pertubuhan haram itu ada prinsip dan memperjuangan hak kaum India yang katanya, tidak dilakukan MIC.
Meneliti secara umum ceramahnya, Ketua Pembangkang itu dilihat cuba melaga-lagakan UMNO dengan parti komponen terutama MIC, MCA dan Gerakan kononnya parti itu tidak respons dengan tindakan kerajaan roboh kuil dan tidak sokong Nizar beri tanah pada kaum Cina di Perak.
Sebelum beliau berucap, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Datuk Johari Abdul sengaja bikin gempar umum Naib Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), V Datuk Nagarajan menyertai PKR bersama 6,000 ahli.
Katanya, semua ahli itu daripada lapan bahagian membabitkan 62 cawangan PPP di Kedah yang dibubarkan dan dakwanya di Bukit Selambau sahaja 1,500 ahli PPP.
Seperti bosnya, Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani juga cuba tipu bila Agendadaily apabila ditanya betulkan ‘benda gempak’ hendak diumumkan adalah berita pemimpin PPP nak lompat sertai PKR.
Johari yang ditanya soalan itu sebelum Anwar berucap, dengan muka pura-pura terkejut, beliau yang jadi pengerusi majlis kata, “tak tau”.
Dalam pengumuman itu, beliau dakwa lapan bahagian PPP yang dibubarkan itu ialah Alor Star, Kubang Pasu, Kuala Kedah, Pokok Sena, Kulim, Baling, Sungai Petani dan Merbok.
Nagarajan kemudiannya menyerahkan borang keahlian untuk menyertai PKR kepada Anwar.
Johari juga mengumumkan kemasukkan ketua UMNO cawangan Kampung Jerai, Marzuki Md Akib bersama 51 ahli cawangan tersebut menyertai PKR.
Turut menyertai PKR malam ini ialah pemimpin masyarakat siam di Bukit Selambau, Nao Bai Seong bersama 100 orang masyarakat Siam.
Selesai majlis itu kedengaran ada orang ramai yang datang mengeluh kerana sedar ‘kena goreng’ dengan Anwar dan pembangkang,Malah mereke turut tidak percaya PPP ada 6,000 ahli di Kedah.
Barangkali mereka terfikir, kalau benar ada 1,500 ahli parti itu di DUN Bukit Selambau dan sertai PKR, tentu ramai antaranya hadir sebagai bukti bahawa mereka sudah sertai PKR.
Dalam hal ini, teringat ungkapan PORAHH!!! yang kerap ditutur Anwar ketika bercakap menghentam pemimpin kerajaan di Bukit Selambau dan mungkin juga di Bukit Gantang tetapi dalam kes orang ramai yang tertipu malam ini, ungkapan itu lebih sesuai ditujukan padanya.
Teringat juga ceramah Anwar di Taman Laguna Merbok, malam Jumaat yang kata, orang Iban lebih pandai daripada orang sini (Bukit Selambau). Maka tidak hairanlah pada malam tadi semua kena tipu.- 4/4/2009
Agenda DailyNajib buat lawatan mengejut sekitar Kuala Lumpur
Tanpa permaidani merah dan tanpa bunga manggar, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membuat lawatan mengejut di sekitar ibu negara bagi bertemu dan mengetahui masalah rakyat biasa.
Beliau yang memakai baju khaki lengan pendek berwarna hijau cair dan seluar khaki berwarna coklat cair meluangkan masa kira-kira dua jam di kawasan perniagaan di Petaling Street, kawasan perumahan kos rendah dan sederhana Vista Angkasa di Bukit Kerinchi, Bangsar serta deretan kedai di Jalan Tun Sambathan, Brickfield.
Najib tiba di Petaling Street pada pukul 3.25 petang dan bersalaman serta berbual dengan para peniaga di situ yang terdiri daripada masyarakat Cina.
Beliau tidak menghampakan harapan untuk bersalaman dengan orang ramai termasuk menghulurkan tangan kepada seorang kelindan lori yang menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya ketika sedang memunggah barang di atas sebuah lori.
Ada yang bertepuk tangan, ada yang melambai tangan, ada yang mengambil gambar dan ada juga yang menceritakan terus kepada Najib mengenai masalah mereka.
"Baguslah kalau pemimpin selalu jumpa rakyat," kata peniaga Lim Teck Heng, 47, ketika ditemuramah BERNAMA.
Setelah berada 20 minit di situ, Najib terus ke Vista Angkasa dan tiba di destinasi kedua itu pada pukul 3.55 petang untuk bertemu dengan para penduduk perumahan kos rendah dan sederhana itu.
"Saya lakukan lawatan tidak rasmi dan lawatan mengejut. Cuma orang tertentu sahaja diberitahu. Saya maklumkan kepada Zulhasnan (Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique) saya tak mahu permaidani merah, tak mahu bunga manggar.
"Lawatan saya adalah untuk berjumpa dengan rakyat biasa bagi mengetahui masalah rakyat biasa," katanya kepada para penduduk di situ.
Najib berkata kerajaan telah meluluskan peruntukan RM6.1 juta untuk kerja-kerja penambahbaikan kawasan perumahan itu yang terdiri daripada 1,050 unit rumah jenis apartmen dengan 196 unit kos rendah dan bakinya kos sederhana.
Daripada peruntukan itu, RM2.8 juta untuk mengecat bangunan, RM1.3 juta membaiki bumbung, RM1 juta membaiki sistem pelindung kilat, RM600,000 untuk menggantikan lif serta RM400,000 untuk membaiki sistem telekomunkasi.
Najib berkata hak milik strata bagi kawasan perumahan itu akan dikeluarkan setelah kerja-kerja penambahbaikan selesai dan kerja-kerja itu akan dilakukan dengan segera dan siap beberapa bulan lagi.
Beliau percaya langkah itu dapat memberi banyak kelegaan kepada para penghuni.
"Inilah contoh keperihatinan kerajaan, nak laksanakan apa termampu agar rakyat dapat pembelaan terbaik. Ia juga sejajar dengan konsep Satu Malaysia dengan rakyat diutamakan dan pelaksanaan disegerakan," katanya.
Selain berbual-bual dengan para penduduk di situ yang kebanyakannya masyarakat Melayu, Najib turut meninjau kawasan perumahan itu. Beliau berada di situ selama 20 minit.
"Bila pemimpin datang, baru dia tahu masalah kita orang," kata Othman Ahmad, 58, penduduk di situ.
Pada 4.20 petang, Najib melawat deretan kedai di Jalan Tun Sambathan dan bertemu dengan para peniaga terdiri daripada masyarakat India serta orang ramai di situ.
Beliau sempat singgah makan dan minum di sebuah restoran di situ.
Najib kelihatan makan sedikit putu mayam, tosai beralaskan daun pisang dan minum air teh "O" ais limau.
Beliau meninggalkan kawasan itu kira-kira pukul 5 petang. Zulhasnan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Fuad Ismail turut mengikuti Najib dalam lawatan ketiga-tiga kawasan itu.
"Saya terkejut dia (Najib) datang. Siapa sangka semalam angkat (sumpah), hari ini sudah mari," kata G. Subramaniam, 20, seorang penduduk di situ.
Peniaga warung R. Puvaneswaran, 37, berkata beliau gembira dapat melihat wajah Perdana Menteri dari dekat.
"Saya juga gembira, ramai (tahanan) ISA dapat keluar. Ada tiga saudara saya," katanya.
Seorang lagi penduduk di situ A. Parameswari, 50, berkata pemimpin mesti selalu turun bawah dan menjaga kepentingan semua rakyat.- 4/4/2009
PS : Tahniah Dato Sri... Teruskan bersama rakyat
Selamat Pulang TDM dan Keluarga
>> 04 April 2009
PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menyertai semula Umno hari ini berkata hati beliau tetap bersama Umno selama berada di luar parti hampir setahun lalu.
Bekas Presiden Umno itu berkata, tegurannya terhadap parti selama itu adalah untuk membina dan bukannya untuk menghancurkan parti.
"Walaupun berada di luar Umno, hati ada dalam Umno," katanya kepada pemberita di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri, Sri Satria di sini, tengahari tadi.
Terdahulu, Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, bersama anak mereka, Datuk Mokhzani, menyerahkan borang keahlian untuk menyertai semula Umno kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Dua lagi anak Dr Mahathir iaitu Datuk Mukhriz dan Datuk Mirza turut hadir pada majlis itu.
Dr Mahathir keluar Umno pada 19 Mei tahun lalu selepas hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap parti yang pernah dipimpinnya selama 22 tahun.
Mengenai kaitan penyertaan semula beliau dalam Umno semasa pentadbiran Tun Abdul Razak Hussein dan kini semasa pentadbiran anak Perdana Menteri kedua itu, Dr Mahathir secara berseloroh berkata:
"Itu pakatan kekeluargaan yang tidak disengajakan".
Dr Mahathir pernah disingkirkan daripada Umno di zaman pentadbiran Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, pada 26 September 1969 kerana mengkritik kepimpinan Presiden Umno itu.
Beliau diterima masuk semula Umno pada 1972.
Ditanya peranan yang akan dimainkan beliau kelak, Dr Mahathir percaya seseorang pemimpin harus membantu Umno selepas bersara dan bukannya berpisah dengan Umno.
Mengenai jawatannya dalam Umno atau kerajaan kelak, Dr Mahathir berkata: "Tak payah".
PS: Selamat pulang tun, semoga dipanjangkan umur, murah rezeki dan sihat ceria selalu..
Gambar Jentera BN, Berkhidmat Untuk Rakyat






Read more...
Anwar akui Najib Paling Cerdik
>> 01 April 2009
SUNGAI PETANI – Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Rakyat, Mohd Ezam Mohd Noor mendedahkan mengapa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memfitnah dan memburukkan bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah kerana beliau adalah orang paling cerdik dalam UMNO.Read more...
Mohd Ezam turut mendedahkan bahawa kepimpinan UMNO yang baru dilantik adalah barisan kepimpinan idaman Anwar ketika beliau dalam UMNO dahulu.
“Anwar mengatakan kepada saya (semasa menjadi pembantu Anwar), antara yang paling cerdik, yang beliau iktiraf ialah Najib (ketika itu Naib Ketua Pemuda UMNO)," katanya ketika berceramah di Bukit Selambau di sini.
Ezam merupakan bekas Setiausaha Politik dan Setiausaha Sulit kepada Anwar, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, dipecat pada September 1998.
Beliau merupakan antara penceramah tetamu tetap UMNO dalam pilihan raya kecil sejak pilihan raya kecil di Parlimen Permatang Pauh Ogos lalu dan Parlimen Kuala Terengganu Januari lalu.
Selain Najib, kata Mohd Ezam, Anwar turut mengakui Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dua Naib Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein adalah antara pemimpin UMNO sebagai pemimpin bijak dan terbaik.
Mohd Ezam berkata, Anwar pernah menganggap keempat-empat pemimpin utama UMNO ini adalah antara pemimpin UMNO yang menjadi sebahagian dalam pasukan idamannya sekiranya menerajui kerajaan dahulu.
"Kenapa dia (Anwar) protes Datuk Seri Najib? Sebab dia takut. Sebab apa dia paling takut Datuk Seri Najib? Sebab beliau adalah yang paling cerdik,” katanya.
Menurutnya, Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tidak harus mempertikaikan keupayaan kepimpinan baru kerana pemimpin Malaysia yang terbaik ketika ini.
“Kenyataan ini bermakna Anwar pernah mengakui, mereka ini merupakan pemimpin terbaik UMNO yang ada pada masa itu dan kini kesemua mereka sudah menerajui UMNO. Apa lagi Anwar nak kata,” katanya.
Mohd Ezam berkata, pemimpin-pemimpin UMNO yang baru sahaja dipilih menerajui parti pada pemilihan Khamis lalu adalah pasukan terbaik yang pernah ditampilkan UMNO dalam masa 10 tahun ini.
“Sebab itu, saya minta orang Melayu beri peluang kepada UMNO untuk lakukan perubahan melalui pimpinan baru ini.
“Saya tidak kata UMNO parti yang sempurna tetapi kekuatan UMNO adalah kerana ia nampak kelemahan dan segera lakukan perubahan,” katanya.
Sumber : Sinar Harian