Jangan putar belit kenyataan saya: Muhyiddin

>> 14 April 2009

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, meminta media tidak memutarbelitkan kenyataannya mengenai kemerosotan sokongan masyarakat Cina kepada Barisan Nasional (BN)dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak baru-baru ini.

"Janganlah sengaja nak membangkitkan isu untuk orang marah saya, (kononnya) sebagai TPM, (saya) tidak menghargai sumbangan masyarakat Cina. Pernah ke kita kata begitu?" katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat daripada pegawai-pegawai kanan Kementerian Pelajaran di sini hari ini.

Beliau sebelum itu menerima nota serah tugas sebagai Menteri Pelajaran daripada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang kini Menteri Dalam Negeri.

MCA dan Gerakan dilaporkan melahirkan rasa tidak senang dengan kenyataan beliau bahawa kemerosotan sokongan masyarakat Cina seolah-olah menunjukkan bahawa masyarakat Cina tidak menghargai apa yang BN telah lakukan untuk mereka.

Muhyiddin berkata, beliau telah bercakap dengan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, yang menyatakan bahawa tidak ada apa-apa yang salah dengan kenyataannya itu.

"Saya rasa akhbar bahasa Cina tersalah lapor, sehingga saya dipandang serong oleh masyarakat Cina. Itu adalah sesuatu yang serius," katanya.

Muhyiddin berkata, beliau menganalisis kedudukan di Bukit Gantang selepas turun berkempen serta membantu dan menjelaskan banyak perkara tetapi apabila dilihat kepada keputusannya, sokongan kaum Cina kepada BN di situ merosot dari tahun 2008.

"Bagi saya itu adalah serius walaupun kita cuba menyelesaikan masalah (kaum Cina) dan sebagainya, seolah-olah apa yang kita cuba selesaikan tidak dihargai...dalam konteks itu," katanya.

Muhyiddin berkata, bedah siasat bagi setiap pilihan raya kecil yang diadakan perlu dibuat dan dianalisis dengan berterus-terang.

"Kita tidak mahu sembunyikan apa-apa. Jika kaum Cina nampaknya tidak menyokong, tentulah ada sebabnya," katanya. - Bernama


Komen saya :

Ada kemungkinan sokongan dari kaum Cina & India adalah disebabkan oleh kepincangan dalam kelompok parti seperti MCA dan MIC.

Dan boleh di ramalkan juga, sokongan kaum Cina lebih kepada PAS (PR) mungkin disebabkan oleh kelebihan bekas MB Perak memberikan tanah selama 999 tahun dan 99 tahun kepada Kilang-kilang dan industri.

Pendek kata; Jika BN kalah pun, infrastruktur & kemudahan lain tetap dapat di nikmati juga, apatah lagi jika menang. TETAPI jika PAS disokong dan di menangkan, kedua-dua kaum ini akan dapat lebih dari yang ada. Kerana kita sedia maklum, parti PAS atau PR rela membuat apa sahaja untuk mendapatkan undi dari kedua-dua kaum ini, walaupun terepaksa bergadai.


Wassalam

0 comments:

Catat Ulasan

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP