Lagi Drama Pakatan Pembangkang

>> 30 April 2009


AWANG tidak hairan apabila Pemuda Pas Pulau Pinang mahu meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Penanti akhir bulan ini walaupun PKR, rakan dalam pakatan pembangkang, telah mengumumkan calonnya kelmarin.

Alasan Pemuda Pas mudah, ia permintaan akar umbi yang mahukan Pas mengambil balik kawasan itu.

Itulah realiti sebenar hubungan sesama parti dalam pakatan pembangkang Pas-PKR-DAP. Cukup rapuh dan ia amat sukar disembunyikan. Itu belum lagi kita melihat perbezaan dasar dan asas dalam perjuangan mereka.

Bagi Awang isu yang dibangkitkan oleh Pemuda Pas tersebut sebenarnya turut mendedahkan betapa keputusan PKR meletakkan calonnya lagi di kawasan itu tidak mendapat mandat padu daripada rakan politiknya.

Awang tetap percaya kesepakatan dalam pakatan pembangkang akan terus berjalan dalam bentuk yang tidak ke mana kerana asas perjuangan mereka bercanggah. Ia sekadar untuk menentang Barisan Nasional, tidak lebih daripada itu.

Apa pun, lebih 15,000 pemilih di Penanti akan berpeluang membuat penilaian baru terhadap gandingan Pas-PKR-DAP, jika ada pertandingan pada 31 Mei ini.

Awang – Tidak terkejut

--------------

Komen dari saya;

1. PKR meletakkan (mengumumkan) calonnya lebih awal kali ini.
2. PAS pula mahu meletakkan calon pilihan akar umbi dari PAS sendiri.
3. DAP pula tak puas hati dengan cara anwar dalam isu Fairus.
4. Di sini kita boleh lihat mereka ini seolah-olah bercakaran dan saling tak puas hati. (ada kemungkinan mereka mahu menutup beberapa kes menarik seperti isu Ely + Helmi, Fairus dan sebagainya). Drama ini boleh memesongkan pemikiran rakyat dari isu panas kepada perbalahan dalam Pakatan Pembangkang.

Pada hemah saya;
1. Ini mungkin drama terbaru anwar selepas beberapa episod dramanya yang lepas-lepas mendapat taraf 'temberang'.
2. Ada kemungkinan... beberapa hari sebelum penamaan calon, PKR akan batalkan calonnya dan memberikan laluan kepada PAS. Supaya menampakkan mereka saling merelakan atau mengalah serta menghormati rakan seangkatan. Mungkin DAP juga akan mengikut sama. Ini boleh menarik semula undi kepada mereka.
3. Dengan cara ini, pro-kerajaan akan memainkan isu 'perbalahan' dan bukan isu panas. Tapi perbalahan akan 'di tamatkan'.
4. Mungkin juga anwar mahu 'menarik' perhatian kepada kumpulannya (erdogan) dalam muktamar PAS nanti..

Ini adalah dalam batas pemikiran saya sahaja..

Wassalam..

0 comments:

Catat Ulasan

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP