PAS kena belajar dari DAP

>> 02 Julai 2009


Kelonggaran dalam Pakatan PKR-DAP-PAS semakin terserlah. Isu DAP memberikan amaran demi amaran kepada Pas semakin menjadi-jadi. Mana taknya, terbaru, DAP mahu keluar dari bergabung dengan PAS-PKR di Kedah gara-gara 'isu babi'.

Kata saudara Meli dalam blognya;

Bila ada pimpinan Pas cuba menghalalkannya dalam konsep kerjasama PAS-DAP tetapi mengharamkan dan menolak kerjasama dengan Umno, bagi saya ianya adalah sesuatu yang amat pelik dan sangat janggal, malah sukar untuk dicari sebab macam mana gulai sekawah yang seratus peratus halal dipandang jijik, gulai yang bercampur antara daging halal dengan yang tidak halal pula boleh pecah lior.

Bagi saya, ini menunjukkan Pas jadi pak turut dalam pakatan pembangkang. Walhal Presiden Pas pernah berkata, tiada ketua dalam pakatan.

Katanya lagi;

Maknanya, adalah sesuatu yang mustahil untuk PAS-DAP mampu mengekalkan ikatan kerjasama dalam PR untuk tempoh lebih dari satu penggal kerana ketidak-sehaluan tujuan dan matlamat berparti politik dan berpolitik kedua-dua yang sangat ketara. Kalau dengan Parti Melayu Semangat 46 (S46) yang sesama sebangsa dan seagama pun PAS boleh bercerai berai, mana mungkin dengan DAP yang menentang Islam secara terang-terang, Pas boleh tidur sebantal.

Isu kerajaan perpaduan, Pas awal-awal lagi kena 'fire' oleh DAP kerana mengilhamkan kerajaan perpaduan dengan Umno-BN. Pas nampaknya takut dengan 'abang besar mereka'. Akhirnya mereka (PAS) menikus dan menolak kerajaan perpaduan yang diilhamkan presidennya.

Hanya kerana kes merobohkan pusat penyembelihan dan pelapahan babi yang dikatakan dibina secara haram di kawasan kampung Melayu, DAP Kedah bertindak keluar dari PR Kedah atas alasan kerajaan PR Kedah terajuan Datuk Seri Azizan Abdul Razak dari PAS gagal memberi keadilan kepada semua masyarakat di negeri berkenaan.

Berdasarkan kenyataan Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su yang disiarkan oleh media cetak dan elektoronik, tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) yang meroboh pusat penyembelihan dan pelapahan babi dalam kawasannya bukan kes tunggal yang menyebabkan DAP Kedah bertindak keluar dari PR negeri berkenaan.

Ini terbukti apabila Su berkata banyak isu yang mengguris perasaan rakyat di negeri itu, antaranya termasuklah apabila kerajaan negeri tetap berkeras menaikkan kuota 50 peratus kepada pembeli rumah bumiputera di negeri bekenaan di samping isu perobohan pusat penyembelihan dan pelapahan babi yang kononnya membawa unsur negatif kepada rakyat negeri berkenaan.


Dan pada pendapat saya juga, Datuk Nik Abdul Aziz serta Pas sepatutnya kena belajar dengan Ustaz Azizan (MB Kedah). Jangan pandai mengikut PKR-DAP sahaja.

PS : Kalau betul pertahankan Islam, kena berani walaupun orang kafir letak mata pedang di leher!!!

PAS kena belajar dari DAP, kena berani mempertahankan apa yang telah termaktub dalam parti. Jangan takut 'gertakan' dari DAP.

0 comments:

Catat Ulasan

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP