Seloka : Umno Tidur Lagi Ke?

>> 28 Februari 2010


Pulau Langkawi syurga membeli-belah
Tapi sejak minyak naik turun barang-barang semakin murah

Datuk Pengerusi saya minta izin nak cakap dalam bahasa tua
Kalau bukan ikut frasa saya nak sedap suku kata,
Saya nak hayun dalam seloka
Apa yang saya kata semuanya benar belaka

Kepada Datuk Najib bakal Perdana Menteri,
Dalam sebuah kapal seorang saja jurumudi,
Jangan dok selalu dengar penasihat kanan atau kiri
Kena banyak ambil kira kehendak akar umbi

Tahun 2008 dah jadi 2009
Dulu rambut hitam la dah beruban
Banyak makanan sedap dah tak boleh makan
Tu pun tak mau lepas jawatan Ketua Bahagian

Kita kalah pilihan raya jangan dok salah sapa-sapa
Ini balasan Allah kerana kita sendiri punya angkara
Kita terlalu tamak, sombong dan gila kuasa
Teguran akar umbi kita tak ambil kira

Rakyat kata menteri kita tak selesai masalah
Ada saja isu menteri dok cari helah
Menyebabkan rakyat tak tentu arah
Mai pilihan raya Barisan Nasional depa tak pangkah

Baru-baru ni kerajaan kuat kuasa satu peraturan
Tak dan dua hari dia boh "gear gostan"
Suruh tukar penggunaan plastik tong ikan
Nelayan yang miskin pun depa tak kasihan

Kat Menteri Penerangan saya nak pesan
Jangan mudah kita termakan umpan
Berdebat berbuih mulut pun bukan ada kesan
Buktinya kita kalah di dua pilihan raya kecil di dua kawasan

Saya nak tanya kat Menteri Kerja Raya
Siap jalan baru dia bubuh tanda selekoh bahaya
Kalau tahu jalan tu bahaya dok buat buat apa
Lepas tu kita kalut banyak kereta dok berlaga

Penyokong-penyokongnya pula rasa kecil hati
Depa setuju pakat buang pangkah undi
Tujuan nak bagi kalah hanya satu dua kerusi
Mai keputusan pi lima buah negeri

Yang Amat Berhormat Datuk Najib ini pelajaran yang pertama
Sebelum tentu calon, risik-risik dan banyak bertanya
Kalau dok letak juga calon yang akar umbi tak terima
Alamat lima tahun lagilah kita akan merah telinga

Dari warung kopi hingga ke hotel berbintang
Orang dok bercakap Umno dan politik wang
Kata depa gejala ini kalau tak dihalang
Alamat Umno nak jatuh terkangkang

Di negeri Kedah kami jadi pembangkang
Timbul isu buruk depa dok tuduh kita yang rancang
Kita dah sah ikut depan, dak..dia syok ikut belakang
Kita hantar SMS depa hantar gambar telanjang

Mulai sekarang kita mesti berusaha
Sikit berpolitik banyak buat kerja
Kalah atau menang kawasan mesti dijaga
Baru boleh dapat balik lebih dua pertiga.

............................................

Sedikitkan Berpolitik, banyakkan buat kerja

Wakil dari Kedah di Perhimpunan Agong UMNO, 2009

0 comments:

Catat Ulasan

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP