Malaysia’s Anwar Ibrahim: Wolfowitz’s Knife in Asia’s Back (In Bahasa)

>> 28 Februari 2010

Malaysia’s Anwar Ibrahim: Wolfowitz’s Knife in Asia’s Back. Disiar dalam majalah the Executive Intelligence Review (EIR)pada 29 April 2005

Oleh Mike Billington


(Artikel asal) http://www.larouchepub.com/eiw/public/2005/2005_10-19/2005_10-19/2005-17/pdf/60-62_17_int.pdf

------------------------

Anwar Ibrahim Malaysia : Pisau Milik Wolfowitz di Belakang Negara Asia

oleh Mike Billington, EIR.

Serentak dengan pengesahan oleh Paul Wolfowitz untuk memegang jawatan Pengerusi Bank Dunia, (secara logiknya boleh dipersoalkan kerana beliau berada di dalam satu jawatan yang membenarkannya membunuh lebih ramai manusia daripada apa yang telah dilakukannya di Jabatan Pertahanan), kawan lama Wolfowitz, Anwar Ibrahim dari Malaysia, telah muncul semula dalam kancah politik dunia.

Apabila Anwar dibebaskan pada tahun lepas selepas berada selama 6 tahun di dalam penjara di Malaysia, dia terus menuju ke German, dan Wolfowitz meluangkan masa dari rutin hariannya yang sibuk di PENTAGON untuk bersama-sama rakan lamanya di Eropah.

Pada 5 April, Sekolah Lanjutan untuk Pengajian Antarabangsa (School for Advanced International Studies-SAIS), Johns Hopkins University, Washington menganjurkan majlis untuk ucapan pertama Anwar di Amerika Syarikat selepas dibebaskan dari penjara, Anwar telah diumumkan sebagai Sarjana Pelawat di SAIS sebaik sahaja Anwar menamatkan catatan diari penjaranya.

Pada tahun 1990-an, Wolfowitz telah bertugas sebagai Pengarah SAIS sebelum menyertai Pentadbiran George W. Bush sebagai Timbalan Setiausaha Pertahanan, beliau telah menjadi peneraju dalam melaksanakan perang ke atas negara lain terlebih dahulu untuk perlindungan (pre-emptive war), melaksanakan “demokrasi” ke atas negara sasaran melalui cara ketenteraan.

Pada 1995, Anwar telah menjadi tetamu Wolfowitz di SAIS dan Anwar telah disambut sebagai seorang pejuang yang telah pulang.

Institusi-institusi yang lain Washington yang berkaitan dengan rangkaian operasi perisikan ‘masyarakat social’ National For Endownment of Democracy (NED) juga telah memberi penghormatan kepada Anwar dengan memberi anugerah sebagai "Democrat of The Year".

Apabila diberitahu mengenai pelantikan Anwar di SAIS, seorang pegawai Kerajaan Malaysia telah mengeluh dengan menagatakan, “ Ah, inilah caranya untuk Amerika Syarikat merancang untuk menaja kegiatan subversif di Malaysia!”.

Wolfowitz, mengetuai pelaksanaan neo-konservatif untuk American Empire selama beberapa dekad yang lepas, menggunakan Anwar sebagai salah satu senjata di Asia, yang bertujuan untuk menggagalkan keperluan penyatuan tindakan untuk Negara Asia dan Eropah dalam menghadapi kejatuhan dolar dan sistem kewangan berpusat oleh International Monetary Fund (IMF). Sasaran utama adalah China.

Rancangan Wolfowitz adalah untuk menimbulkan kekacauan dalam Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) dan pakatan yang sedang terbentuk bersama China, dengan menjadikan Indonesia menentang Malaysia, kedua-dua buah negara ini berada di tengah-tengah ASEAN. Anwar memainkan peranannnya di dalam rancangan ini.

Anwar menjadi terkenal di serata dunia selepas serangan spekulatif terhadap ekonomi Asia pada 1997-1998 oleh George Soros dan ‘rakan serigala’ yang ditaja olehnya. Ketika Indonesia dan ekonomi negara-negara Asia Tenggara yang lain tunduk kepada tuntutan IMF, dengan menyerahkan ekonomi mereka untuk dimusnahkan secara kekerasan bersyarat dengan menukarkannya kepada pelepasan hutang secara sementara dan seterusnya menyebabkan kejatuhan matawang negara-negara tersebut, Malaysia, di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Dr. Mahathir bin Mohamad, enggan menyerahkan nasib rakyat kepada arahan IMF.

Sebelum itu, pada mulanya Dr. Mahathir telah membenarkan Anwar, yang sebelum itu merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, untuk mengikuti pandangan peribadinya yang dikenali sebagai ‘Polisi-polisi IMF tanpa IMF' : melangkaui kekerasan IMF, menaikkan kadar faedah dan pembatalan projek infrastruktur yang utama.

Pada Musim Panas 1998, yang telah meminta bantuan IMF, telah menjadi miskin, rakyat menjadi papa, sistem perbankan telah muflis, mawatang didagangkan secara bebas, dan kerajaan Indonesia tersungkur di hadapan Pengarah Pengurusan IMF dan akhirnya, keseluruhannya rebah. Thailand dan Korea juga menerima nasib yang sama tetapi tidak seteruk Indonesia. Malaysia juga menuju kea rah yang sama.

Kemudian, pada 1 September 1998, Dr. Mahathir mengejutkan dunia melanggar kesemua arahan IMF yang ortodoksi, dengan mengenakan kawalan ke atas matawang yang terpilih, menamatkan spekulasi ke atas mawatang Malaysia dengan mengikat nilai ringgit kepada dolar – dan memecat Anwar Ibrahim.

Anwar dan pengikutnya yang sukar dikawal telah mengamuk dan cuba untuk melancarkan pemberontakan untuk menjatuhkan Dr. Mahathir. Walaupun menerima sokongan secara terbuka daripada Neo-Konservatif di Barat, terutamanya Naib Presiden Amerika Syarikat Al Gore dan Setiausaha Negara Madeleine Albright, pemberontakan ‘kuasa rakyat” oleh Anwar menemui jalan buntu dan akhirnya dia telah dipenjarakan di atas tuduhan penyalahgunaan kuasa dan moral.

Keputusan diketahui umum. Walaupun dikutuk oleh IMF dan institusi perbankan Anglo-Amerika bahawa Dr. Mahathir telah membawa Malaysia ke warah kemusnahana, negaranya akan menjadi muflis disebabkan perbuatannya sendiri, mengasingkan Malaysia dari dunia yang ‘bertanggungjawab’ dan akhirnya akan mendapati negaranya itu mengemis bantuan IMF, sebaliknya telah berlaku.

Apabila pelbagai negara terikat dengan menderita akibat krisis sosial dan peningkatan kemiskinan secara besar-besaran, Malaysia yang berada di antara negara-negara Asia yang diserang oleh speculator dapat mengekalkan kestabilan sosial dan ekonomi bertambah baik.

Kemusnahan yang teruk berlaku di negara jiran, Indonesia, di mana matawangnya telah jatuh satu pertiga daripada nilai asal, dan ini telah menjadikan hutang negara Indonesia dengan negara lain meningkat secara maya dalam tempoh semalaman dan pada masa yang sama, kadar kemiskinan meningkat.

Hanya separuh daripada ekonomi Indonesia pulih sehingga ke hari ini. Malahan IMF mengakui bahawa kekerasan yang kejam dan polisi pengurangan kredit yang telah dikenakan terhadap kerajaan Indonesia yang terdesak merupakan satu kesilapan yang besar.



Pujian terhadap IMF dan Wolfowitz



Dalam satu acara, Anwar membuat penampilan terbaru di SAIS, EIR telah mengajukan soalan berikut kepadanya : “IMF telah mengakui bahawa arahan kepada ekonomi Asia slepas serangan spekulatif pada 1997-98 telah menyebabkan krisis yang berlaku bertambah teruk. Dasar anda terhadap Malaysia telah diketahui seiring dengan IMF, sehinggalah dasar tersebut diterbalikkan oleh kawalan matawang oleh Dr. Mahathir, dan pada masa yang sama anda dipecat. Adakah pada masa sekarang, anda mengakui bahawa, sekiranya dasar anda itu diikuti, kesannya akan menjadikannya sebagai satu kemusnahan yang besar kepada negara anda ? “

Respon Anwar dan dari ucapannya secara umumnya, menunjukkan bahawa dia tidak begitu berminat dalam mendapatkan semula jawatan di dalam negaranya sendiri, malahan di dalam parti yang telah ditubuhkan ( Parti Keadilan Rakyat ) untuk mendapatkan sokongan terhadapnya selepas penahanannya.

Lebih tepat, beliau memuji nama orang-orang dan dasar-dasar yang paling dibenci (di Malaysia dan di tempat lain) iaitu George Soros, arkitek spekulasi global ; Paul Wolfowitz, promoter pre-emptive war ; dan IMF yang korup dan dikecam.

“Sudah tentu, saya betul,” Anwar menyatakan secara rasmi.

Dia mendakwa bahawa terdapat beberapa perbezaan di antaranya dan IMF tetapi “Cara negara membelanjakan wang perlu dititikberatkan, sama ada cara tersebut mengikut langkah IMF atau pun tidak.”

Beliau mengatakan bahawa sesuatu yang amat ‘berfaedah’ daripada IMF untuk datang ke Malaysia dan bebincang mengenai idea mereka. Beliau juga menyatakan sokongan terhadap kecaman IMF terhadap projek infrastruktur utama, sebagai ‘projek mega’ yang membazir, kerana projek-projek tersebut hanya menguntungkan ‘kroni’ yang terlibat dalam pembinaan tersebut. Empangan Bakun dijadikan contoh untuk kecaman tersebut.

Beliau mengakui telah memberitahu cadangan Soros kepada pembuat dasar dan telah mempertahankannya ketika Dr. Mahathir mengutuk Soros sebagai pencuri dan sangat [ SENSOR DC ].

Berkenaan kejayaan program Dr. Mahathir dalam menyelamatkan Malaysia daripada menerima nasib yang sama dengan negara jiran, Anwar berkata : “ Ya, pembangunan ekonomi menjadi kukuh, rakyat bebas dari kemiskinan-tetapi semuanya adalah di atas permukaan sahaja. Di bawah, terdapat rasuah, tiada ketelusan, pemerintah kuku besi dan tiada kebebasan media.”

Paling menjelikkan, malahan terhadap penyokongnya di Malaysia, pujian keterlaluan Anwar terhadap Wolfowitz. Di dalam satu temuramah Bloomberg di Hong Kong, pada 18 Mac, Anwar mengalukan pelantikan Wolfowitz sebagai Pengerusi Bank Dunia, dengan mengatakan Wolfowitz “ dengan sepenuh hati percaya dengan kebebasan dan memahami isu keniskinan, kemusnahan alam sekitar, kedaan taraf hidup dan isu kesihatan yang menjadi agenda utama Bank Dunia.”

Ketika rakyat Iraq mendapati kesemua keperibadian yang dinyatakan itu tidak lebih sebagai satu hiburan, Anwar secara berhati-hati menjelaskan bahawa beliau bukan penyokong dalam pencerobohan Amerika Syarikat di Iraq.

Bagaimanapun, dia mempamerkan sejuah mana beliau sanggup untuk mempertahankan neo-kenservatif yang menajanya dengan menambah: “ Tetapi saya tidak percaya bahawa perang tersebut dilancarkan ke atas Muslim atau rakyat Iraq.”

Timbalan Presiden Parti Keadilan, Dr. Syed Husin Ali, secara terburu-buru telah mengelakkan dirinya daripada pujian terhadap Wolfowitz yang dibenci oleh pelbagai pihak.

“Dia merupakan seorang penasihat,” Syed Hussein memberitahu perkhidmatan berita pembangkang dalam talian, Malaysiakini pada April dengan merujuk kepada Anwar Ibrahim.

“ Dia boleh memberikan nasihat kepada kami, tetapi dia tidak boleh menentukan dasar parti," katanya, menegaskan bahawa pembelaan Anwar terhadap Wolfowitz hanya merupakan pandangan peribadi dan tidak mencerminkan kedudukannya dalam parti.

Menjadikan Indonesia melawan Malaysia

Penunjuk terhadap niat Anwar (atau lebih tepat, niat Wolfowitz, dengan bantuan Anwar) telah didedahkan dalam cubaannya merancang penentangan Indonesia terhadap Malaysia. Transformasi demokratik Indonesia semenjak kejatuhan 1997, menurut Anwar, merupakan ‘satu perkembangan penting dalam dunia Islam pada abad ini’.

Walaupun ramai pihak menggambarkan Malaysia sebagai sebuah model kejayaan negara Islam demokratik, kata Anwar, itu adalah satu kesilapan secara keseluruhannya.

Malaysia mengamalkan pemerintahan diktator, walaupun selepas persaraan Dr. Mahathir, beliau menegaskan, manakala model demokrasi Islam yang sebenar adalah Indonesia.

Secara ironiknya, Anwar mengakui bahawa Indonesia sangat memerlukan pembangunan ekonomi dan menamatkan rasuah, tetapi percanggahan ini tidak melihat sekurang-kurangya kepada keprihatinannya terhadap isu ini.

Dalam satu temuramah dalam The Age dari Australia pada 21 Mac, Anwar menjelaskan pembinasaan berikutan kemusnahan ekonomi Asia 1997-98 sebagai satu perkembangan positif, “ Satu ribut kreatif yang menggegarkan rasa puas hati masyarakat Asia dan kerajaan.”

Hubungan dengan Australia merupakan sesuatu yang bermakna. Kerajaan Australia di bawah Perdana Menteri John Howard mengadakan hubungan yang erat bersama Pentadbiran Bush dalam kesemua perkara strategik dan menyertai usaha Wolfowitz untuk memujuk Kerajaan Baru Indonesia di bawah Presiden Susilo Bambang Yudhoyono untuk menyertai regim neo-konservatif di Washington dan Canberra, sebagai pertukaran untuk perjanjian ketenteraan dan pelaburan.

Howard telah menggalakkan Yudhoyono untuk menyokong usaha Australia untuk disertakan bersama sebagai ahli perintis kepada Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS-East Asian Summit) apabila dilancarkan pada tahun ini. Cadangan ini ditentang dengan keras oleh Malaysia dan China, bersama-sama yang lain, dan ini telah meletakkan Indonesia berselisih faham dengan Malaysia.

Howard, bagaimanapun, telah dilihat memusnahkan sebarang peluang yang dimiliki oleh Australia untuk dimasukkan ke dalam EAS apabila beliau enggan menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama bersama ASEAN (Treaty of Amity and Cooperation with ASEAN), walaupun perjanjian itu ditandatangani oleh Jepun, China, South Korea dan India bersama negara lain.

Perjanjian tersebut menafikan penggunaan serangan ketenteraan terhadap negara yang menandatangani perjanjian tersebut.

Howard, seperti Pentadbirn Bush, enggan untuk menggugurkan hak campurtangan ketenteraan pre-emptive terhadap negara jiran, satu ancaman bahawa tiada negara yang mampu menafikannya semasa era Bush/Cheney.

Wolfowitz menggambarkan dirinya sebagai ”sahabat Indonesia”, menggunakan pengalamannya sebagai Duta ke Indonesia pada tahun 1980-an sebagai bukti kecekapannya untuk menguruskan Bank Dunia.

“ Rakyat Indonesia mempunyai pandangan berbeza terhadap saya” ulasnya, kata Wolfowitz kepada Bloomberg News pada 18 Mac. Ketika Anwar membandingkan demokrasi Indonesia dengan andaian pemerintahan diktator di Malaysia, Wolfowitz kerap kali membandingkan Indonesia dengan negara Islam di Asia Barat untuk membuktikan pengembaraan ketenteraan Amerika Syarikat telah membawa ‘demokrasi’ kepada orang Arab.

Wolfowitz berkhidmat sebagai Duta ke Indonesia dari 1986 hingga 1989, ketika wang panas mencurah-curah masuk ke dalam negara tersebut, membawakan kepada kemajuan yang sangat bermakna dan kemakmuran yang berkaitan – dan satu reputasi yang baik kepada Wolfowitz.

Bagaimanapun, adalah sesuatu yang menyakitkan untuk dipelajari selepas 1997-98, di mana kontrak negara asing yang membawa masuk pembangunan ini merupakan dari jenis “pembunuh upahan ekonomi”, memandangkan kesemua risiko kejatuhan ekonomi ini diletakkan di sebelah pihak Indonesia.

Enron dan syarikat kuasa yang lain, sebagai contoh, berjaya dalam mendapatkan jaminan daripada Kerajaan Suharto (secara kebiasaannya bersama seorang ahli keluarga Suharto terlibat), bahawa kerajaan akan membeli kapasiti penuh kuasa daripada stesen janakuasa sama ada digunakan atau tidak dan pada masa yang sama kuasa tersebut dibeli dengan harga dalam tukaran dolar.

Hutang negara asing juga dibayar menggunakan dolar. Apabila spekulator memusnahkan matawang dan ekonomi Indonesia pada 1997-98, hutang negara meningkat 3 kali ganda dalam masa yang singkat, dan pada masa yang sama kerajaan dipaksa membeli bekalan elektrik yang tidak perlu pada harga 3 kali ganda.

Kenangan terhadap Wolfowitz sebagai salah seorang rakan Indonesia sedikit pudar. Peranan Wolfowitz seterusnya sebagai arkitek perang terhadapa Iraq menukarkan imejnya kepada hitam.

Kepada Wolfowitz, untuk menggambarkan dirinya masih lagi dikagumi di Indonesia, adalah sama seperti fantasi Anwar yang mana neo-konservatif akan membantunya memenangi satu ruang untuknya dihormati di Malaysia.

Read more...

Bekas ahli PKR sanggup jadi saksi - Reformis

>> 11 Ogos 2009

Bekas ahli PKR sanggup jadi saksi - Reformis

(Utusan Online) PUTRAJAYA 10 Ogos - Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) yang dianggotai ramai bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menyatakan kesediaan untuk menjadi saksi bagi membuktikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pengkhianat bangsa.

Presiden Reformis, Ramlan Abu Bakar berkata, ahli-ahlinya yang terlibat dalam demonstrasi jalanan sekitar lewat 1990-an dulu mengenali watak sebenar Anwar dan motif perjuangannya yang lebih terarah kepada kepentingan politik peribadi.

"Walaupun kami yang paling dekat, paling awal kenali dia (Anwar) dulu, tapi sekarang kami tidak lagi setuju dan tidak mahu berkompromi langsung dengan perjuangannya

"Kami sanggup jadi saksi perkara-perkara berkaitan Anwar yang sememangnya merupakan pemimpin hipokrit, hanya mengejar kepentingan politik peribadi.

"Malah kami berpendapat Anwar juga pengkhianat kepada negara kerana menimbulkan ketidaktentuan politik dan ekonomi, rakyat patut difahamkan perkara sebenar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam yang mengalu-alukan tindakan beberapa pihak termasuk bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Ezam Mohd. Nor yang bersedia menjadi saksi dalam membuktikan Anwar sebagai pengkhianat Melayu.

Menurut Dr. Mahathir, sesiapa sahaja yang mempunyai bukti kukuh mengenai perkara itu sepatutnya bersedia menjadi saksi di mahkamah jika Anwar meneruskan samannya terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ramlan memberitahu, pihaknya sanggup mendedahkan penyelewengan Anwar bukan sahaja terhadap orang Melayu tetapi juga negara selama ini.

Ini kerana, jelas beliau, tindakan- tindakan negatif sedemikian menjadi punca awal kepada ketidakstabilan politik dan ekonomi negara

"Cukuplah, bukan saja kelembapan ekonomi, penularan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) sekarang juga dia (Anwar) tak ambil kira.

"Kita tidak mahu dia jadi seperti virus penyakit kanser yang menular dan membunuh secara senyap dalam masyarakat dan negara," katanya.

Read more...

Tahniah DSN - 11 pengumuman mesra rakyat

>> 11 Julai 2009


100 hari sebagai PM, Najib buat 11 pengumuman mesra rakyat

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak, hari ini membuat 11 pengumuman "mesra rakyat" sempena genap 100 hari beliau menjadi Perdana Menteri, antaranya pemberian diskaun kepada pengguna jalan bertol, peluang pemilikan rumah untuk golongan berpendapatan rendah, pengurangan caj bayaran latihan penunggang motosikal serta satu tabung unit amanah baru.

Berucap di majlis "100 Hari Najib Bersama Rakyat" di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, Perdana Menteri berkata, bagi meringankan beban pengguna lebuh raya yang menggunakan kad prabayar Smart Tag dan Touch n Go yang membayar tol 80 kali atau lebih sebulan, mereka akan layak menerima diskaun 20 peratus.

Najib berkata, ini adalah satu keputusan atau penyelesaian sementara saja, sementara menunggu kajian keseluruhan mengenai kadar tol yang menurutnya akan mengambil masa.

Katanya, beliau pernah diberitahu seorang pengguna jalan bertol yang dirinya terpaksa membayar tol lebih kurang RM300 sebulan manakala gaji bulanannya RM3,000, yang menurut Perdana Menteri:" Orang ini hanya mendapat gaji 11 bulan saja setahun, kerana gaji satu bulan lagi habis dibelanjakan untuk pembayaran tol setahun.

"Ini (diskaun) saya percaya akan memberi kelegaan pada rakyat terutamanya yang menggunakan jalan tol setiap hari," katanya yang disambut dengan tepukan gemuruh lebih 5,000 hadirin di dalam dan luar pusat konvensyen itu yang penuh sesak.

Dalam ucapan hampir 50 minit yang dimulakan tepat jam 11.11 pagi yang menandakan 11 Julai, genap 100 hari menjadi Perdana Menteri selepas dilantik pada 3 April lalu, Najib juga mengumumkan bahawa penyewa rumah di bawah Program Perumahan Rakyat di Wilayah Persekutuan akan diberi peluang dan pilihan untuk membeli rumah di bawah program itu.

Katanya, sejumlah 44,000 unit rumah ditawarkan yang memberi peluang golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.

Satu lagi pengumuman mesra rakyat Perdana Menteri membabitkan masyarakat penjaja dan peniaga kecil, di mana mereka akan menikmati potongan 50 peratus bagi pembaharuan lesen dan lesen baru.

Najib berkata, ini sebagai memenuhi permohonan Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia bagi pengurangan bayaran lesen yang dikemukakan kepada beliau pada satu majlis di Tanjung Karang, Selangor bulan lalu.

"Ini akan memberi banyak kelegaan...saya harap negeri-negeri lain akan ikut langkah di Wilayah Persekutuan ini. Mudah-mudahan (bayaran) lesen-lesen lain juga akan dikurangkan," katanya.

Selain itu, Najib turut mengumumkan bahawa kerajaan akan menambah 3,000 lagi permit teksi untuk individu dalam masa tiga bulan ini, pertambahan daripada 7,000 permit teksi individu yang sudah diberikan setakat ini.

Menurut Perdana Menteri, dasar membantu pemandu teksi dibuat memandangkan pada masa sekarang terdapat ramai pemandu teksi yang terpaksa menyewa harian dengan pembayaran seperti RM50 sehari, di samping kos lain seperti minyak.

Najib juga mengumumkan bahawa caj bayaran latihan untuk penunggang motosikal kelas B2 iaitu 250 cc ke bawah dikurang menjadi RM211 seorang.

Menurutnya, beliau mendapati ramai penunggang terutama anak-anak muda yang "ke hulu dan ke hilir dengan motosikal kapcai" tidak memiliki lesen memandu kerana kos mendapatkan lesen termasuk latihan adalah tinggi, di antara RM500-RM700 seorang.

"Selepas berunding dengan sekolah-sekolah memandu, caj (kadar) bayaran latihan (belajar) dikurang kepada RM211. Dan berdasar riak tadi, saya membayangkan memang tepat keputusan tadi," katanya sebagai mengulas reaksi tepukan gemuruh daripada ramai hadirin sebaik saja beliau mengumumkan pengurangan itu.

Perdana Menteri juga mengumumkan bahawa menjelang 2010, seramai 20,000 isi rumah miskin tegar di bandar akan diberi 10,000 unit Skim Amanah Saham Wawasan untuk isi rumah di bawah senarai E-Kasih dalam usaha memerangi kemiskinan bandar.

Najib juga berkata, satu lagi tabung unit amanah baru dinamakan "Amanah Saham 1Malaysia" akan dilancarkan sedikit masa lagi dengan saiz sehingga 10 bilion unit.

Ia dibuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, katanya.

Najib juga mengumumkan peruntukan skim TEKUN ditambah RM150 juta lagi dan juga mengumumkan peruntukan RM15 juta khusus untuk program pembangunan usahawan muda kaum India di negara ini.

Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan akan mengambil langkah drastik ke arah mengurangkan jenayah dan rasuah di negara ini, dan maklumat mengenainya akan diumumkan hujung bulan ini.

Satu lagi pengumuman mesra rakyat Perdana Menteri hari ini, adalah berkaitan pendaftaran kelahiran, yang menurutnya ramai juga yang lambat mendaftarkan kelahiran dan kerajaan akan terus mempergiatkan usaha memperbaiki keadaan itu.

Najib berkata, di Sabah, sejak 2005, sebanyak 36,000 permohonan pendaftaran telah diterima dan daripada jumlah itu 92 peratus diluluskan.

Di Sarawak pula, sejak 2005, sebanyak 19,000 permohonan telah diterima dan dari jumlah itu, 80 peratus permohonan telah diluluskan.

Dalam pengumuman mengenai kewarganegaraan pula, Najib mengumumkan bahawa jumlah permohonan tertangguh pada 1 November 2008 adalah sebanyak 34,000, dan sehingga bulan lalu, sebanyak 46 peratus telah selesai dibuat keputusan dan usaha akan dipergiatkan lagi untuk menyelesaikan baki permohonan.

Di majlis itu, Najib turut membuat pengumuman mengenai infrastruktur luar bandar di Sabah dan Sarawak, dan menurutnya kerajaan akan menggandakan pembinaan jalan luar bandar di kedua-dua negeri, daripada 750 kilometer yang dibina di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sekarang kepada 1,500 kilometer dalam tempoh RMK-10.

Dalam konteks infrastruktur ini, Najib juga berkata, liputan bekalan air minum yang kini berada pada tahap 52 peratus di Sabah dan 61 peratus di Sarawak, akan dipertingkatkan, begitu juga bekalan elektrik, dan pengumuman mengenainya akan dibuat hujung bulan ini.

Najib yang menyifatkan majlis hari ini sebagai "perjumpaan yang sangat bersejarah" berkata keputusan-keputusan yang dibuat itu adalah "keputusan istimewa untuk rakyat Malaysia".

"Saya ingin mengajak tuan-tuan dan puan-puan serta anak-anak muda sekalian untuk bersama-sama saya melakar masa depan Malaysia yang menjanjikan peluang yang lebih baik dan adil untuk semua dengan satu harapan," katanya. - Bernama

Read more...

PAS Flip Flop - Comelnya...

>> 06 Julai 2009

Gambar cute ini di ambil dari web malaysiakini

Pas Flip Flop atau;
PAS di Flip Flop atau;
Flip Flop kan PAS


Saya letak kisah flip-flop yang di petik dari blog Husin Lempoyang ;

Politik Flip flop flip flop ...

Sementara itu, politik tempatan dijangka bergelora.

Ini semua kerana B.A.B.I. tengah menggelupur nak kena masuk balik penjara kerana luar tabiiinya.

Selain itu, Dolah sudah mengatur nak kekal sebenarnya.

Politik Flip flop flip flop ...

Masa Nasaruddin lompat parti, B.A.B.I. duduk sebelah menyambut. PAS dan DAP sambut kelompatan katak ini.

Bila keluar saja ura-ura dua ADUN Perak nak lompat, bagai nak gila pulak si B.A.B.I. menghentam tindakan lompat parti.

Dituduh Dato Najib. Culik dua ADUN PKR.

Keluarlah tuduhan ada jolok wang RM50 juta. B.A.B.I. tahulah pasal masa Sabah lompat, dialah yang jolok ADUN RM2 juta seorang. Itu pun tak disempurnakan janji.

Dia boleh, orang tak boleh.

Habis tu, ada PC kata masih dalam PKR tapi orangnya tak ada. Macam mana boleh Speaker kata dah resign.

Politik Flip flop flip flop ...

Lim Guan Eng boleh menyokong lompat parti.

Bukankah Pengerusi DAP, Karpal Singh mengkritik etika melompat parti?

Politik Flip flop flip flop ...

Kalau semua politiknya flip flop flip flop, biarlah Husin saja jadi PM. Itu pun jika Dato Najib tak ada halangan.

Ibrahim Ali tak boleh, dia dah cukup kuota lompat. Hehehe ...

Datuk Nik Abdul Aziz juga ada flip-flop.. ADUN BN lompat ke Pakatan Pembangkang di sifatkan bermaruah, tapi kalau ADUN Pembangkang lompat ke BN, dikatakan tidak bermaruah..(siap pakej maki hamun lagi kot?)

Read more...

PAS kena belajar dari DAP

>> 02 Julai 2009


Kelonggaran dalam Pakatan PKR-DAP-PAS semakin terserlah. Isu DAP memberikan amaran demi amaran kepada Pas semakin menjadi-jadi. Mana taknya, terbaru, DAP mahu keluar dari bergabung dengan PAS-PKR di Kedah gara-gara 'isu babi'.

Kata saudara Meli dalam blognya;

Bila ada pimpinan Pas cuba menghalalkannya dalam konsep kerjasama PAS-DAP tetapi mengharamkan dan menolak kerjasama dengan Umno, bagi saya ianya adalah sesuatu yang amat pelik dan sangat janggal, malah sukar untuk dicari sebab macam mana gulai sekawah yang seratus peratus halal dipandang jijik, gulai yang bercampur antara daging halal dengan yang tidak halal pula boleh pecah lior.

Bagi saya, ini menunjukkan Pas jadi pak turut dalam pakatan pembangkang. Walhal Presiden Pas pernah berkata, tiada ketua dalam pakatan.

Katanya lagi;

Maknanya, adalah sesuatu yang mustahil untuk PAS-DAP mampu mengekalkan ikatan kerjasama dalam PR untuk tempoh lebih dari satu penggal kerana ketidak-sehaluan tujuan dan matlamat berparti politik dan berpolitik kedua-dua yang sangat ketara. Kalau dengan Parti Melayu Semangat 46 (S46) yang sesama sebangsa dan seagama pun PAS boleh bercerai berai, mana mungkin dengan DAP yang menentang Islam secara terang-terang, Pas boleh tidur sebantal.

Isu kerajaan perpaduan, Pas awal-awal lagi kena 'fire' oleh DAP kerana mengilhamkan kerajaan perpaduan dengan Umno-BN. Pas nampaknya takut dengan 'abang besar mereka'. Akhirnya mereka (PAS) menikus dan menolak kerajaan perpaduan yang diilhamkan presidennya.

Hanya kerana kes merobohkan pusat penyembelihan dan pelapahan babi yang dikatakan dibina secara haram di kawasan kampung Melayu, DAP Kedah bertindak keluar dari PR Kedah atas alasan kerajaan PR Kedah terajuan Datuk Seri Azizan Abdul Razak dari PAS gagal memberi keadilan kepada semua masyarakat di negeri berkenaan.

Berdasarkan kenyataan Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su yang disiarkan oleh media cetak dan elektoronik, tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) yang meroboh pusat penyembelihan dan pelapahan babi dalam kawasannya bukan kes tunggal yang menyebabkan DAP Kedah bertindak keluar dari PR negeri berkenaan.

Ini terbukti apabila Su berkata banyak isu yang mengguris perasaan rakyat di negeri itu, antaranya termasuklah apabila kerajaan negeri tetap berkeras menaikkan kuota 50 peratus kepada pembeli rumah bumiputera di negeri bekenaan di samping isu perobohan pusat penyembelihan dan pelapahan babi yang kononnya membawa unsur negatif kepada rakyat negeri berkenaan.


Dan pada pendapat saya juga, Datuk Nik Abdul Aziz serta Pas sepatutnya kena belajar dengan Ustaz Azizan (MB Kedah). Jangan pandai mengikut PKR-DAP sahaja.

PS : Kalau betul pertahankan Islam, kena berani walaupun orang kafir letak mata pedang di leher!!!

PAS kena belajar dari DAP, kena berani mempertahankan apa yang telah termaktub dalam parti. Jangan takut 'gertakan' dari DAP.

Read more...

Tuan Aziz calon BN di Manek Urai

>> 29 Jun 2009

KUALA KRAI: Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, 14 Julai ini.

Pemilihan Tuan Aziz yang juga Pengurus Pemantauan dan Penyelarasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), diumumkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan kira-kira 5,000 penyokong BN di Pusat Operasi BN Manek Urai, Sungai Sok Luar di sini, jam 5.15 petang semalam.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Tuan Aziz dipilih berdasarkan kemampuan, pengalaman, kelulusan tinggi serta hubungan eratnya dengan masyarakat setempat, terutama sekitar Manek Urai yang selama ini didampingi selaku pegawai Kesedar.

Beliau berkata, pemilihan Tuan Aziz mendapat sokongan padu kepemimpinan parti termasuk Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak serta di peringkat bahagian Kuala Krai yang diketuai Datuk Ramzi Abdul Rahman.

" Kita ada ramai tokoh yang layak, tetapi selepas kita timbang secara halus, kita letakkan calon yang diterima pengundi," katanya.
Turut hadir pada majlis pengumuman calon BN itu ialah Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Penerangan, Ahmad Maslan; Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed; Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Puteri, Datuk Rosnah Rashid Shirlin serta Ramzi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyat dari Pas, Ismail Yaakob akibat sakit jantung pada 22 Mei lalu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai ini sebagai hari penamaan calon, manakala pengundian 14 Julai.

Jumaat lalu, Pas menamakan peraih ikan yang juga Bendahari Pas kawasan Kuala Krai, Mohd Fauzi Abdullah, sebagai calonnya.

Timbalan Presiden Angkatan Kemajuan Insan Malaysia (Akim), Zakaria Salleh, turut mengumumkan hasrat bertanding di kerusi berkenaan, tetapi semalam Presiden Akim, Hanafi Hamat, pula menyatakan hasrat sama.

Muhyiddin berkata, BN menaruh harapan tinggi menerusi pencalonan Tuan Aziz untuk menebus kekalahan lalu.

"Kita bertekad merampas kembali DUN Manek Urai dan berharap semua pengundi memberi peluang kepada BN membuktikan kemampuannya membawa perubahan di kawasan ini.

Sehubungan itu, Muhyiddin mahu seluruh jentera pilihan raya BN bertekad mencipta kemenangan di Manek Urai demi membela nasib agama, bangsa dan negara.

Pada sidang medianya, Muhyiddin menolak dakwaan Pas kononnya berlaku "cah keting" (cantas mencantas) dalam proses pemilihan calon BN.

"Itu anggapan Pas saja dan ia tidak pernah berlaku, sebaliknya calon ini mendapat sokongan semua pihak.

"Tuan Aziz ini bukan saja mampu menarik sokongan golongan muda, tetapi berdasarkan sokongan yang diterima, kita yakin semua golongan akan menerimanya dengan baik," katanya.

Beliau berkata, BN juga mempunyai strategi tersendiri bagi menarik sokongan rakyat dan serius untuk membangunkan kawasan berkenaan.

Terdahulu, dalam ucapannya Muhyiddin berkata, BN akan menyenaraikan semua usahanya membangunkan Kelantan sepanjang tempoh negeri ini di bawah Pas bagi memudahkan pengundi membuat perbandingan menjelang pilihan raya kecil DUN Manek Urai.


Bernama

Read more...

Pembangkang Putar Belit Fakta

>> 24 Jun 2009

Agenda Anwar perlu di utamakan. perpaduan, pemuafakatan sesama Islam ditolak ke tepi.

BEBERAPA bulan lalu, berikutan kemelut politik yang berpanjangan biarpun pilihan raya umum sudah berakhir, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tampil mengemukakan idea kerajaan perpaduan.

Melalui idea berkenaan, beliau mahu semua parti politik tanpa mengira ideologi, berada dalam satu pasukan bagi menangani segala krisis - politik mahupun ekonomi.

Bagaimanapun cadangan itu mendapat tentangan termasuk di kalangan sesetengah pemimpin dan ahli Pas sendiri. Namun Abdul Hadi tetap mempertahankan idea tersebut termasuklah ketika di Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-55 di Shah Alam baru-baru ini.

Malah idea Abdul Hadi dikatakan mendapat sokongan padu golongan ulama dalam Pas. Satu kumpulan pemikir parti itu dikatakan telah menghasilkan penjelasan panjang lebar mengenai idea itu. Ia disiarkan dalam blog-blog yang dikendalikan oleh pemimpin atau ahli Pas yang menyokong cadangan kerajaan perpaduan tersebut.

Jelaslah, fakta yang tidak boleh dinafikan atau diputarbelitkan ialah idea kerajaan perpaduan itu dicetuskan oleh Abdul Hadi sendiri. Beliau pula ialah Presiden Pas iaitu sebuah parti yang berada dalam gabungan pembangkang bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Maka apabila pakatan pembangkang menolak cadangan itu, bermakna mereka menolak idea di kalangan mereka sendiri bukannya menolak idea Barisan Nasional (BN) atau UMNO.

Tetapi malangnya, pakatan pembangkang kini cuba menggambarkan seolah-olah idea tersebut datang daripada UMNO. Malah sehingga sanggup melemparkan tohmahan bahawa ia adalah fitnah daripada UMNO dan merupakan usaha untuk menggugat kekuatan pembangkang.

Ternyata sekali kejayaan yang dicapai dalam pilihan raya umum lalu telah menyebabkan pakatan pembangkang menjadi angkuh sehingga fakta berhubung siapa sebenarnya yang mencetuskan idea kerajaan perpaduan berkenaan pun sanggup diputarbelitkan.

Bagi pembangkang, biarpun apa yang didakwa itu sebenarnya fitnah tetapi mereka yakin rakyat akan mempercayai apa yang mereka kata. Lanjutan itu, apabila mereka membuat kenyataan menolak idea itu, mereka tidak kata ia idea Pas tetapi datang daripada UMNO.

Kesudahannya Abdul Hadi sendiri turut menandatangani kenyataan bersama menolak cadangan kerajaan perpaduan - yang beliau sendiri cetuskan. Tidak cukup dengan itu, mereka juga menuduh idea penubuhan kerajaan perpaduan itu adalah tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan pembangkang.

Persoalannya, siapakah sebenarnya yang terdesak? Selama ini biarpun terpaksa memerintah tanpa majoriti dua pertiga di Parlimen dan kehilangan kuasa di Kedah, Perak (selama 11 bulan) dan Selangor serta terus gagal menawan kembali Kelantan, BN tidak pernah berperangai "hemoi" - loghat utara bermaksud tebal muka - untuk berpakat dengan pembangkang.

Malah BN terus tabah memperbaiki kelemahan sendiri dan berusaha melaksanakan amanat yang diberikan oleh rakyat sebaik mungkin dengan UMNO terus kekal sebagai parti terkuat di negara ini apabila mempunyai 78 kerusi di Parlimen.

Tetapi UMNO bersikap terbuka apabila Abdul Hadi melontar idea kerajaan perpaduan kerana seperti mana kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak: "Kita tetap dengan pendirian bahawa apabila sesuatu yang baik itu untuk negara, ia mesti diusahakan bersama walaupun idea itu datang daripada pembangkang."

Oleh itu pembangkang termasuk Pas tidak harus mengamalkan sikap "membutakan mata dan hati" terhadap isu sebenar. Dalam hal ini, jangan secara tiba-tiba menuding jari mempersalahkan UMNO apabila idea Abdul Hadi itu ditolak oleh pakatan sendiri.

Kalau pun hendak bermain politik atau merasakan diri "sudah besar" berikutan kejayaan pada pilihan raya umum lalu, jangan sampai mengambil tindakan yang hanya memperbodohkan diri sendiri.

Budak sekolah rendah pun tahu bahawa idea kerajaan perpaduan adalah idea Abdul Hadi bukan idea UMNO dan bukan idea BN. Jadi tidak perlulah melakukan tohmahan kepada UMNO.

Berdasarkan kepada perkembangan itu, penulis merasakan UMNO dan BN juga tidak perlu lagi melayan sebarang pelawaan atau hasrat pembangkang untuk membincangkan apa juga perkara berkaitan dengan kepentingan rakyat dan negara. Kalau itu dilakukan juga, tidak mustahil sekali lagi pembangkang akan melemparkan tuduhan tidak berasas kepada UMNO.

Kerajaan Malaysia ditadbir oleh BN yang diterajui oleh UMNO. Biarlah BN memerintah walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran dan dugaan. Jika selama ini BN sudah berniat baik apabila sikap terbuka terhadap idea Abdul Hadi, masanya sudah tiba untuk BN menutup apa juga pintu rundingan dengan pembangkang termasuk Pas.

Tidak usah terpedaya dengan "madah berhelah" Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan kesediaan bertemu dengan BN bagi membincangkan isu-isu melibatkan kepentingan rakyat dan negara.

Kalau pembangkang sudah merasakan mereka hebat, maka BN juga perlu mempunyai perasaan yang sama.

Memang benar sebagai orang Melayu, kita mahu melihat sekurang-kurangnya UMNO dan Pas duduk semeja tetapi ternyata dalam hal seumpama ini Pas tidak ikhlas. Pas lebih menitikberatkan soal hubungannya dengan pakatan pembangkang walaupun pertemuan dengan UMNO ialah untuk berbincang mengenai kepentingan Melayu dan umat Islam.

Maka biarlah Pas hanya menjadi anak kapal di atas bahtera pembangkang yang nakhodanya adalah PKR dan DAP. Tiada gunanya BN dan UMNO berniat baik kepada mereka, kalau akhirnya UMNO sendiri yang dipersalahkan.

Isu kerajaan perpaduan ini sudah jelas menampakkan bahawa pembangkang lebih mementingkan permainan politik daripada kesejahteraan rakyat. Segala-galanya mahu dipolitikkan dan akibat terlalu yakin bahawa mereka kini kuat, pembangkang tidak mahu berkompromi dalam apa juga perkara biarpun ia demi kebaikan negara apatah lagi untuk kepentingan bangsa Melayu.

Dalam soal ini, BN dan UMNO tidak rugi apa-apa. Kuasa pemerintahan tetap berada dalam genggaman. Penolakan pembangkang terhadap idea oleh rakan mereka sendiri sama sekali tidak menjejaskan kemampuan BN. Sebaliknya, ia menonjolkan wajah sebenar pakatan itu terutamanya Pas yang jelas hanyalah pengikut PKR dan DAP.

Pas seolah-olah tidak ada suara, hatta untuk mempertahankan idea Presiden sendiri.

Oleh itu, tidak perlulah UMNO hendak bekerjasama atau berbincang dengan manamana juga parti yang dilihat tidak mempunyai prinsip yang tegas.

BN seperti mana kata Perdana Menteri, tetap berupaya mentadbir negara ini dan ia sudah dibuktikan sejak selepas pilihan raya umum lalu. Pentadbiran negara berjalan dengan lancar dan setiap krisis berjaya ditangani dengan bijaksana. Semua kejayaan itu tidak melibatkan pembangkang.

Apa yang pembangkang tahu sepanjang tempoh tersebut hanyalah merancang menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang berdasarkan "Perancangan 16 September" yang gagal.

Pembangkang juga dengan sewenang-wenangnya menuduh apa sahaja masalah di negara ini sebagai kelemahan BN hatta dalam krisis ekonomi yang turut melanda dunia.

Malaysia bernasib malang kerana mempunyai pembangkang seumpama ini yang hanya tahu melihat segala-galanya dari sudut politik semata-mata.

Idea kerajaan perpaduan adalah sesuatu yang baik dan setiap usaha yang baik itu sudah tentu akan diberkati Allah. Tetapi ia tidak akan sampai ke mana kalau manusia sendiri awal-awal lagi sudah "menjatuhkan hukuman" dengan menyifatkan ia sebagai niat jahat bagi menggugat kekuatan mana-mana kelompok.

Kini idea berkenaan hanya akan menjadi catatan dalam lipatan sejarah politik tanah air. Biarlah ia berlalu begitu sahaja kerana sejak awal lagi banyak pihak sudah menjangka ia tidak akan menjadi kenyataan. Ramai yang sudah memahami di mana kedudukan sebenar Pas dalam pakatan pembangkang dan betapa hebatnya kekuatan DAP dan PKR. Kita pasti Pas selama-lamanya akan menjadi pak turut jika tidak berani mempertahankan pendirian.

Sumber

Read more...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP