Tahniah DSN - 11 pengumuman mesra rakyat

>> 11 Julai 2009


100 hari sebagai PM, Najib buat 11 pengumuman mesra rakyat

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak, hari ini membuat 11 pengumuman "mesra rakyat" sempena genap 100 hari beliau menjadi Perdana Menteri, antaranya pemberian diskaun kepada pengguna jalan bertol, peluang pemilikan rumah untuk golongan berpendapatan rendah, pengurangan caj bayaran latihan penunggang motosikal serta satu tabung unit amanah baru.

Berucap di majlis "100 Hari Najib Bersama Rakyat" di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, Perdana Menteri berkata, bagi meringankan beban pengguna lebuh raya yang menggunakan kad prabayar Smart Tag dan Touch n Go yang membayar tol 80 kali atau lebih sebulan, mereka akan layak menerima diskaun 20 peratus.

Najib berkata, ini adalah satu keputusan atau penyelesaian sementara saja, sementara menunggu kajian keseluruhan mengenai kadar tol yang menurutnya akan mengambil masa.

Katanya, beliau pernah diberitahu seorang pengguna jalan bertol yang dirinya terpaksa membayar tol lebih kurang RM300 sebulan manakala gaji bulanannya RM3,000, yang menurut Perdana Menteri:" Orang ini hanya mendapat gaji 11 bulan saja setahun, kerana gaji satu bulan lagi habis dibelanjakan untuk pembayaran tol setahun.

"Ini (diskaun) saya percaya akan memberi kelegaan pada rakyat terutamanya yang menggunakan jalan tol setiap hari," katanya yang disambut dengan tepukan gemuruh lebih 5,000 hadirin di dalam dan luar pusat konvensyen itu yang penuh sesak.

Dalam ucapan hampir 50 minit yang dimulakan tepat jam 11.11 pagi yang menandakan 11 Julai, genap 100 hari menjadi Perdana Menteri selepas dilantik pada 3 April lalu, Najib juga mengumumkan bahawa penyewa rumah di bawah Program Perumahan Rakyat di Wilayah Persekutuan akan diberi peluang dan pilihan untuk membeli rumah di bawah program itu.

Katanya, sejumlah 44,000 unit rumah ditawarkan yang memberi peluang golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.

Satu lagi pengumuman mesra rakyat Perdana Menteri membabitkan masyarakat penjaja dan peniaga kecil, di mana mereka akan menikmati potongan 50 peratus bagi pembaharuan lesen dan lesen baru.

Najib berkata, ini sebagai memenuhi permohonan Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia bagi pengurangan bayaran lesen yang dikemukakan kepada beliau pada satu majlis di Tanjung Karang, Selangor bulan lalu.

"Ini akan memberi banyak kelegaan...saya harap negeri-negeri lain akan ikut langkah di Wilayah Persekutuan ini. Mudah-mudahan (bayaran) lesen-lesen lain juga akan dikurangkan," katanya.

Selain itu, Najib turut mengumumkan bahawa kerajaan akan menambah 3,000 lagi permit teksi untuk individu dalam masa tiga bulan ini, pertambahan daripada 7,000 permit teksi individu yang sudah diberikan setakat ini.

Menurut Perdana Menteri, dasar membantu pemandu teksi dibuat memandangkan pada masa sekarang terdapat ramai pemandu teksi yang terpaksa menyewa harian dengan pembayaran seperti RM50 sehari, di samping kos lain seperti minyak.

Najib juga mengumumkan bahawa caj bayaran latihan untuk penunggang motosikal kelas B2 iaitu 250 cc ke bawah dikurang menjadi RM211 seorang.

Menurutnya, beliau mendapati ramai penunggang terutama anak-anak muda yang "ke hulu dan ke hilir dengan motosikal kapcai" tidak memiliki lesen memandu kerana kos mendapatkan lesen termasuk latihan adalah tinggi, di antara RM500-RM700 seorang.

"Selepas berunding dengan sekolah-sekolah memandu, caj (kadar) bayaran latihan (belajar) dikurang kepada RM211. Dan berdasar riak tadi, saya membayangkan memang tepat keputusan tadi," katanya sebagai mengulas reaksi tepukan gemuruh daripada ramai hadirin sebaik saja beliau mengumumkan pengurangan itu.

Perdana Menteri juga mengumumkan bahawa menjelang 2010, seramai 20,000 isi rumah miskin tegar di bandar akan diberi 10,000 unit Skim Amanah Saham Wawasan untuk isi rumah di bawah senarai E-Kasih dalam usaha memerangi kemiskinan bandar.

Najib juga berkata, satu lagi tabung unit amanah baru dinamakan "Amanah Saham 1Malaysia" akan dilancarkan sedikit masa lagi dengan saiz sehingga 10 bilion unit.

Ia dibuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, katanya.

Najib juga mengumumkan peruntukan skim TEKUN ditambah RM150 juta lagi dan juga mengumumkan peruntukan RM15 juta khusus untuk program pembangunan usahawan muda kaum India di negara ini.

Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan akan mengambil langkah drastik ke arah mengurangkan jenayah dan rasuah di negara ini, dan maklumat mengenainya akan diumumkan hujung bulan ini.

Satu lagi pengumuman mesra rakyat Perdana Menteri hari ini, adalah berkaitan pendaftaran kelahiran, yang menurutnya ramai juga yang lambat mendaftarkan kelahiran dan kerajaan akan terus mempergiatkan usaha memperbaiki keadaan itu.

Najib berkata, di Sabah, sejak 2005, sebanyak 36,000 permohonan pendaftaran telah diterima dan daripada jumlah itu 92 peratus diluluskan.

Di Sarawak pula, sejak 2005, sebanyak 19,000 permohonan telah diterima dan dari jumlah itu, 80 peratus permohonan telah diluluskan.

Dalam pengumuman mengenai kewarganegaraan pula, Najib mengumumkan bahawa jumlah permohonan tertangguh pada 1 November 2008 adalah sebanyak 34,000, dan sehingga bulan lalu, sebanyak 46 peratus telah selesai dibuat keputusan dan usaha akan dipergiatkan lagi untuk menyelesaikan baki permohonan.

Di majlis itu, Najib turut membuat pengumuman mengenai infrastruktur luar bandar di Sabah dan Sarawak, dan menurutnya kerajaan akan menggandakan pembinaan jalan luar bandar di kedua-dua negeri, daripada 750 kilometer yang dibina di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sekarang kepada 1,500 kilometer dalam tempoh RMK-10.

Dalam konteks infrastruktur ini, Najib juga berkata, liputan bekalan air minum yang kini berada pada tahap 52 peratus di Sabah dan 61 peratus di Sarawak, akan dipertingkatkan, begitu juga bekalan elektrik, dan pengumuman mengenainya akan dibuat hujung bulan ini.

Najib yang menyifatkan majlis hari ini sebagai "perjumpaan yang sangat bersejarah" berkata keputusan-keputusan yang dibuat itu adalah "keputusan istimewa untuk rakyat Malaysia".

"Saya ingin mengajak tuan-tuan dan puan-puan serta anak-anak muda sekalian untuk bersama-sama saya melakar masa depan Malaysia yang menjanjikan peluang yang lebih baik dan adil untuk semua dengan satu harapan," katanya. - Bernama

Read more...

PAS Flip Flop - Comelnya...

>> 06 Julai 2009

Gambar cute ini di ambil dari web malaysiakini

Pas Flip Flop atau;
PAS di Flip Flop atau;
Flip Flop kan PAS


Saya letak kisah flip-flop yang di petik dari blog Husin Lempoyang ;

Politik Flip flop flip flop ...

Sementara itu, politik tempatan dijangka bergelora.

Ini semua kerana B.A.B.I. tengah menggelupur nak kena masuk balik penjara kerana luar tabiiinya.

Selain itu, Dolah sudah mengatur nak kekal sebenarnya.

Politik Flip flop flip flop ...

Masa Nasaruddin lompat parti, B.A.B.I. duduk sebelah menyambut. PAS dan DAP sambut kelompatan katak ini.

Bila keluar saja ura-ura dua ADUN Perak nak lompat, bagai nak gila pulak si B.A.B.I. menghentam tindakan lompat parti.

Dituduh Dato Najib. Culik dua ADUN PKR.

Keluarlah tuduhan ada jolok wang RM50 juta. B.A.B.I. tahulah pasal masa Sabah lompat, dialah yang jolok ADUN RM2 juta seorang. Itu pun tak disempurnakan janji.

Dia boleh, orang tak boleh.

Habis tu, ada PC kata masih dalam PKR tapi orangnya tak ada. Macam mana boleh Speaker kata dah resign.

Politik Flip flop flip flop ...

Lim Guan Eng boleh menyokong lompat parti.

Bukankah Pengerusi DAP, Karpal Singh mengkritik etika melompat parti?

Politik Flip flop flip flop ...

Kalau semua politiknya flip flop flip flop, biarlah Husin saja jadi PM. Itu pun jika Dato Najib tak ada halangan.

Ibrahim Ali tak boleh, dia dah cukup kuota lompat. Hehehe ...

Datuk Nik Abdul Aziz juga ada flip-flop.. ADUN BN lompat ke Pakatan Pembangkang di sifatkan bermaruah, tapi kalau ADUN Pembangkang lompat ke BN, dikatakan tidak bermaruah..(siap pakej maki hamun lagi kot?)

Read more...

PAS kena belajar dari DAP

>> 02 Julai 2009


Kelonggaran dalam Pakatan PKR-DAP-PAS semakin terserlah. Isu DAP memberikan amaran demi amaran kepada Pas semakin menjadi-jadi. Mana taknya, terbaru, DAP mahu keluar dari bergabung dengan PAS-PKR di Kedah gara-gara 'isu babi'.

Kata saudara Meli dalam blognya;

Bila ada pimpinan Pas cuba menghalalkannya dalam konsep kerjasama PAS-DAP tetapi mengharamkan dan menolak kerjasama dengan Umno, bagi saya ianya adalah sesuatu yang amat pelik dan sangat janggal, malah sukar untuk dicari sebab macam mana gulai sekawah yang seratus peratus halal dipandang jijik, gulai yang bercampur antara daging halal dengan yang tidak halal pula boleh pecah lior.

Bagi saya, ini menunjukkan Pas jadi pak turut dalam pakatan pembangkang. Walhal Presiden Pas pernah berkata, tiada ketua dalam pakatan.

Katanya lagi;

Maknanya, adalah sesuatu yang mustahil untuk PAS-DAP mampu mengekalkan ikatan kerjasama dalam PR untuk tempoh lebih dari satu penggal kerana ketidak-sehaluan tujuan dan matlamat berparti politik dan berpolitik kedua-dua yang sangat ketara. Kalau dengan Parti Melayu Semangat 46 (S46) yang sesama sebangsa dan seagama pun PAS boleh bercerai berai, mana mungkin dengan DAP yang menentang Islam secara terang-terang, Pas boleh tidur sebantal.

Isu kerajaan perpaduan, Pas awal-awal lagi kena 'fire' oleh DAP kerana mengilhamkan kerajaan perpaduan dengan Umno-BN. Pas nampaknya takut dengan 'abang besar mereka'. Akhirnya mereka (PAS) menikus dan menolak kerajaan perpaduan yang diilhamkan presidennya.

Hanya kerana kes merobohkan pusat penyembelihan dan pelapahan babi yang dikatakan dibina secara haram di kawasan kampung Melayu, DAP Kedah bertindak keluar dari PR Kedah atas alasan kerajaan PR Kedah terajuan Datuk Seri Azizan Abdul Razak dari PAS gagal memberi keadilan kepada semua masyarakat di negeri berkenaan.

Berdasarkan kenyataan Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su yang disiarkan oleh media cetak dan elektoronik, tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) yang meroboh pusat penyembelihan dan pelapahan babi dalam kawasannya bukan kes tunggal yang menyebabkan DAP Kedah bertindak keluar dari PR negeri berkenaan.

Ini terbukti apabila Su berkata banyak isu yang mengguris perasaan rakyat di negeri itu, antaranya termasuklah apabila kerajaan negeri tetap berkeras menaikkan kuota 50 peratus kepada pembeli rumah bumiputera di negeri bekenaan di samping isu perobohan pusat penyembelihan dan pelapahan babi yang kononnya membawa unsur negatif kepada rakyat negeri berkenaan.


Dan pada pendapat saya juga, Datuk Nik Abdul Aziz serta Pas sepatutnya kena belajar dengan Ustaz Azizan (MB Kedah). Jangan pandai mengikut PKR-DAP sahaja.

PS : Kalau betul pertahankan Islam, kena berani walaupun orang kafir letak mata pedang di leher!!!

PAS kena belajar dari DAP, kena berani mempertahankan apa yang telah termaktub dalam parti. Jangan takut 'gertakan' dari DAP.

Read more...

Tuan Aziz calon BN di Manek Urai

>> 29 Jun 2009

KUALA KRAI: Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, 14 Julai ini.

Pemilihan Tuan Aziz yang juga Pengurus Pemantauan dan Penyelarasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), diumumkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan kira-kira 5,000 penyokong BN di Pusat Operasi BN Manek Urai, Sungai Sok Luar di sini, jam 5.15 petang semalam.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Tuan Aziz dipilih berdasarkan kemampuan, pengalaman, kelulusan tinggi serta hubungan eratnya dengan masyarakat setempat, terutama sekitar Manek Urai yang selama ini didampingi selaku pegawai Kesedar.

Beliau berkata, pemilihan Tuan Aziz mendapat sokongan padu kepemimpinan parti termasuk Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak serta di peringkat bahagian Kuala Krai yang diketuai Datuk Ramzi Abdul Rahman.

" Kita ada ramai tokoh yang layak, tetapi selepas kita timbang secara halus, kita letakkan calon yang diterima pengundi," katanya.
Turut hadir pada majlis pengumuman calon BN itu ialah Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Penerangan, Ahmad Maslan; Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed; Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Puteri, Datuk Rosnah Rashid Shirlin serta Ramzi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyat dari Pas, Ismail Yaakob akibat sakit jantung pada 22 Mei lalu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai ini sebagai hari penamaan calon, manakala pengundian 14 Julai.

Jumaat lalu, Pas menamakan peraih ikan yang juga Bendahari Pas kawasan Kuala Krai, Mohd Fauzi Abdullah, sebagai calonnya.

Timbalan Presiden Angkatan Kemajuan Insan Malaysia (Akim), Zakaria Salleh, turut mengumumkan hasrat bertanding di kerusi berkenaan, tetapi semalam Presiden Akim, Hanafi Hamat, pula menyatakan hasrat sama.

Muhyiddin berkata, BN menaruh harapan tinggi menerusi pencalonan Tuan Aziz untuk menebus kekalahan lalu.

"Kita bertekad merampas kembali DUN Manek Urai dan berharap semua pengundi memberi peluang kepada BN membuktikan kemampuannya membawa perubahan di kawasan ini.

Sehubungan itu, Muhyiddin mahu seluruh jentera pilihan raya BN bertekad mencipta kemenangan di Manek Urai demi membela nasib agama, bangsa dan negara.

Pada sidang medianya, Muhyiddin menolak dakwaan Pas kononnya berlaku "cah keting" (cantas mencantas) dalam proses pemilihan calon BN.

"Itu anggapan Pas saja dan ia tidak pernah berlaku, sebaliknya calon ini mendapat sokongan semua pihak.

"Tuan Aziz ini bukan saja mampu menarik sokongan golongan muda, tetapi berdasarkan sokongan yang diterima, kita yakin semua golongan akan menerimanya dengan baik," katanya.

Beliau berkata, BN juga mempunyai strategi tersendiri bagi menarik sokongan rakyat dan serius untuk membangunkan kawasan berkenaan.

Terdahulu, dalam ucapannya Muhyiddin berkata, BN akan menyenaraikan semua usahanya membangunkan Kelantan sepanjang tempoh negeri ini di bawah Pas bagi memudahkan pengundi membuat perbandingan menjelang pilihan raya kecil DUN Manek Urai.


Bernama

Read more...

Pembangkang Putar Belit Fakta

>> 24 Jun 2009

Agenda Anwar perlu di utamakan. perpaduan, pemuafakatan sesama Islam ditolak ke tepi.

BEBERAPA bulan lalu, berikutan kemelut politik yang berpanjangan biarpun pilihan raya umum sudah berakhir, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tampil mengemukakan idea kerajaan perpaduan.

Melalui idea berkenaan, beliau mahu semua parti politik tanpa mengira ideologi, berada dalam satu pasukan bagi menangani segala krisis - politik mahupun ekonomi.

Bagaimanapun cadangan itu mendapat tentangan termasuk di kalangan sesetengah pemimpin dan ahli Pas sendiri. Namun Abdul Hadi tetap mempertahankan idea tersebut termasuklah ketika di Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-55 di Shah Alam baru-baru ini.

Malah idea Abdul Hadi dikatakan mendapat sokongan padu golongan ulama dalam Pas. Satu kumpulan pemikir parti itu dikatakan telah menghasilkan penjelasan panjang lebar mengenai idea itu. Ia disiarkan dalam blog-blog yang dikendalikan oleh pemimpin atau ahli Pas yang menyokong cadangan kerajaan perpaduan tersebut.

Jelaslah, fakta yang tidak boleh dinafikan atau diputarbelitkan ialah idea kerajaan perpaduan itu dicetuskan oleh Abdul Hadi sendiri. Beliau pula ialah Presiden Pas iaitu sebuah parti yang berada dalam gabungan pembangkang bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Maka apabila pakatan pembangkang menolak cadangan itu, bermakna mereka menolak idea di kalangan mereka sendiri bukannya menolak idea Barisan Nasional (BN) atau UMNO.

Tetapi malangnya, pakatan pembangkang kini cuba menggambarkan seolah-olah idea tersebut datang daripada UMNO. Malah sehingga sanggup melemparkan tohmahan bahawa ia adalah fitnah daripada UMNO dan merupakan usaha untuk menggugat kekuatan pembangkang.

Ternyata sekali kejayaan yang dicapai dalam pilihan raya umum lalu telah menyebabkan pakatan pembangkang menjadi angkuh sehingga fakta berhubung siapa sebenarnya yang mencetuskan idea kerajaan perpaduan berkenaan pun sanggup diputarbelitkan.

Bagi pembangkang, biarpun apa yang didakwa itu sebenarnya fitnah tetapi mereka yakin rakyat akan mempercayai apa yang mereka kata. Lanjutan itu, apabila mereka membuat kenyataan menolak idea itu, mereka tidak kata ia idea Pas tetapi datang daripada UMNO.

Kesudahannya Abdul Hadi sendiri turut menandatangani kenyataan bersama menolak cadangan kerajaan perpaduan - yang beliau sendiri cetuskan. Tidak cukup dengan itu, mereka juga menuduh idea penubuhan kerajaan perpaduan itu adalah tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan pembangkang.

Persoalannya, siapakah sebenarnya yang terdesak? Selama ini biarpun terpaksa memerintah tanpa majoriti dua pertiga di Parlimen dan kehilangan kuasa di Kedah, Perak (selama 11 bulan) dan Selangor serta terus gagal menawan kembali Kelantan, BN tidak pernah berperangai "hemoi" - loghat utara bermaksud tebal muka - untuk berpakat dengan pembangkang.

Malah BN terus tabah memperbaiki kelemahan sendiri dan berusaha melaksanakan amanat yang diberikan oleh rakyat sebaik mungkin dengan UMNO terus kekal sebagai parti terkuat di negara ini apabila mempunyai 78 kerusi di Parlimen.

Tetapi UMNO bersikap terbuka apabila Abdul Hadi melontar idea kerajaan perpaduan kerana seperti mana kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak: "Kita tetap dengan pendirian bahawa apabila sesuatu yang baik itu untuk negara, ia mesti diusahakan bersama walaupun idea itu datang daripada pembangkang."

Oleh itu pembangkang termasuk Pas tidak harus mengamalkan sikap "membutakan mata dan hati" terhadap isu sebenar. Dalam hal ini, jangan secara tiba-tiba menuding jari mempersalahkan UMNO apabila idea Abdul Hadi itu ditolak oleh pakatan sendiri.

Kalau pun hendak bermain politik atau merasakan diri "sudah besar" berikutan kejayaan pada pilihan raya umum lalu, jangan sampai mengambil tindakan yang hanya memperbodohkan diri sendiri.

Budak sekolah rendah pun tahu bahawa idea kerajaan perpaduan adalah idea Abdul Hadi bukan idea UMNO dan bukan idea BN. Jadi tidak perlulah melakukan tohmahan kepada UMNO.

Berdasarkan kepada perkembangan itu, penulis merasakan UMNO dan BN juga tidak perlu lagi melayan sebarang pelawaan atau hasrat pembangkang untuk membincangkan apa juga perkara berkaitan dengan kepentingan rakyat dan negara. Kalau itu dilakukan juga, tidak mustahil sekali lagi pembangkang akan melemparkan tuduhan tidak berasas kepada UMNO.

Kerajaan Malaysia ditadbir oleh BN yang diterajui oleh UMNO. Biarlah BN memerintah walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran dan dugaan. Jika selama ini BN sudah berniat baik apabila sikap terbuka terhadap idea Abdul Hadi, masanya sudah tiba untuk BN menutup apa juga pintu rundingan dengan pembangkang termasuk Pas.

Tidak usah terpedaya dengan "madah berhelah" Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan kesediaan bertemu dengan BN bagi membincangkan isu-isu melibatkan kepentingan rakyat dan negara.

Kalau pembangkang sudah merasakan mereka hebat, maka BN juga perlu mempunyai perasaan yang sama.

Memang benar sebagai orang Melayu, kita mahu melihat sekurang-kurangnya UMNO dan Pas duduk semeja tetapi ternyata dalam hal seumpama ini Pas tidak ikhlas. Pas lebih menitikberatkan soal hubungannya dengan pakatan pembangkang walaupun pertemuan dengan UMNO ialah untuk berbincang mengenai kepentingan Melayu dan umat Islam.

Maka biarlah Pas hanya menjadi anak kapal di atas bahtera pembangkang yang nakhodanya adalah PKR dan DAP. Tiada gunanya BN dan UMNO berniat baik kepada mereka, kalau akhirnya UMNO sendiri yang dipersalahkan.

Isu kerajaan perpaduan ini sudah jelas menampakkan bahawa pembangkang lebih mementingkan permainan politik daripada kesejahteraan rakyat. Segala-galanya mahu dipolitikkan dan akibat terlalu yakin bahawa mereka kini kuat, pembangkang tidak mahu berkompromi dalam apa juga perkara biarpun ia demi kebaikan negara apatah lagi untuk kepentingan bangsa Melayu.

Dalam soal ini, BN dan UMNO tidak rugi apa-apa. Kuasa pemerintahan tetap berada dalam genggaman. Penolakan pembangkang terhadap idea oleh rakan mereka sendiri sama sekali tidak menjejaskan kemampuan BN. Sebaliknya, ia menonjolkan wajah sebenar pakatan itu terutamanya Pas yang jelas hanyalah pengikut PKR dan DAP.

Pas seolah-olah tidak ada suara, hatta untuk mempertahankan idea Presiden sendiri.

Oleh itu, tidak perlulah UMNO hendak bekerjasama atau berbincang dengan manamana juga parti yang dilihat tidak mempunyai prinsip yang tegas.

BN seperti mana kata Perdana Menteri, tetap berupaya mentadbir negara ini dan ia sudah dibuktikan sejak selepas pilihan raya umum lalu. Pentadbiran negara berjalan dengan lancar dan setiap krisis berjaya ditangani dengan bijaksana. Semua kejayaan itu tidak melibatkan pembangkang.

Apa yang pembangkang tahu sepanjang tempoh tersebut hanyalah merancang menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang berdasarkan "Perancangan 16 September" yang gagal.

Pembangkang juga dengan sewenang-wenangnya menuduh apa sahaja masalah di negara ini sebagai kelemahan BN hatta dalam krisis ekonomi yang turut melanda dunia.

Malaysia bernasib malang kerana mempunyai pembangkang seumpama ini yang hanya tahu melihat segala-galanya dari sudut politik semata-mata.

Idea kerajaan perpaduan adalah sesuatu yang baik dan setiap usaha yang baik itu sudah tentu akan diberkati Allah. Tetapi ia tidak akan sampai ke mana kalau manusia sendiri awal-awal lagi sudah "menjatuhkan hukuman" dengan menyifatkan ia sebagai niat jahat bagi menggugat kekuatan mana-mana kelompok.

Kini idea berkenaan hanya akan menjadi catatan dalam lipatan sejarah politik tanah air. Biarlah ia berlalu begitu sahaja kerana sejak awal lagi banyak pihak sudah menjangka ia tidak akan menjadi kenyataan. Ramai yang sudah memahami di mana kedudukan sebenar Pas dalam pakatan pembangkang dan betapa hebatnya kekuatan DAP dan PKR. Kita pasti Pas selama-lamanya akan menjadi pak turut jika tidak berani mempertahankan pendirian.

Sumber

Read more...

Bila Raja Muda beri 'bisikan diraja'..

>> 09 Mei 2009


Berbagai andaian dibuat tentang ketegasan Raja Muda Perak Raja Nazrin Sultan Azlan Shah sanggup tunggu lima jam untuk terus merasmikan juga sidang Dewan Undangan Negeri Perak yang diselubungi kekecohan pada hari Khamis.


Baginda tidak menunjukkan secara reaksi “ yang terbuka” semasa melangkah masuk ke dalam dewan pada jam 3.15 petang setelah berkurung dalam bilik menunggu DUN itu sebegitu lama sejak jam 9.45 pagi.

Sejurus duduk baginda terus memanggil untuk membisikan sesuatu pada bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Pengerusi DAP Perak Ngeh Khoo Ham diatas pentas diraja.

Apa yang dilaporkan kedengaran di pembesar suara ialah baginda bertitah kepada kedua mereka, “ I don’t want to get involved in this. I just want to give my speech, so respect my speech, when I am giving it. You understand that? If you want to work with me in future, you have to respect my speech. Understand?“So go and tell that …”

Baginda dipercayai jelas meminta Nizar dan Khoo suruh para ADUN pembangkang yang ketika itu masih berdiri di ruang tengah dewan supaya duduk.

Mereka dipercayai masih terus berdiri kerana nak sekat Raja Nazrin dari berucap merasmikan sidang DUN – yang menandakan sidang DUN dengan rasmi berlangsung.

Ada yang mengandaikan bahasa diraja itu khususnya " you understand that" bunyinya lembut tetapi amat amat keras maknanya.

Namun paling menarik bila Nizar bercakap dalam sidang akhbar selepas sidang DUN selesai, beliau dipetik sebagai berkata, “ Raja Nazrin memaklumkan bahawa baginda meletakkan penghormatan yang tinggi terhadap saya dan Datuk Ngeh Khoo Ngam dan memaklumkan bahawa Raja berada di atas politik ."

Rupanya itu yang dianggap oleh Nizar sebagai maksud titah Raja Nazrin pada mereka.

Ada pemerhati politik yang bertanya apakah Nizar tidak faham-faham kenapa Raja Nazrin tetap mahu merasmikan sidang DUN berkenaan setelah menunggu sekian lama.



Lagi satu dari segi konvensyennya bila Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry yang mempersembahkan teks ucapan yang baginda nak sampaikan merasmikan sidang DUN berkenaan ini bererti baginda mengitiraf kerajaan BN yang sedia ada.

Bagi kalangan pemerhati adalah agak melucukan bila Nizar menyampaikan kepada para wartawan dalam sidang akhbar itu versinya bahawa “Raja Nazrin memaklumkan bahawa baginda meletakkan penghormatan yang tinggi terhadap saya dan Datuk Ngeh Khoo Ngam” setelah membuat teguran “ You understand that ”.

Lojiknya Raja Nazrin boleh memilih tak perlu tunggu dan pulang ke istana baginda yang terletak cuma beberapa kilomiter sahaja dari DUN Perak jika baginda merasa tidak wajar merasmikan sidang DUN yang kecoh itu.

Juga lojiknya kalau baginda merasa 28 BN dan 3 ADUN Bebas yang sokong BN bukan majoriti dalam dewan dimana pembangkang ada 28 orang... tak mungkin baginda akan terima teks ucapan dari Dr Zambry.

Lebih melucukan Nizar sendiri ada dalam dewan dan dengar Raja Nazrin bertitah merasmikan sidang DUN itu tetapi kemudianya beritahu para wartawan ' tiada ada persidangan' yakni sidang DUN tidak sah.

Dalam bab semua ini ada pemerhati yang minta Nizar dan Khoo dengar betul-betul slogan Raja Lawak Nabil : “ lu fikirlah sendiri ….

sumber - agendadaily

Read more...

Khalid yang tidak faham - Takiyuddin

>> 06 Mei 2009

KOTA BHARU 5 Mei - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan Yang Dipertua Pas Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang mempersoalkan kenyataannya sebagai tidak memahami konsep 'kepimpinan ulama' yang sebenarnya.

Beliau berkata, biar pun tidak tertulis dalam perlembagaan parti itu bahawa presiden dan timbalan presiden mesti terdiri daripada golongan ulama tetapi ia telah diterima umum sebagai satu undang-undang atau dalam istilahnya disebut 'satu konvensyen'.

"Beliau (Khalid) tidak faham, dalam undang-undang kita tidak hanya bergantung pada undang-undang bertulis sahaja.

"Dalam undang-undang, 'convention law' telah diterima umum yang mana tidak ada undang-undang bertulis tetapi ia adalah satu perkara yang perlu dipatuhi.


PS :

1. Bagaimana pula dengan Kerajaan Islam? Bekas MB Perak awal-awal lagi menyanggah yang mana ia tiada dalam manifesto.

2. Apa ciri-ciri utama untuk menjadi 'ulama' dalam PAS?

3. Tulenkah 'ulama' tersebut?

4. Ulama Islam atau 'ulama' parti (kepartian)?

5. Jila ulama Islam, kaum kerabat sendiri mendoakan kemusnahan/kehancuran pihak lawan... kenapa tidak ditegur?


Wassalam...

Read more...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP