Tok Pa - Sene' Kiro, Muddoh Baso

>> 30 Mac 2009

KUALA LUMPUR - “Saya lebih gemar masuk ke kampung-kampung, sembang-sembang dan minum ko:pi dengan mereka. Itu saya rasa strategi diminati,” kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mustapa Mohamed.

:Beliau memperoleh undi terbanyak, 2,259, daripada 49 calon bertanding bagi jawatan MT pemilihan parti Khamis lalu berkata, beliau selesa dengan imej ‘orang kampung’ yang ‘mudah baso’ (dialek Kelantan yang bermaksud mudah didampingi).

:Anak kelahiran Bachok, Kelantan yang lebih dikenali sebagai ‘Tok Pa’ ini berkata, sebagai Ahli Parlimen Jeli, mewakili kawasan pedalaman yang dulunya antara yang jauh ketinggalan daripada arus kemodenan, membuatkan beliau lebih selesa bersikap seperti ‘orang kampung’.

:“Sekaligus ini mewujudkan hubungan rapat dan mesra saya dengan akar umbi. Saya orang kampung, gaya saya gaya kampung, saya lebih gemar masuk ke kampung-kampung...” katanya apabila ditanya rahsianya menjadi pilihan tertinggi perwakilan UMNO.

:Mustapa, lulusan sarjana ekonomi dari University Boston, Amerika Syarikat, pertama kali bertanding jawatan MT UMNO pada pemilihan 1993 dan mendapat tempat ketujuh dengan 1,280 undi.

:Pada pemilihan 1996, beliau menduduki tempat ketiga dengan 1,484 undi dan pemilihan UMNO 2000, kedudukannya berganjak ke tempat kedua dengan 1,628 undi.

:Pada pemilihan 2004, beliau bertanding jawatan Naib Presiden, tetapi tewas.

:Mustapa yang pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin selama sedekad antara 1984 hingga 1991 berkata, barisan pimpinan baru UMNO diketuai Datuk Seri Najib Tun Razak perlu berusaha memulihkan imej UMNO secepat mungkin dalam memastikan ahli akar umbi parti terbesar orang Melayu ini tidak berterusan gelisah dengan masa depannya.

:Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang disenangi kawan dan lawan ini berkata: “Kita kena kembalikan keyakinan rakyat. Itu penting. Pemimpin UMNO perlu bersama-sama Presiden baru melakukan perubahan radikal untuk menarik semula sokongan rakyat kepada UMNO,” katanya.

:Mustapa pernah dilantik Menteri Pembangunan Usahawan, Menteri Kewangan Kedua, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi sejak dilantik menteri penuh 14 tahun lalu.

Sumber : Sinar Harian

1 comments:

Cheguman Isnin, 30 Mac, 2009  

Salam,
Satu catatan yang menarik. Tok Pa memang mempunyai pengalaman luas dalam bidang ekonomi. Kehadirannya bersama barisan kepimpinan baru UMNO dapat membantu negara berdepan dengan masalah peribadi. Apatah lagi Tun DrM, Paklah dan mungkin juga nanti Tun Daim akan turut membantu.

Sudah lama saya tidak rasa begitu yakin dengan kerajaan dan kini semangat baru begitu ketara sekali.

Selamat berjuang bersama BPN.

Terima kasih.

Catat Ulasan

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP