Pendedahan Besar atau Penipuan Besar
>> 05 April 2009
Datuk Seri Anwar Ibrahim, membuktikan beliau masih hebat berceramah apabila berjaya menarik lebih 7,000 membanjiri dalam dan luar Dewan Hock Seng, Sungai Lalang dalam kawasan DUN Bukit Selambau, Sungai Petani Sabtu malam.
Walaupun renyai-renyai,orang ramai terutama ahli dan penyokong PKR, DAP dan PAS mula berpusu-pusu sejak jam 8 malam kerana sejak Sabtu sudah heboh kononnya Ketua Pembangkang itu akan bikin gempar untuk umum satu perkara yang cukup besar.
Antaranya,orang kanan Penasihat PKR itu,Saifuddin Nasution ingatkan para wartawan bahawa para pengarang mereka pasti marah jika tak datang ke ceramah itu kerana sesuatu yang gempar pasal Datuk Seri Najib Tun Razak akan didedahkan oleh Anwar malam itu.
Menunggulah semua mereka dengan setia sambil mendengar beberapa pemimpin pembangkang bersilih ganti berceramah menghentam kerajaan termasuk ahli parlimen PKR Padang Serai, S.Gobalakrishnan.
Beliau mendakwa ada laporan polis oleh seorang individu di Kuah, Langkawi, Sabtu terhadap calon BN, Datuk S.Ganesan yang dikatakan melesapkan duit pembeli rumah pada tahun 1999.
Anwar hanya tiba di dewan itu kira-kira jam 11.15 malam.
Suasana dalam dewan masa ceramah Anwar di Bukit Selambau ketika ada gimik ' pendedahan gempar' pada sebelah malam Sabtu.
Bagaimanapun, Ketua Umum PKR itu yang hebat berucap juga hebat memperdaya lebih 7,000 orang yang tidak berganjak untuk mendengar pendedahan besar di majlis itu. “Kita sudah bincang semalam dan kita jangka.. kalau kita buat pengumuman itu malam ini, risikonya besar. Sebab itu saya mahu pada 7 haribulan, kita menang di Bukit Selambau, menang di Bukit Gantang dan menang di Batang Ai, dan saya akan buat pengumuman itu,” katanya. Jelas Anwar hanya bikin gimik untuk lihat betapa ramai yang mahu mendengar ceramahnya selepas ada dakwaan mengatakan beliau tidak dilayan oleh penduduk Iban di Batang Ai ketika berkempen di kawasan itu beberapa hari lalu. Pengesahan pelantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri baru dan penyertaan semula Tun Dr Mahathir Mohamad serta dua ahli keluarganya ke dalam parti UMNO, sedikit sebanyak turut menjejaskan beliau dan pembangkang. Tidak hairanlah, dalam ceramah di tempat sama tengahari Sabtu yang hanya dihadiri kira-kira 150 orang. Beliau meminta Agendadaily bertanya UMNO, apabila diaju soalan sama ada tindakan Dr Mahathir itu akan memberi kesan kepada pembangkang. Dalam ceramahnya malam tadi, Anwar seperti kempen di tempat lain di Bukit Selambau kerap memuji bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang memberi tanah kepada masyarakat Cina. Turut dipujinya Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang setuju PKR letak calon India di Bukit Selambau walaupun kerusi itu diperuntukkan untuk calon Melayu serta setuju Manikumar dilantik Exco jika menang pada 7 April nanti. Selain itu, Anwar mengakui mempertahankan Hindraf yang diharamkan kerajaan atas alasan kononnya pertubuhan haram itu ada prinsip dan memperjuangan hak kaum India yang katanya, tidak dilakukan MIC. Meneliti secara umum ceramahnya, Ketua Pembangkang itu dilihat cuba melaga-lagakan UMNO dengan parti komponen terutama MIC, MCA dan Gerakan kononnya parti itu tidak respons dengan tindakan kerajaan roboh kuil dan tidak sokong Nizar beri tanah pada kaum Cina di Perak. Sebelum beliau berucap, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Datuk Johari Abdul sengaja bikin gempar umum Naib Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), V Datuk Nagarajan menyertai PKR bersama 6,000 ahli. Seperti bosnya, Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani juga cuba tipu bila Agendadaily apabila ditanya betulkan ‘benda gempak’ hendak diumumkan adalah berita pemimpin PPP nak lompat sertai PKR. Johari yang ditanya soalan itu sebelum Anwar berucap, dengan muka pura-pura terkejut, beliau yang jadi pengerusi majlis kata, “tak tau”. Dalam pengumuman itu, beliau dakwa lapan bahagian PPP yang dibubarkan itu ialah Alor Star, Kubang Pasu, Kuala Kedah, Pokok Sena, Kulim, Baling, Sungai Petani dan Merbok. Nagarajan kemudiannya menyerahkan borang keahlian untuk menyertai PKR kepada Anwar. Johari juga mengumumkan kemasukkan ketua UMNO cawangan Kampung Jerai, Marzuki Md Akib bersama 51 ahli cawangan tersebut menyertai PKR. Turut menyertai PKR malam ini ialah pemimpin masyarakat siam di Bukit Selambau, Nao Bai Seong bersama 100 orang masyarakat Siam. Selesai majlis itu kedengaran ada orang ramai yang datang mengeluh kerana sedar ‘kena goreng’ dengan Anwar dan pembangkang,Malah mereke turut tidak percaya PPP ada 6,000 ahli di Kedah. Barangkali mereka terfikir, kalau benar ada 1,500 ahli parti itu di DUN Bukit Selambau dan sertai PKR, tentu ramai antaranya hadir sebagai bukti bahawa mereka sudah sertai PKR. Dalam hal ini, teringat ungkapan PORAHH!!! yang kerap ditutur Anwar ketika bercakap menghentam pemimpin kerajaan di Bukit Selambau dan mungkin juga di Bukit Gantang tetapi dalam kes orang ramai yang tertipu malam ini, ungkapan itu lebih sesuai ditujukan padanya. Teringat juga ceramah Anwar di Taman Laguna Merbok, malam Jumaat yang kata, orang Iban lebih pandai daripada orang sini (Bukit Selambau). Maka tidak hairanlah pada malam tadi semua kena tipu.- 4/4/2009
Kesimpulan, semua yang hadir tanpa disedari tertipu kerana Anwar tidak mendedahkan apa-apa yang mengejutkan hingga ke akhir ceramah berkempen bagi calon PKR, S.Manikuar sebaliknya berkata, akan buat demikian lepas menang tiga pilihanraya kecil ini.
Katanya, semua ahli itu daripada lapan bahagian membabitkan 62 cawangan PPP di Kedah yang dibubarkan dan dakwanya di Bukit Selambau sahaja 1,500 ahli PPP.
0 comments:
Catat Ulasan